Log out 2

35 1 0
                                    

2 tahun kemudian.

"Whose do it like you guys!" Kata Sasha sambil mengupas buah mangga. Aku sedang berbaring di atas katil hospital. Aku cuma tunggu untuk melahirkan anak ketiga kami.
Sasha pula sedang membawa perut, anak sulung.
Dia setia di sisi katil sambil mengupas buah untuk aku.

Sejak hamil kali ketiga, aku kerap makan buah-buahan yang masam.
Suara anak kecil tiba-tiba mengganggu kami yang sedang melayan perasaan.

Alex dan Alexsen berada di dalam dakapan Ace, seorang sedang menangis, sementara seorang lagi sedang menarik kolar baju Ace.
Mereka berdua bukan kembar. Em, macam mana nak cakap?

Alex lahir bulan 1, Alexsen lahir bulan 12. Kini, yang sedang menendang dalam perut aku ialah Alexander Junior.
"Babe! Help," kata Ace sebaik sahaja membuka pintu. Aku berusaha untuk bangkit sementara Sasha sudahpun membantu mengambil Alexsen.

Setelah Sasha mendukung Alexsen, budak itu tersengih.
"This is not fair," kata Sasha.

"Look! Both of your twins legit carbon copy muka Ace! You don't need DNA test!" Kata Sasha. Tak dinafikan, kedua anak lelaki aku memang muka seperti Ace. Yang dalam perut ni, aku harap muka macam aku sikit. Kalau tak, ada empat Ace aku nak kena hadap dekat rumah nanti.
Alex datang kedalam dakapan aku. Sasha memberikan Alexsen kepada Ace kembali.

Dia sibuk menggelarkan Alex dan Alexsen kembar, tetapi mereka bukan kembar sangat pun!
"Aku keluar tunggu laki aku jap, korang sembang lah dulu," katanya. Ace mengangguk.

"Sorry," kata Ace sebaik sahaja melihat Alexsen mahu datang ke arahku. Aku memberi Alex kepadanya.
Ace mengusap perutku lembut.

"Alex and Alexsen gonna get a little brother soon," kata Ace. Aku tersengih.
"All my fault," kata Ace.
"Anak lelaki jugak nak buat macam mana," kataku.
"We should work for a little girl nanti. I bet she's gonna look beautiful just like you," kata Ace tersengih.

Pandailah nak tambah lagi! Yang dalam perut ni tak keluar lagi!

"Junior how are you?" Soal Ace membisik ke arah perutku. Kemudian, terasa junior menendang. Aku masih lagi mengendong Alex.

"Hai!" Suara rendah seorang lelaki menyapa kami. Kelihatan Sasha sedang berada di sisinya, dengan Abigail yang berumur lapan tahun.
"Hello there!" Kataku pada Abang Yoh.

Setahun selepas kami berkahwin, masa itu barangkali aku sedang mengandungkan Alexsen, mereka berkahwin.
Aku tak tahu keadaan, tetapi Sasha pernah cakap, dia cikgu bahasa Abigail.
Kenal, kemudian suka sama suka.

"Let me take Alex and Alexsen, korang sembang lah dulu," kata Abang Yoh.
"Thanks abang," kataku. Abang Yoh membantu aku mengangkat Alex, Ace memberikan Alexsen kepadanya. Kemudian, mereka berdua keluar.

Aku dan Ace diam.

"You know what, Abang is head over heels dengan Sasha," kataku memberitahu gosip. Sebelum Ace datang, Sasha menceritakan padaku bahawa Abang telah menempah suite khas untuknya sewaktu melahirkan anak nanti. Tapi aku malas nak cakap, bila kau dah sakit, suite ke apa ke, kau dah tak peduli.

"I tak tau macam mana diaorang boleh menjadi," kata Ace seakan-akan tidak percaya.
"Well...actually, thanks to us," kataku.

"Remember the flower?" Soalku.
"Wedding?" Soal Ace kemudian menekup mulut.

"Holy!" Katanya masih lagi menekup mulut.
"Love at first sight katanya," sambungku.

"Kita kenal dari zaman sekolah lagi, and...wow!" Kata Ace.
Aku menjongket bahu. Ace memegang tanganku.

Kami sama-sama diam.
"Thanks sebab lahirkan anak-anak kita," katanya.
"Haah! Anak-anak kita yang muka carbon copy dari you," kataku.

Ace ketawa.

"I ni macam mesin fotostat," gumamku. Ace mengelus pipiku.
"Our Alexander Junior will look like you," katanya meyakinkan aku. Aku mengangkat kening.

"Actually I tak kisah. Kalau muka macam you pun okay what," kataku.
"You handsome," tambahku membuatkan Ace tersenyum riak.

"By the way babe, you ingat tak Christopher artis yang you defend dulu?" Soalnya. Ingatan aku kembali kepada masa lalu. Aku terpaksa berhenti di tengah jalan sewaktu kes itu kerana mengandung.
Agak tak seronok sebenarnya, tetapi sewaktu itu alahan aku semakin teruk.

"Yeah, he was depressed for a while, nothing much," kataku.
"Apparently, he was on drugs," kata Ace.
Aku ternganga.

"Drugs?" Aku seperti tidak percaya. Eh, kejap! Ace bukan dekat unit crime biasa ke? Macam mana boleh tahu pasal drugs pulak ni! Mungkinlah dia dengar member cerita. Okay~~

Apa-apalah...aduh!

Aku tiba-tiba terasa sakit yang amat. Nafasku turun naik, air mataku mula mengalir dari kelopak mata.
"Babe! What's wrong?" Soalnya cemas.

"I...i..." aku tersekat-sekat. Rasanya seperti nyawa mahu dicabut. Sakit yang teramat sehingga aku terasa kosong.
"Babe!" Ace memanggil aku, namun aku sudah mulai kosong.
Fikiran aku yang ada cuma sakit sahaja.

"I rasa baby nak keluar!" Kataku meragut kolar baju Ace.

***
Ace panik. Dia segera menjerit memanggil doktor. Melihat Lily bertarung nyawa, dia turut sedih. Dia masih ingat ketika mula-mula Alex lahir. Dia ada sekali di dalam dewan bersalin, Lily menangis, Ace juga berpeluh seram melihat keadaan itu. Beberapa saat kemudian doktor dan jururawat masuk.

Mereka memindahkan Lily ke katil untuk dikejarkan ke dewan bersalin. Ace segera keluar. Dia menghantar pesanan suara kepada Yoh supaya membawa anak kembarnya pulang ke rumah dahulu. Malam ini dia akan menemani Lily.

Tatkala dia keluar tergesa-gesa, seseorang melanggar bahunya. Dia hampir marah, namun lelaki itu memberikan sepucuk sampul bewarna coklat pada Ace.
Ace tercengang, kemudian lelaki itu pergi begitu sahaja.

***

Ace menanti di luar dewan. Dia hanya akan dipanggil masuk jika sudah sampai giliran. Ace memakai baju berwarna biru dengan penutup kepala. Bau bilik itu kuat dengan bau ubat. Ace membuka surat dari dalam sampul coklat.

Dia tunduk hiba.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now