Rate

31 0 0
                                    


Aku pening kepala menguruskan hal perkahwinan. Siapa yang kahwin? Aku yang kahwin!
Hari ini aku dan Ace sepatutnya pergi untuk food tasting, tetapi boleh pulak dia cancel last minit temu janji dengan aku. Alasannya dia ada hal di balai, jadi aku sendirian menghadiri food tasting.

Aku membuat pengiraan dalam kepala. Segala persiapan sudah disempurnakan. Nasib sahaja ada ibu dan ayah menolong aku, begitu juga bakal ibu mertua dan bapa mertua aku. Semua perancangan mengikut plan asal.

Bila difikirkan kembali, aku dan Ace tidaklah merancang sebuah majlis yang besar. Cukup sekadar daftar dan makan-makan kecil sahaja. Namun, campur tangan dari pihak keluarga membuatkan kami terpaksa berbelanja besar. Usai food tasting, aku memberitahu Ace bahawa semuanya hampir selesai.

Lamaran Ace pada beberapa bulan lepas takdalah romantik mana untuk aku ceritakan. Awal lagi dia sudah beritahu yang dia tak akan buat event untuk melamar, katanya kebarangkalian aku akan tolak sangat tinggi, sudahnya dia yang malu. Proses melamar Ace agak mudah sebenarnya.
Dia cuma memberitahu aku ketika kami sedang bersarapan setelah.....

Peluh sedikit mengalir di pipi aku. Tidak lama kemudian, pembantu ayah Ace, datang mengambil aku. Sejak berbadan dua kini, Ace tidak membenarkan aku membawa kereta sendiri. Oh lupa pula. Salah satu sebab kami terpaksa percepatkan majlis adalah disebabkan perut aku yang semakin membesar. Sebab utama kami mendaftarkan perkahwinan adalah disebabkan hal ini juga. Tak ada pilihan.
Walaupun teruk aku dan Ace kena marah dengan keluarga, tapi hal dah terjadi. Nasi sudahpun menjadi bubur.

***

Aku keluar dari bilik air. Tak percaya dengan keputusan yang baru aku lihat. Dua line merah. Segera aku menolak pintu bilik Ace, kelihatan dia sedang memakai tali pinggang,

Aku meletakkan pregnancy test kit di atas mejanya. Matanya terbeliak.

"Kita nak buat apa ni?" Soalnya cemas. Dia menggaru kepala. Aku berpeluk tubuh, masih tidak percaya dengan reaksi Ace.
"Entah kat you. You tak pa lah lelaki, I yang nak bawa perut," omelku lalu keluar dari bilik.

Aku mengambil roti bakar, lalu disapukan dengan majerin. Ace yang sudah lengkap berpakaian kemas untuk ke balai kemudian datang duduk di kerusi hadapan aku.
"Kita kahwin jom?" Soalnya. Aku mengangguk sahaja, terus bersetuju tanpa banyak songeh.

Itu cerita bagaimana kami boleh sampai ke tahap ini.

***

Ace membuka pintu apartment. Kelihatan Lily sudah tertidur di sofa. Barang-barang di dalam apartment juga sudah tidak banyak. Cuma ada beberapa sahaja lagi.
Semua barang-barang sudahpun dipindahkan ke rumah baharu mereka. Rumah dua tingkat dengan laman, sesuai untuk anak-anak bermain dan sebuah keluarga yang besar. Bagi Ace, dia sentiasa mengidamkan sebuah keluarga yang besar.

Dia duduk sebentar di sebelah Lily. Mengambil nafas. Sewaktu dia bekerja undercover dahulu, dia sering berasa gembira dikelilingi ahli kongsi gelap yang bagaikan sebuah keluarga. Tetapi, nama keluarga hanya sekadar nama sahaja, hubungan mereka lebih rumit dan kurang jelas.

Lily terjaga. Sejak mengandung, Lily sentiasa kelihatan penat sahaja. Kalau masa lapang dia akan tidur, kalau masa tak lapang dia sentiasa kelihatan tak larat.
"Hai baby," panggil Ace mengelus pipinya. Lily memeluk Ace.

"You smell like peaches," kata Lily. Ace mengerutkan dahi, sejak mengandung isterinya semakin manja. Majlis perkahwinan bulan depan, jadi mereka memang sibuk.

"You dah ambil invitation card?" Soal Ace. Lily terlopong, dia ternganga seraya menepuk kepala, menandakan bahawa dia sudah lupa tentang perihal kad undangan. Ace ketawa.

