Psychopath

52 5 0
                                    

Oh he sweet but a psycho!

Abdul dan Rose memandang ke arah Yoh yang sedang memerhati gambar-gambar dalam telefon Abdul.

"Tak sangka dia stalk I sampai macam ni sekali Yoh," ujar Rose lalu mengesat air mata. Abdul menggosok belakang Rose menyuruh dia bertenang.

"Macam mana ni Abdul? I nak buat apa? You tengok, sampai ke rumah dia ikut I," kata Rose.

"Itupun nasib Yoh suruh you ikut I, kalau tak sampai bila-bila kita ingat dia sekadar main-main macam tu je," rungut Rose.

"I'm so stupid! Macam mana tak boleh perasan ada orang follow I?" Kata Rose sambil menangis teresak-esak. Abdul memandang wajah serius Yoh yang masih meneliti gambar itu satu demi satu.

"Kita nak buat apa Yoh?" Soal Abdul. Dia sudah tidak tahan lagi mendengar esakkan tangis Rose. Pertama kali ketika Yoh menyuruhnya menghantar Rose pulang setiap hari, dia hanya turut. Tetapi rupanya, Yoh awal-awal lagi sudah syak tentang teman sekelas mereka yang sering mengekori Rose itu.

"Lapor polis," kata Yoh. Abdul mengangguk setuju dan memandang ke arah Rose. Rose mengesat air mata.

"Kalau I report nanti dia kena tahan kecoh pula satu sekolah. Malu lah I," katanya. Abdul menghela nafas.

"Ni pasal keselamatan you. Malu ke apa ke kita tolak tepi," kata Abdul.
"psychopath betul lah!" Gerutunya membuatkan Yoh tersentak. Cepat-cepat dia cuba mengawal tindak tanduknya agar bertenang.

Ace bungkam melihat sampul bewarna coklat di atas meja DrZ. Dia menelan air liur, terasa begitu perit.

Ace diam membatu, seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja di bacanya. Keputusan ada di tangannya sendiri.Dia mahu bertanya pendapat lelaki itu; namun gerak geri DrZ menyuruh Ace membatalkan niatnya.

"Keluar dulu Dr," kata Ace segera bangun dari tempat duduknya. DrZ hanya mengangguk sambil terus membelek buku di atas rak yang tersusun rapi.

"Ace...you're a good policeman," kata DrZ mengharap.

Ace bersandar pada pintu bilik sambil memandang kedua kasut but yang di pakainya. Dia umpama diluah mati bapa ditelan mati emak. Keadaannya tergantung seketika. Dia harus membuat keputusan agar tidak akan ada orang yang tersakiti. Yang paling penting, keputusannyan perlu dibuat dengan pemikiran yang rasional.

Aku menconteng nota dengan pensel. Kelas psikologi yang aku hadiri membuatkan tangan aku menggeletar. Perkara yang dibincangkan tadi membuatkan aku terfikir akan seseorang.

DISC personaliti.
Dominance
Inducement
Submission
Compliance

Ia tentang teori manusia yang di bahagikan mengikut warna. Merah, Kuning, Hijau dan Biru. Dan, masih ada sejenis orang lagi yang langsung kita tidak kenal pasti warnanya.

Tiada warna ataupun dalam bahasa yang senang faham psychopath. Mereka adalah golongan yang manipulatif dan sanggup berbuat apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri. Walaupun peratusan mereka tidak banyak, namun mereka tetap wujud. Golongan manipulatif, yang hidup dalam topeng dan kepura-puraan.

Cuma seseorang yang terlintas dalam fikiran aku, Yoh D'Generouz.

Perkara-perkara yang pernah dibuat oleh Abang Yoh terlintas dalam fikiran aku satu per satu. Setiap hal yang terjadi membuatkan fikiran aku jadi tak keruan.

Tapi, aku siapa untuk menghukum atau melabel? Aku bukan seorang yang professional? Aku juga bukan pakar untuk meneliti tahap mental Abang Yoh.

Aku berfikir lagi.

The thing is, there's no cure for psychopathic traits!

Cara yang terbaik untuk berurusan dengan psychopath ialah menjauhkan diri dari mereka. Psychopath bukanlah masalah mental yang boleh dirawat, ianya masalah berkenaan dengan otak dan cara pemikiran. Banyak psychopath yang menjalani terapi dan akhirnya memperbodohkan doktor terapi itu sendiri.

They are spellbinding! Splendid! Cunning and even amazing!

Seorang psychopath, tidak akan peduli langsung tentang orang lain.

They're just find you amusing and played with you!

