Heart To Heart

38 2 0
                                    

"You didn't tell me!" Lily membalas. Pagi itu, Yoh keluar makan tengah hari bersama Brandon, Lily dan Charles.

"Birthday party Abigail?" Soal Yoh. Lily mengangguk.

"Tu pun sebab Brandon mention. Lily memang tak dijemput ke macam mana?" Soal Lily, dia tidak puas hati kerana tidak tahu awal tentang hal itu. Yoh sebaliknya membatu. Dia tahu, Lily tidak gemar dengan Abigail.

"Abang tak plan. Riley yang plan," kata Abang Yoh. Dia berbisik. Brandon masih belum tahu perihal Ace lagi.

"Alah! Abang tu bagi muka sangat dekat Abigail," komen Lily.

"Hai! Takkan dengan budak lima tahun pun you nak jealous?" Soalnya.

"Jangan lupa pulak. You're getting married was the part of the plan. Abigail isn't," tajam balas Lily.

"Kalau you nak gaduh dengan abang, kita sambung lain kali lah. Abang penat. Abang malas," komen Yoh.Lily mencebik. Gayanya macam nak cari perang dengan.

Seketika kemudian, Brandon datang sambil menatang dulang berisi tiga cawan kopi.

"Hoi! Gaduh ke?" Soal Brandon melihat Lily dan Yoh tidak bercakap.

"By the way, Riley dah mula kerja dengan Derek," kata Brandon memberi berita. Lily menjeling ke arah Yoh. Yoh langsung tidak memberitahu Lily.

"Abang tak bagitau I," kata Lily. Terasa bagaikan ditipu.

"Any news from The League?" Soal Yoh. Brandon memandang Lily. Gadis itu menghirup secawan kopi sambil mengeluh. Petang nanti dia ada kes yang hendak di uruskan.

"So far so good. But," Lily meletakkan kopi di atas meja.

"Uncle Wang dah remind Lily yang tak boleh nak pilih bulu between abang or Hans," kata Lily.

"Betul lah tu. Dekat office semua orang tahu kot, ada dua team. Team Yoh dengan Team Hans, mana yang boleh jadi the next CEO," kata Brandon. Lily tertawa sinis.

"Hans? Dia boleh buat apa je!" Katanya mengerut dahi. Brandon tersenyum sinis manakala Yoh masih lagi tenang. Jam sudah menunjukkan pukul 1:45 petang.

"Abang gerak dulu. Apa-apa call," kata Yoh. Lily mengangguk sementara Yoh dan Brandon bangun.

"Abang...pasal Ace kan."'kata Lily teragak-agak. Yoh berhenti seketika.

"It's fine," katanya tenang. Lily mencebik. Yoh sepatutnya cemburu! Tetapi dia tenang sahaja!

Sudah hampir seminggu peristiwa aku bertengkar dengan Ace berlalu namun dia tidak meminta maaf. Sebaliknya berkurung di dalam bilik sahaja. Aku tahu dia masih ada kerana jumlah kasut yang tidak berkurang walaupun satu. Lagipula, lampu biliknya masih menyala.

Hari ini aku pulang dari mahkamah terus ke rumah. Kes perbicaraan hari ini tidaklah berat, seperti biasa kes saman isteri kepada suaminya yang tidak membayar nafkah. Walaupun berada di The League, aku bagaikan ada magnet selalu sahaja tertarik dengan kes rumah tangga orang. Aku melihat bilik Ace, terdapat lampu yang menyala. Aku melihat dari celah bawah pintu.

Sepanjang seminggu dia menarik muka, masakkan aku langsung tidak dijamah. Dia hanya mengunci diri di dalam bilik sahaja.

"Ace, we need to talk," kataku seraya mengetuk pintu biliknya beberapa kali. Bermula dengan ketukkan lembut sehingga aku menampar pintu.

"Ace! You dengar tak!" Soalku tidak berputus asa. Aku tahu dia masih di dalam.