"I dah ambil tadi on the way balik," kata Ace lalu menunjukkan beberapa keping kad jemputan. Lebih kepada beberapa ratus.
Lily mengambil satu daripada kad itu.

"Dah siap-siap bahagi ke?" Soal Lily. Ace mengangguk.
"This one for your family members," kata Ace menyerahkan sepeket tebal kad jemputan.

Kad jemputan bewarna coklat emas itu tampak esklusif dan kemas. Nama Alexander Henderson dan Lily Miller tertera dengan dakwat bewarna keemasan. Majlis raikan cinta tertera di hadapan kad. Lily meneliti kad itu sekali lagi. Awal dahulu dia tengok sample biasa sahaja, design juga Ace yang pilih. Kini, apabila ada namanya, dia berasa sedikit kelainan.

"Boleh ke I nak bagi kad dekat abang Yoh?" Soal Lily. Ace memandang Lily. Sudah berbulan rasanya mereka tidak berhubung. Sejak Yoh menjadi Presiden D'Generouz Group, dia juga sibuk. Malahan, masanya dihabiskan di pejabat. Mereka berdua juga sibuk menguruskan majlis. Madam Honey sudahpun dilantik sebagai Datuk Bandar, jadi majlis mereka nanti agak gilang gemilang juga.

Tambahan, Lily bakal menggantikan tempat Wang Henderson di The League. Keluarga mereka turun temurun di dalam bidang perundangan, jadi tidak ada apa yang aneh.

"Kenapa nak tanya I pulak!" Kata Ace, dia memandang perut Lily yang sudah memboyot itu. Kalau mahu kata dia cemburu....
Tak kot.
Haha!

"I jumpa abang eh bagi kad jemputan," kata Lily.
Ace angguk.

"I jumpa dia alone?" Kata Lily. Dia mahu pastikan Ace tak cemburu. Tapi, Ace pula yang pelik, dah kenapa dia nak cemburu sedangkan mereka dah pun berkahwin cuma nak tinggal buat majlis!

"I hantar you. You pergilah jumpa. I tunggu dalam kereta," kata Ace. Lily menjeling Ace sebelum mengangguk. Kali terakhri Ace bertemu dengan Yoh adalah melalui scope kanta pembesar di mana dia menembak salah seorang pengganas. Itupun hasil tip off Yoh kepada pihak atasan.
Walaupun semua benda akhirnya nampak seperti Yoh yang untung, tetapi dia turut mempertaruhkan nyawa untuk menjadi umpan.

Kalau salah tembak, atau PTSD berulang kembali, barangkali nyawa Yoh yang melayang. Yoh secara personal merungkai sendiri gejala yang pengganas sedang lakukan, dan memberi tip off kepada Jeneral Jong. Berikutan mereka sepertinya sudah lama kenal, Ace dapat merasakan ada beberapa kes berprofil tinggi yang Yoh turut terlibat dalam memberi tip off.

"I bagitau abang I nak jumpa dia esok," kata Lily. Ace mengangguk, bari tersedar dia mengelamun.

"You serius lah tak nak ikut I jumpa abang sekali?" Soal Lily. Ace menggeleng. Lambat laun dia akan jumpa Yoh juga. Dia mahu beri peluang mereka bercakap. Sejak Lily dan dia bersama, Lily jarang bercakap mengenai Yoh.

"Tak nak lah. Nanti dia cakap I curi girlfriend dia," kata Ace.
"Cerita lama kan," kata Lily tak puas hati Ace mengungkit. Ace mengangkat kening.
"Dia kan ABANG," Ace menyindir lagi. Lily mencebik. Ace memang suka perli, tapi dia dah kebal.

"Ace!" Lily memanggil namanya. Ace buat tak tahu. Sedikit lucu apabila mendengar Lily masih sahaja ber-abang dengan Yoh.
"Baby~" kata Lily. Ace tersengih.

"I love you," kata Lily. Ace tersengih suka. Lily jarang mengungkapkan perkataan keramat itu. Namun, sejak dia mengandung, kerap pula diucapkan. Walhal, sebelum ini mereka berdua jarang cringe begitu.

"I love you more," kata Ace. Lily menggeleng.

"No! I love you more! I love you banyak macam ni!" Kata Lily mendepakan tanganya ke udara. Ace ketawa. Dia mendekatkan badan sedikit pada Lily.

"I love both of you, my world my everything," kata Ace separuh berbisik. Dia memang sayangkan anak dan isterinya, mereka umpama dunia baginya.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now