Perplex

47 2 0
                                    

You're the missing piece

Ryu tidak semena-mena datang menumbuk muka Yoh ketika dia sedang beratur di kafe. Yoh terjatuh hinggakan semua makanannya terpelanting ke lantai. Yoh melangut memandang ke arah Ryu dengan wajah yang polos.

"Kau bagitau ayah aku kan!" Herdik Ryu lalu menendang tray makanan Yoh yang jatuh. Yoh senyap sahaja memandang ke arah Ryu.

"Kau tahu tak ayah aku kena serangan jantung! Semua sebab engkau!" Kata Ryu kasar.
Yoh bingkas bangun walaupun tiada orang membantunya. Dari jauh kelihatan Abdul dan Rose datang berlari, namun mereka tidak sempat menghalang, Ryu sudah mencekik kolar baju Yoh.

"Kau nak aku bagitau semua orang yang kau arahkan aku buang report Freddie?" Bisik Ryu. Yoh diam dan memandang tajam. Dia cuba menolak lengan Freddie dari memegang kolar bajunya.

"Prove me," bisik Yoh menduga. Ryu menendang perut Yoh hingga dia terjatuh lagi. Pantas Abdul dan Rose membantu Yoh berdiri. Yoh terbatuk-batuk kecil. Yoh memandang ke arah seorang pelajar yang merakam perbuatan Ryu sebentar tadi. Dia jadi tersenyum dan segera pergi ke pelajar tersebut.

"You ada record video right?" Soalnya. Yoh melihat video yang dirakam, dan tersenyum. Kualiti tidak seberapa, namun jelas sekali Ryu yang mulakan dahulu.

"Hahh" keluh Yoh. Pelajar itu terkebil-kebil memandang wajah Yoh yang tenang bagai air mengalir.  Di sekeliling banyak lagi pelajar yang merakam aksi tersebut. Sesiapa pun boleh memuat naik video itu ke laman web sekolah.Yoh memandang tepat ke arah wanita itu, anak matanya tiba-tiba seakan terpukau dengan Yoh. Yoh mahu menyuruh wanita itu memadam video namun tidak jadi.Lagipula Yoh sendiri sedar, kalau bukan wanita itu yang akan sebarkan, akan ada orang lain yang sebarkan.

Itu lah konsep manusia, mereka kejarkan populariti.

Hujung minggu yang tenang. Semalam aku bergayut tak ingat dunia dengan Abang Yoh. Dia menceritakan perihal Madam Honey yang melawatnya di New York sementara menghadiri perbincangan empat mata tentang "Women Empowerment in Workplace". Tajuknya kedengaran menarik.

Aku lebih tertarik dengan kata-kata Abang Yoh yang berbaur rungutan. Katanya, orang perempuan sangat senang untuk di tindas. Ia tidak termaktub dalam mana-mana undang-undang, namun itu hakikat dari zaman dahulu kala lagi.

Mengambil contoh kerajaan empayar agung zaman dahulu kala, mereka juga mendahului anak lelaki untuk menjadi pemimpin. Katanya, anak lelaki penyambung keturunan.

Tapi mereka bahkan lupa, anak lahirnya dari rahim seorang insan bergelar wanita.

Lama Abang Yoh merungut tentang perkara itu, aku cuma diam melayan. Abang Yoh bukanlah jenis yang banyak cakap, tetapi sekali dia buka mulut, seronok juga mendengarnya.

Pagi ini, ibu dan ayah datang melawat aku. Sejak tinggal di rumah sewa, mereka lebih kerap datang. Setiap kali datang, mesti akan bawa banyak makanan dan snack. Ayah sedang menonton televisyen manakala ibu dan aku sedang memasak di dapur. Tiba-tiba, loceng rumah berbunyi. Juru jual agaknya!
Ayah mahu bangun membuka pintu namun aku cepat-cepat menghalang. Kalau jurujual, biar aku sendiri yang halau!

Pintu aku buka perlahan, Ace. Dia tersengih sambil mendukung seekor kucing tompok oren dan putih ditangan. Aku mencebik lantas bergurau. Aku tahu, kalau tak tekan loceng, Ace tetap boleh masuk ke rumah. Lagipula, kata laluan pintu rumah aku ialah nombor pelajar Ace.

"Tak nak beli encik. Salah rumah!" Aku bergurau mengatakan Ace sebagai jurujual dari rumah ke rumah. Segera aku menutup pintu rapat.

"Siapa?"sepatah soal Ayah.

"Jual insurans," jawabku selamba sebelum pintu terbuka dengan sendiri. Ace masuk dengan membawa kucing di tangan. Dia membuka kasut but kawad dan meletakkan di atas rak sambil mengucapkan selamat kepada ibu dan ayah.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now