Kidnap

35 0 0
                                    

Setelah aku sedarkan diri, aku dapati aku sedang terbaring di atas katil empuk dengan tangan dan kaki di ikat dengan zip locker. Aku memandang segenap dimensi bilik, kelihatan seperti motel murah. Buktinya, dekorasi bilik ini gaya motel, dengan sebuah katil saiz besar. Televisyen yang disediakan juga tidaklah baru, dan paling menarik minatku ialah pemanas air dan beberapa jenis minuman 3 in 1.

Siapa yang culik orang simpan dekat hotel? Bodoh ke? Aku melihat telefon yang ada di sisi katil kemudian tersenyum. Bodoh.

Pintu kemudian terbuka. Kelihatan Madam Joanne masuk dengan wajah yang begitu riak dan bangga. Aku memandangnya, tersenyum melihat ke arah tangan dan kaki aku yang berikat.

"You should kill me before I kill you bitch," katanya.
Aku mengangkat kening.

"Just like how you kill your daughter-in-law? Wow," aku memberi komen. Dia menjeling lantas duduk. Aku memandang cermin di belakangnya, melihat refleksi diri sendiri. Make up aku sudah mulai cakey, rambut aku nasib sahaja pendek, jadi tidaklah kelihatan begitu kusut. Oleh kerana bilik ini tiada tingkap, aku tidak tahu sama ada keadaan sekarang siang mahupun malam.

Telefonnya berbunyi. Madam Joanne menarik muka sebelum mengangkat telefon. Kemudian dia keluar.

***
Ace mengetap gigi sambil memandang balai polis tempat dia bekerja. Syif petang sudah habis, esok dia bercuti. Setelah dia pulang dari rumah Yoh sebentar tadi, dia terus ke balai.
Andai sahaja tidak ada perkhabaran dari Lily satu jam lagi; dia akan pastikan dalang di sebalik penculikkan Lily akan dibongkar.

Kalau Yoh tak mahu bantu, dia sendiri akan turun padang selesaikan keadaan.
Telefonnya berbunyi.

Lily.

Ace sepantas kilat mengangkat telefon. Sama ada penculik atau Lily, dia akan tangkap dalang yang Lily dan Yoh cuba sembunyikan. Andai kata Lily terluka atau tercalar sedikit pun, dia tidak akan teragak-agak untuk menembak dalang kes ini.

"It's me," perlahan sahaja Lily menyapa di telefon.

"I dalam taxi on the way balik. See you at home," kata Lily.

"But!!!" Ace cuba menahan. Takkan sebegitu mudah untuk semua itu tamat. Dia...

"See you at home," tegas Lily. Ace menghela nafas, dia menghentak stereng kenderaan.

***
"Let her go!" Arahan Yoh tegas. Dia mendengus kasar apabila mendengar Madam Joanne cuba menegakkan benang yang basah. Baginya, perbuatan Madam Joanne tidak mendatangkan hasil yang baik, sebaliknya menyusahkan.
Susah payah dia , Ace cuba berbaik dengannya untuk menyelesaikan kes, kini perangai Madam Joanne yang sukar dikawal itu sekelip mata sahaja akan menghancurkan hubungan yang dia cuba bina dengan Alexander Henderson.
Tambahan lagi; jika dibiarkan Madam Joanne bertindak ikut suka hati perangai mental itu, impian dan perancangan rapi yang dia atur selama ini akan musnah begitu sahaja.

"I'm doing this for you! She knows about..." Madam Joanne tidak berani memberitahu Yoh perihal Riley.
"Let her go!" Kata Yoh tegas. Madam Joanne memberikan alasan lain pula. Katanya, disebabkan Lily, Yoh hilang fokus pada tujuan untuk menjadi CEO. Dia cuba berkata-kata, namun pada telinga Yoh, itu cuma sekadar alasan.

"Stop it mummy! Let her go," kata Yoh.
"We've broken up, so let her go," Yoh cuba memujuk ibunya. Namun, Madam Joanne tetap sahaja dengan alasan.

"Mummy," suara Yoh berubah tegas. Dari kategori anak lelaki yang ikut cakap, dia mulai berubah. Air mukanya berubah tanpa riak. Refleksi wajahnya dari cermin balkoni menampakkan wajah Yoh yang dingin, tanpa seukir senyum atau reaksi risau.

"Her current boyfriend is a police. If he lost his mind, you won't get out alive," kata Yoh.
"Don't cause any trouble," tegas Yoh. 

"For me of course," tegas Yoh. Dia mengetap gigi. Mummy langsung tak tahu plan yang dia sudah rancang dari awal.

Perangai Madam Joanne yang sering tiba-tiba dan mendadak membuatkan dia sendiri berasa bosan. Akhirnya, ibunya mulai menunjukkan belang dan perangai sebenar. Tambahan lagi, semenjak Madam Ratna terlantar sakit. Jika Madam Joanne tidak dikawal, plan besarnya akan musnah begitu sahaja.

