Back

49 3 4
                                    

When you smile,
Sun,
Shines.

"Mana kau pergi! Lapan tahun kau tau tak kau hilang! Lapan tahun gila! Semua orang cari engkau! Kau pergi mana! Kau tahu tak mama engkau sakit, ayah kau heartbroken! Kau boleh hilang macam tu!" Hamburku sambil memukul badan Ace.

Aku tersedar dari mimpi. Rupanya, aku hanya membayangkan sahaja aku memaki hamun Ace yang muncul tiba-tiba. Aku masih lagi membatu. Perasaan ini sukar untuk aku tafsirkan dengan kata-kata. Apakah ini mimpi atau bayangan aku. Aku memberanikan langkah. Ace masih lagi ada di situ.
Kalau aku sentuh, adakah bayangan ini akan menghilang?

Aku menghulurkan jari telunjuk, rambut yang masih basah itu dibiarkan. Sedikit rambut menutup matanya. Aku mencuit pipinya dengan hujung jari telunjuk. Bayangan Ace masih ada di situ, begitu nyata.

He's real. Holy! Shucks!

Aku tergagap, tanpa aku sedari butir-butir air mata jatuh di pipi. Aku cuba membuka suara, kedengaran hanyalah bunyi tersekat-sekat.

"Hey, what's wrong?" Soalnya lalu mencapai tanganku lalu diletakkan pada pipinya yang hangat.

Holy! This is not an illusion!

"You're real," kataku lalu mula tersedu-sedu. Ace tersenyum ke arahku, dia menunduk sedikit agar mata kami bertentangan.

"Of course. I'm back," katanya lembut sambil menatap aku.

Yoh memandang sahaja Abigail makan dengan berselera. Riley sebaliknya sedang memandang ke arah lampu neon dari restoran makanan Perancis yang mewah itu.

"Mummy!" Panggil Abigail lalu menyuap manisan ke dalam mulut ibunya. Riley menurut sahaja. Dari tadi dia menjeling Yoh. Yoh langsung tidak mempedulikannya.

"You betul ke bagi I kerja ni?" Tanya Riley. Yoh mengangguk.

"I have no objection," kata Yoh.

"Sebelum ni you macam berat je nak bagi. Kenapa sekarang bagi pulak?" Soal Riley. Yoh mendengus.

"Well...." Yoh cuba mencari alasan.

Riley teringat tentang Lily yang dia terserempak ketika dalam pejabat Yoh. Walaupun Yoh dan Lily tidak selalu berjumpa, namun wanita itu sekarang sudah berubah dari mula-mula dia kenal dahulu. Kini, wanita itu merupakan salah seorang peguam firma guaman The League. Selain menjadi orang penting, wanita itu akan memberi khidmat nasihat undang-undang kepada D'Generouz. Lagipun...Riley memandang Yoh yang membantu Abigail makan.
Dia tidak berani fikir yang bukan-bukan walaupun perkara bukan-bukan sering mengganggu fikirannya.

Aku melihat Ace makan dengan berselera. Masakkan aku hari ini ringkas sahaja,mee sup. Itupun aku masak dengan cepat. Aku memerhati dia makan sambil tersenyum. Sudah dekat lapan tahun aku tidak melihat Ace makan begini.

I miss you Ace.

Aku ada banyak soalan untuk ditanya kepadanya. Namun, aku takut kalau pertanyaan aku menjadi bebanan kepadanya. Akhirnya, aku gagahkan juga bertanya satu soalan.

"Does your parents know that you're back?" Soalku. Ace terhenti dari menyuap makanan. Dia kelihatan begitu sukar untuk menelan.

"I should inform them soon," katanya. Ini bermakna hanya aku yang baru tahu Ace sudah kembali dari menghilang. Aku menggigit bibir bawah, cuba bertahan dari bertanya soalan-soalan yang ada di dalam kepala aku.

"You can ask me anything," kata Ace memandang aku sambil tersenyum. Dia memakan mee yang aku masak. Aku segera menggeleng. Masih ada banyak masa lagi untuk dia perlahan-lahan menceritakan semua yang terjadi kepada aku.

"Nak makan apa lagi? Biar aku masak," kataku kepadanya. Ace tersenyum pada aku.

"Kau mesti penat baru balik kerja. Tak apa, mee pun dah cukup," katanya. Aku menatap wajahnya. Ada sedikit perubahan. Dia kelihatan lebih tegap dan maskulin.

"Kalau kau asyik pandang aku macam tu, boleh tembus kepala aku," katanya bergurau mengatakan pandangan aku mengeluarkan lazer maut. Aku tersenyum tawar. Sepanjang ketiadaan Ace, banyak perkara yang dah berubah. Setelah selesai makan, Ace pergi ke sinki untuk membasuh pinggan.

Aku mengekorinya. Entah mengapa aku beranggapan kalau Ace hilang dari pandangan aku dia akan terus menghilang lagi seperti lapan tahun yang lalu. Aku diam sahaja lalu memeluk Ace dari belakang. Dia tercengang di situ. Aku mendengar dengan jelas bunyi degupan jantungnya, perlahan aku memejam mata meletakkan pipi di belakang Ace yang hangat.

I want him to stay by my side. FOREVER IN CAPS LOCK.

Tenang. Sudah lama aku tidak berasa setenang ini.








Note:
Yes! Ace dah ada balik😛

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now