There

33 2 0
                                    

无论你走到哪里,我永远陪在你身边

Sudah tiga hari pencarian Ace, namun masih tiada khabar. Awal pagi aku masuk ke kamar Ace yang tidak berkunci. Barang-barang yang ditemui pihak polis diberikan pada kami setelah di siasat tiada apa yang mencurigakan.
Aku melihat barang yang ada di atas lantai. Mata aku tertarik pada keyring milik Ace yang aku hadiahkan padanya satu ketika dahulu. Tak sangka, rantai kunci itu dibawa ke mana-mana.

Rantai. Rantai yang aku tukar dengan Ace. Aku meraba leher aku, rantai militar itu masih ada. Jadi, kalung bulan aku juga mungkin masih ada dengan Ace. Seperti mana bulan melindungi aku dengan memancar cahaya matahari pada waktu malam, moga rantai aku mampu memberi Ace sedikit kekuatan.

Aku melihat telefon. Panggilan dari Abang Yoh dan mesej masih belum aku jawab sejak dari semalam. Aku tak mahu percutian Abang Yoh diganggu dengan hal ini. Aku membuka semula mesej dari Ace.

Ayat terakhir darinya ialah "tunggu aku balik," yang di balas dengan swafoto "okey" daripada aku. Aku duduk memeluk lutut di dalam bilik Ace yang masih sahaja berbau buah peach. Tidak lama, Aunty Ling menolak daun pintu.
Wajahnya yang cantik kelihatan sembam sahaja.

"Still tak ada berita?" Soalnya. Semalam, atas nasihat Uncle Wang, Aunty Ling menelan pil tidur. Perihal tentang Ace, diserahkan kepada aku, Uncle Wang sendiri dan Jack. Namun, hingga semalam masih tak ada berita.

"Lily siap dulu aunty. Sekejap lagi nak pergi tempat kejadian kan," pintaku lalu memeluk Aunty Ling. Wanita itu hanya mengangguk lemah.

Setiap hari, kami pergi ke tempat kejadian menunggu khabar. Rutin yang sama setiap pagi. Namun, masih tiada khabar dari Ace. Sepanjang tempoh itu juga aku tidak menerima panggilan lagi dari Abang Yoh. Mungkin dia sudah marah. Tetapi, aku akan perjelaskan hal ini kepadanya kemudian. Datuk dan nenek Ace juga turut tiba beberapa hari selepas itu.Hingga sampai hari ke tujuh pencarian,kami dikejutkan dengan satu berita.
Berita yang cukup membuat darah aku menggelegak!

They are freaking mad! I mean freaking mad!

"Apa maksud tuan nak hentikan carian?" Soalku. Keluarga Ace diam sahaja mendengar alasan inspektor mengatakan cuaca terlampau buruk kerana hujan akan aturun lebat. Air sungai bertukar deras dan carian terpaksa diberhentikan.

"Ace is waiting for help!" Herdik aku. Aunty Ling sudah mula jatuh terjelepok, sementara Uncle Wang menyambutnya. Nenek Ace pula turut menangis sambil dipeluk oleh datuk.

"Bullshit!" Hambur aku sendirian apabila inspektor mengumumkan carian di berhentikan.

This is not what it supposed to be!

"Fine! Kalau kau orang tak nak cari, biar aku masuk hutan cari!" Jerkahku lalu berjalan. Jack dan bapa saudara Ace menghalang aku dari terus melangkah. Tiba-tiba, bunyi guruh kuat mengejutkan kami. Awan bertukar mendung. Pasukan penyelamat mulai berkemas mahu pergi.

"Ace is still there!" Aku memberitahu Jack. Dia hanya mengangguk dan menyuruh aku bertenang. Bapa saudara Ace, yang merupakan salah seorang pegawai polis tinggi di tempat kami menyuruh aku bersabar.

"Jack...." aku cuba merayu. Aku memegang kedua belah lengan Jack sambil cuba memohon pertolongan. Mungkin, kalau Jack yang cakap pihak berkuasa akan berubah fikiran.

Please listen to me!

"Jack! Listen! Your little brother is somewhere in there! And he needs our help!" Kataku. Jack mengangguk.

"Yea! But now it's not the right time! We'll find him!" Katanya. Aku cuba menolak, namun kudrat dua orang lelaki ini terlampau kuat kalau hendak dibandingkan dengan aku.

Aku mahu masuk ke hutan mencari Ace! Lepas aku jumpa, aku hendak ketuk kepala dia supaya berfikir menggunakan otak! Kasihan ibunya! Sudah beberapa malam tidak tidur lena kerana teringatkan Ace yang entah masih hidup atau....

Shit!!!! Shit!!!

Ace tak mati lagi!

He's alive! He promised that he'll come back!

Ace bukan jenis yang mungkir janji. Kata itu kota. Dia sudah janji dengan aku yang menyuruh tunggu dia pulang.

He'll come back!

Yoh masih lagi menunggu panggilan dari Lily. Da terasa ingin terbang sekarang juga ke Hong Kong dan menarik Lily pulang.

"Yoh...." suara wanita mengetuk pintu. Madam Honey.

"Come in," kata Yoh. Segera pintu bilik terbuka.

Madam Honey masuk ke dalam bilik Yoh dan menutup pintu rapat. Yoh tersenyum dan mempelawa wanita itu duduk di birai katil.

"I guess it's over right between you and Lily?" Soal Madam Honey berbisik. Dia tidak mahu kalau ada orang lain curi dengar perbualan mereka.

Yoh mengangkat kening. Entah setakat mana Mama Honey tahu tentang hubungan mereka berdua.

"I heard from M&G that you're close with their only daughter," kata Madam Honey berhati-hati.

"Mama takkan paksa Yoh kahwin. Yoh bebas nak buat pilihan sendiri. But, kalau Yoh still single, nak mama aturkan...." Madam Honey memulakan ayat.

"Yoh belum graduate lagi Mama. Lepas graduate Yoh nak kerja," kata Yoh serius.

Madam Honey mengangguk.

"Yes! Graduate! Kerja! Of course," katanya dengan senyuman ceria. Dia tidak mahu Yoh rasa terbeban.
Telefon Yoh berbunyi.
Ada satu mesej masuk.

Sorry abang. I'll call you later— Lily.

Yoh menghela nafas dalam hati sambil memandang ke arah Madam Honey.

"Kalau tak ada apa-apa, mama keluar dulu," katanya. Yoh melihat mesej di telefon. Saat ibunya sudah sampai ke muka pintu, Yoh mencelah.

"But, I don't mind to get engaged soon after graduating," kata Yoh. Madam Honey berpusing 360 darjah ke arah Yoh sambil tersenyum girang. Yoh membalasnya dengan senyuman tawar.

"Yes son! Yes," jawabnya gembira.

Setelah Madam Honey pergi, Yoh membaling telefon bimbit ke atas katil. Dia duduk di hadapan meja komputer, bercadang mahu masuk ke dunia game.

Yoh memandang sayu ke arah pintu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berkata begitu.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now