Aku membuka pintu. Gelap sahaja apartment kami, cuma kelihatan Ace sedang duduk di sofa. Jam sudah hampir 4:30 pagi, tetapi dia masih belum tidur. Kalau aku tegur...
Tak tidur lagi? - Bunyi macam tak relevan, setelah apa yang berlaku hari ini.
Eh, Ace! - Dah tu dalam rumah ni siapa lagi selain aku dengan Ace.
Aku mengambil keputusan untuk buat biasa sahaja. Bohong sangat kalau Ace tak sempat dengar voicemail aku sebentar tadi.
"You're home," dia menegur aku terlebih dahulu. Aku mengangguk. Ace kemudian berdiri, mukanya merah padam. Aku syak dia sedang marah. Wajah serius Ace sedikit membuatkan hatiku terasa, entah apa perasaan ini, tetapi rasanya tidak selesa dan mendebarkan. Aku hanya menggaru kepala, langsung tidak tahu apa yang harus aku katakan.
"This is ridiculous," katanya. Ayat yang selalu terpacul ketika dia marah, tak puas hati dan sebagainya.
"You know what's more annoying?" Dia menyoal aku sambil mencekak pinggang. Aku serba salah memandang ke arahnya.
"Both of us were keeping secrets. I can't get mad at you for not telling me your secrets. I was the same. I had secrets too. And that's why I'm mad," katanya. Dia menggeleng-geleng kepala sebelum bergerak melepasi aku.
"I think it's normal for people...having something that he or she wouldn't....like to tell anyone," komenku. Ace terhenti, aku berpaling ke arahnya.
"Yeah. You're right. But still...I..." dia cuba menjelaskan, masih tidak mahu melihat aku.
"Ace..." aku menyebut namanya. Saat aku bergerak selangkah ke arahnya, Ace bersuara.
"Never mind. It was my fault. I shouldn't..." dia menerangkan, masih tidak memandang aku.
"It's never your fault Ace. It's our fault," kataku seraya cuba mencapai lengannya dari belakang. Namun, Ace sempat bergerak, menyebabkan aku terhenti di situ."Let's give each other a break," katanya lalu melangkah keluar dari apartment. Keesokkan hari, dia masih tidak pulang. Begitu juga dengan hari berikutnya, tanpa mesej, panggilan telefon atau sebarang pesanan.
***
Madam Honey meletak telefon sebelum duduk bersandar di kerusinya. Dia memandang ke arah bandar mereka menerusi cermin kaca di biliknya.
Dengan satu panggilan telefon, dia mampu menyelesaikan sengketa antara Madam Joanne dan Yoh. Yoh, sangat rapat dengannya. Bahkan akhir-akhir ini, Yoh lebih sering berhubung dengannya berbanding anak sendiri. Hans bukan sahaja sibuk dengan penamaan calon untuk bertanding dengan Yoh, malah turut sibuk dengan Madam Ratna yang sakit.
Telefon Madam Honey berbunyi, menandakan ada notifikasi masuk.Dia tersenyum melihat mesej yang di sampaikan oleh Yoh. Cuma beberapa langkah sahaja lagi!
***
Yoh turun dari pesawat peribadi disambut dengan Camelia. Dia memakai cermin mata hitam, baru sahaja pulang dari trip satu hari ke Jepun. Setelah sampai dia memaklumkan pada Mama Honey perkara yang dia telah laksanakan.
Walaupun trip ke Jepun cuma satu hari, menaiki pesawat peribadi, namun dia telah berjaya menyelesaikan masalah yang ada. Sebelum ini, dia tahu mereka ada pesawat peribadi keluarga, namun dia tidak mahu guna. Kali ini lain. Trip rahsia ke Jepun melibatkan urusan kerajaan. Mereka bekerjasama dengan pihak kerajaan dan polis untuk sesuatu hal di mana Yoh sendiri bertindak menguruskannya.
"Lily wants to meet you," bisik Camelia. Yoh diam, dia baru sahaja pulang dari trip rahsia. Penat masih belum hilang. Awal tadi, dia terfikir setelah sampai ke tanah air, dia mahu terus balik bermain dengan Abigail sebelum berehat.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...