"Let her free and go to the airport as soon as you can," arah Yoh.

"I'm killing that bitch Yoh!" Tegas Madam Joanne. Dia tahu, Lily sudah tahu bahawa dia yang membunuh Riley. Kalau dia lepaskan Lily, kebarangkalian untuk polis tahu juga sangat tinggi. Tambahan lagi, Yoh sendiri beritahu bahawa teman lelaki Lily merupakan anggota polis. Jika dibiarkan, Yoh akan tahu rahsia yang dia simpan. Sejauh mana Lily dapat tahu....

"Mummy," suara Yoh berubah lembut. Wajahnya masih tegang seperti tadi.

"I still love her. Please," pinta Yoh. Madam Joanne terdiam. Ada getar di sebalik suara Yoh, membuatkan Madam Joanne hampir sahaja longlai lutut.

"You still loved her?" Soal Madam Joanne berhati-hati.

"Yes," sepatah jawab Yoh dengan suara yang bergetar.
Madam Joanne akhirnya terpaksa akur, dia tetiba teringat kepada teman lelaki Lily yang sering ada bersama Lily ketika Yoh belajar di luar negara. Dia tidak tahu bahawa Yoh dan Lily sudah berada dalam hubungan, dia dapat tahu juga ketika Yoh dan Riley sudah berkahwin. Itupun disebabkan dia menghidu perhubungan Yoh yang langsung tak mesra dengan isterinya.

Jadi, budak lelaki tu polis? Tak guna punya Lily, sudahlah gunakan anak aku untuk kerjaya, kemudian  ada spare part lagi! Tak guna! Ikutkan hati, mahu sahaja dia cekik Lily sampai mampus!
Yoh satu hal lagi! Jarang sekali anak lelakinya bertegas sehingga suara menggeletar begitu! Dia tak ada pilihan, sudahlah dia hapuskan Riley, takkan kali ini dia mahu hancurkan hati anak kesayangannya pula!

Yoh menelefon Madam Joanne.
"Mama, it's time," katanya ringkas.

***
Melihat Madam Joanne melepaskan ikatan tangan aku, aku terasa sedikit lucu. Siapa sahaja yang mahu culik dan simpan orang dalam motel, bodohke? Atau motel ini miliknya, barangkali boleh jadi juga.

"Tak takut I report polis ke?" Sindirku. Dia diam, dengan mukanya yang seperti musang itu menunjukkan riak tidak puas hati.
Dia kemudian membuka ikatan kaki aku pula. Aku mengibas tangan aku yang kebas akibat diikat terlampau lama.

"Yoh told me, your boyfriend is a police officer," kata Madam Joanne. Aku terasa sedikit kelakar, seterusnya aku menghamburkan tawa.
"You scared?" Soalku masih lagi dengan sisa tawa. Wajah masam Madam Joanne tidak dapat dibendung lagi.

"He's a sniper, told ya. He might put a hole in your brainless head," kataku. Madam Joanne mengetap gigi. Aku tiba-tiba teringat Ace. Aku sudah lama tahu bahawa Ace mungkin berada dalam special force ataupun SWAT.  Setiap kali dia memakai seragam polis, aku akan melihat lencana miliknya. Mana mungkin Ace yang tidak bergraduasi dari Akademi Polis boleh menyandang jawatan yang lebih tinggi dari Louis atau mana-mana pegawai yang aku pernah kenal di balai. Pangkat Ace sudah cukup menjelaskan pengalaman yang dia lalui. Pengalaman ngeri sehingga dia terpaksa berhadapan dengan trauma dan PTSD. Aku bukannya tak pernah mendengar Ace menjerit-jerit dalam tidur dan tercungap-cungap apabila diserang panic attack.

Aku mengeliat. Madam Joanne duduk di situ tanpa sebarang reaksi.

"You know that Yoh still loves you right?"soalnya. Aku diam, mengetap bibir. Sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata, perasaan aku terhadapnya. Sepuluh tahun lebih bukan masa yang singkat. Perhubungan toxic selama sepuluh tahun, bukan senang untuk lupa dengan mudah. Madam Joanne mengulang ayat berbaur soalannya kepadaku sekali lagi. Aku diam.

"You're sure?" kataku berat. Cukup sampai di sini sahaja antara aku dan Madam Joanne.


Ace pasti akan marah dengan tindakkan aku. Tetapi aku belum ada bukti yang cukup untuk tuduhan ke atas Madam Joanne. Lagipula... Encik Ali...
Aku melihat wajah Madam Joanne.

"Keys?" Aku merujuk kepada kereta aku. Sebelum aku pengsan tadi, rasanya cermin kereta aku turut dipecahkan. Dia tidak membalas, aku juga faham. Lupa pula, kereta aku tadi habis pecah cermin! 

Adakah dia melepaskan aku kerana Abang Yoh...
merayu?
Psikopath tu boleh merayu ke? Aku menghela nafas.

Betulkah Abang Yoh psikopath? Atau sebenarnya aku?

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now