Aku menghela nafas. Abang Yoh. Adakah aku sedang di permainkan? Tidak! Abang Yoh bukan begitu.

At least! I just...

Mungkin juga aku yang terbawa-bawa dengan kelas!

"Lily!" Sapa Hana melihat aku masih terkedu sendirian di dewan kuliah. Aku sedikit terkejut dengan sapaan Hana. Aku menutup buku lantas memandang ke arahnya.

"Hai," aku membalas sapaannya sepatah. Aku meletakkan tangan di leher dan tersenyum padanya.

"Fikir apa tu? Melayang teruk aku tengok," kata Hana. Aku mengangkat kening dan tersengih padanya.

"Assignment," bohong aku.!

Setelah membuat laporan polis, Yoh memandang ke arah Abdul dan Rose. Rose tunduk sahaja, jelas dia nampak bimbang dan risau.

"You send her home first," bisik Yoh pada Abdul.

"Engkau?" Soal Abdul.

Yoh menjawab dia ada perkara perlu dilakukan. Dia mahu ke universiti dan mengambil barang yang tertinggal. Setelah Abdul dan Rose pergi, Yoh juga pulang ke universiti.

Langkah yang dia ambil supaya Abdul memerhatikan Zeker ternyata berguna. Dengan mudah sahaja dia boleh buat Zeker ponteng sekolah. Semuanya kerana ada Rose dan Abdul.

Zeker ternyata setiap hari mengekori Rose pulang. Menurut Abdul, setelah Rose masuk ke dalam rumah, Zeker akan memerhatikan Rose. Rose sebelum ini menganggap semua itu kebetulan, namun setelah Abdul yang perasan tentang hal  tersebut, dia mula ketakutan. Nasib juga Abdul bijak untuk mengambil gambar Zeker.

Yoh berjalan di sekitar koridor loker. Dia berhenti di hadapan loker Freddy sambil memandang ke arah cctv yang tergantung di satu sudut. Lama dia terpacak di situ sebelum terus berjalan. Kemudian, dia berjalan pula ke perpustakaan. Orang tidaklah begitu ramai, dan Yoh duduk di hadapan komputer.

Walaupun Ryu sudah membantunya membuat Freddy hidup tidak aman, namun dia masih lagi tidak puas hati. Kes Zeker pula, dia percaya dengan laporan yang dibuat, pasti akan cepat sahaja Zeker keluar dari sekolah.
Sekarang targetnya ialah Freddy dan Madam Pensyarah Racist yang dia tidak suka.

Yoh membuka laman sosial milik Freddy menggunakan komputer perpustakaan. Gambar-gambar Freddy dipandang lama. Satu gambar menarik minatnya. Gambar Freddy berada di parti dengan menggayakan pakaian mewah.

Yoh meneliti semua gambar laman sosial Freddie. Kemudian dia tersenyum sinis. Terdapat satu pattern dalam gambar-gambar Freddie. Dia akan mengenakan jam tangan mahal. Dan setahu Yoh, jam yang dikenakan oleh Freddie itu adalah jam-jam edisi terhad!

Yang paling menarik, jam edisi terhad yang bahkan Yoh sukar dapatkan turut dipakai oleh Freddie. Dia pernah membaca latar belakang Freddie di bilik Ryu satu ketika dahulu.

Freddie bukanlah jenis yang mampu untuk menggayakan jam mewah sebegitu! Pasti ada sesuatu di sebalik jam mewah itu. Ibunya suri rumah, bapanya pula pekerja kerajaan.

Yoh tersenyum sinis sebelum menutup komputer. Puncanya bukanlah teruk mana. Ia bermula kerana mereka menjadi free loader dalam group dan menyebabkan markah Yoh tidak memuaskan.
Anehnya, Madam Pensyarah Racist bukan sahaja tidak memarahi golongan free loader, bahkan menyalahkan Yoh kerana tidak menjadi ketua yang baik.

Dia faham kalau Madam Pensyarah Racist itu pilih bulu kerana Yoh bukan orang kulit putih sebaliknya asia, namun...

Tunggu! Ada yang tak kena!
Yoh mengetuk jari telunjuk di atas meja, dia masih berfikir dan memerah otak. Pasti ada yang tak kena!




Nota kaki :
I baru habis baca buku Surrounded by Psychopaths, Thomas Erikson. Sebelum ni I dah pernah baca Surrounded by Idiots(this was good)
The book was so good! I tak boleh nak skip any pages. Nama Zeker I amik inpirasi Attack On Titan hahaahhaha.
Saja nak habaq,prepare siap siap untuk "kehilangan"

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now