My one and Only

56 2 0
                                    

Love is drug that I quit.

Yoh hanya terdiam sepanjang memandu ke rumah. Suasana ini membuatkan aku berasa tidak tenteram. Jalan raya di basahi dengan air hujan, namun mentari petang terpancar terang. Tak ada pelangi pun! Kata mereka, setelah turunnya hujan pasti akan muncul pelangi. Namun, tidak pada hari ini. Aku diam sahaja sambil memandang keluar tingkap.

"Nasib Ace jumpa Lily," Abang Yoh bersuara setelah lama berdiam diri.

"Abang risau gila," tambahnya lagi. Nada suara Abang Yoh bertukar prihatin. Aku memandang tangannya yang kelihatan sedikit terluka.

"Tangan abang kenapa?" Aku menyoal. Tiba-tiba, Abang Yoh memandu ke tepi dan memberhentikan kereta. Dia menarik brek tangan dan menghela nafas. Abang Yoh memandang aku. Perlahan, dia menghulurkan telapak tangan kanannya pada aku, seakan menanti aku menyambut tangannya. Teragak-agak, aku menyambut huluran tangan itu.
Sejuk. Tangan Abang Yoh begitu besar kalau di bandingkan dengan aku. Kelihatan, ada sedikit luka pada bahagian buku lima.

"I want to protect you," katanya. Aku tahu, dia maksudkan tentang Madam Besar. Aku senyum sahaja.

"You'll always protect me abang," aku membalas. Aku tahu, dia juga takut untuk berhadapan dengan Madam Besar. Yoh tersenyum ke arahku.

"Tunggu abang kuat sikit. No one can hurt you anymore," kata Abang Yoh.

He's warmthness just melt me softly.

Ace memandang bapanya yang sedang duduk di atas sofa. Dia tidak berkata apa-apa. Bapanya dan Lily kelihatan agak mesra dan senang di ajak berbual.

"First time bawa girlfriend balik rumah," ujar bapanya sambil mengambil surat khabar yang ada di atas meja kopi. Controller permainan video di letakkan di tepi.

"Bukan girlfriend lah!" Ace menafikan hubungan mereka. Dia tidak tahu sama ada mereka boleh lebih dari sekadar berteman. Lily seperti sukakannya, namun juga seperti tidak suka padanya. Entahlah. Ace malas untuk berfikir tentang hal ini pada usia yang cukup muda.

"Your mom pergi Hong Kong semalam. Lupa nak bagitahu," ujar bapa Ace sambil meneliti berita di halaman surat khabar. Ace meghela nafas. Entah apa yang dibuat oleh ibunya pergi ke Hong Kong, kalau tidak atas urusan kursus, mesti ada urusan lain. Ace juga sudah lali dengan sikap ibu yang suka-suka muncul dan sering tinggalkan dia.

Mereka bercerai pada usia Ace tiga tahun. Kerana sibuk bekerja, dan waktu kerja yang tidak menentu, hak penjagaan Ace jatuh kepada bapa. Namun, ibu bapa Ace tidak seperti pasangan bercerai yang lain. Mereka masih ambil berat tentang satu sama lain, cuma terlampau mementingkan kerjaya. Ibu bapanya bukanlah bergaduh besar hingga menyebabkan penceraian. Ace juga tidak kisah lagi, pada waktu kecil dulu dia ada sedikit terkilan.

Kini, dia tidak peduli lagi. Mungkin setelah mengenali Lily membuatkan Ace tersedar bahawa dunia ini penuh dengan rintangan.

Beberapa bulan kemudian
Tahun itu berlalu seperti biasa. Aku tidak lagi membantu ibu dan ayah di rumah besar ketika Madam Besar ada di rumah. Sebaik mungkin, aku cuba mengelak dari bertemu dengan nenek sihir itu. Eliz juga tidak lagi mengganggu aku. Berdasarkan pemerhatian aku, Eliz sejak kebelakangan ini jarang melekat di rumah. Aku tak tahu ke mana dia asyik menghilang. Mary pula seperti kebiasaannya, cuma aku dengar dia sedang bercinta dengan salah seorang junior yang baru masuk Tahun1.

Sewaktu di rumah, aku akan cuba mengelak dari bertembung dengan Madam Besar. Sejak peristiwa di lempang olehnya tempoh hari, ibu dan ayah tidak lagi membenarkan aku muncul di hadapan Madam Ratna. Betul juga tu! Aku pun tidak mahu cari pasal dengan Madam Besar lagi. Sakit juga pelempang nenek sihir itu.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now