"Aaacceee..." aku cuba merengek manja. Ace paling lemah kalau aku bermanja dengannya. Lagipun, Ace selalu menangkan aku dahulu. Tapi! Itu kisah dahulu. Akhirnya, aku bersandar di muka pintu biliknya hampir sahaja berputus asa.

"You know what Ace..." aku mulakan apa yang aku mahu katakan. Aku tahu dia mendengar di sebalik pintu.

"When you gone missing that year, everyone was having a hard time. Your mom was depressed, your dad didn't go to work, asyik ulang alik cari you dekat Hong Kong, your family..." kataku. Aku melepaskan keluhan berat.

"I even went to Hong Kong to find you. But they prohibited me from going into the woods. Dah la tu first time I pergi overseas," fikirkan kembali aku terasa sedikit kelakar.

"I was having a hard time. Till today, setiap kali I pergi Starbuck tempat kita selalu lepak, I'm buying two cups of drink," aku ketawa mengenangkan kembali. Memang benar. Ada beberapa kali juga aku terlepas memesan minuman untuk dua orang.

"I miss you so much," kataku.

"And...when you're back, I was so glad! I was so happy. But Ace..." aku mendengus.

"You can't stay like this anymore...this is so heartbreaking," komenku. Aku selalu memberitahu Aunty Ling tentang keadaan Ace. Dia cuma semakin hari semakin risau, sehingga aku juga tidak tahu bagaimana harus menenangkan Aunty Ling. Uncle Wang juga setiap hari akan bertanyakan keadaan Ace kepada aku. Aku mendengus. Nampaknya, Ace memang tidak mahu membalas aku. Dia hanya berkurung sahaja di dalam bilik.

"I don't know what kind of trauma yang you hadapi...But, you can't cure trauma by sitting in there doing nothing," luahku. Aku cukup berhati-hati memilih kata-kata.
Cakap memang senang. Bukan aku yang lalui apa yang Ace sedang lalui sekarang. Jadi, aku tidak mahu cuba untuk memahami Ace.
Sebaliknya, aku cuma mahu ada jika dia memerlukan aku.

"I know I tak boleh faham apa yang you sedang alami sekarang. I know, I won't ever understand it. But Ace...just like how you're always stand by my side, I would like to stand by your side too..." luahku. Sepatah pun Ace tidak membalas aku.

And I know, he was listening to me.

"You need to face the things that frightened you by yourself...." kataku.
Aku senyap agak lama.

"Okay. Hujung minggu ni reunion batch you. Kalau you nak pergi...I temankan," kataku. Tiba-tiba teringat pesanan Abang Yoh. Masih tidak ada balasan. Aku segera bangun, terasa sesuatu bagaikan menghentak jiwaku.

Suasana di salon rambut kelihatan lengang. Riley sedang membaca majalah sementara Derek menunggu rambutnya siap. Sejak pulang dan menanda tangani kontrak dengan GM Entertainment, Derek bagaikan sudah merubah kerjaya. Dari bintang bola sepak kepada model sambilan. Hingga kini, dia masih belum menerima mana-mana tawaran kelab bola sepak dalam negara untuk mewakili menjadi pemain.

"Riley..."panggil Derek.

"Yea! You nak apa-apa ke?" Soal Riley segera menutup majalah.

Derek pantas menggeleng. Dia mendengus perlahan.
"You dah tengok ke agreement yang ada? I ingat I nak main bola balik," kata Derek.

Segera Riley meletakkan majalah dan pergi ke belakang Derek. Mereka melihat antara satu sama lain melalui pantulan cermin.
"Really?" Riley tidak percaya. Derek mengangkat kening.

"You decide. I ikut," kata Derek. Riley tersengih mendengar keputusan Derek.



Nota kaki:
Aih Lily ni kadang-kadang writer macam nak marah je. You nak Ace ke nak dekat Yoh?

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now