Break Up

56 2 7
                                    

Do you love me?

Aku menutup pintu rapat. Abang Yoh memang dah melebih. Kalau orang lain nampak macam mana? Kalau Madam Besar nampak tadi macam mana? Apa yang aku harus jelaskan pada mereka. Kami bukannya ada hubungan apa pun. Petang itu, aku sama sekali tidak turun makan. Cuma lewat malam, aku menggantikan Acik Yamy bagi menghantar susu dan pil kepada Madam Joanne. Acik Yamy sibuk mahu tolong Madam Besar Ratna buat lilin di kamarnya. Jadi, aku terpaksa menggantikan Acik Yamy. Ibu dan ayah pula sedang menonton televisyen di rumah kecil.

Sekejap sahaja, Madam Joanne terus tidur. Entah mengapa. Tetapi aku dapat rasa yang dia sedang sakit. Wajahnya tadi pucat sahaja. Setelah keluar, kedengaran Mary dan Eliz sedang menyanyi karaoke di bilik. Tuan Greig pasti berada di biliknya bersama Madam Honey. Aku berjalan melintas kamar Yoh, kemudian dia menarik aku masuk ke dalam.

Yoh menekup mulutku agar tidak berbuat bising. Aku memeluk dulang di tangan dengan erat. Mata kami bertaut lama. Yoh keluar bagi memastikan tiada siapa berada di koridor rumah sebelum masuk kembali. Dia mengunci pintu bilik, sementara aku bersandar pada dinding.

"Explain," sepatah pintanya. Aku tidak pasti tentang perkara apa yang harus diperjelaskan. Kalau pasal Ace, aku malas hendak layan. Abang Yoh meletakkan satu tangan pada dinding membuatkan aku terperangkap di situ bagaikan lipas.

"Abang nak apa?" Soalku. Dia mendengus kuat sambil memejamkan mata. Cukup menakutkan.

"Abang dah cakap kan, abang tak suka Lily dengan Ace," katanya. Kini, giliran aku pula menghela nafas panjang.

"Abang tak ada hak nak control hidup Lily! Lagipun, kita bukan ada apa-apa pun," jelasku. Aku memandang tepat ke arah anak mata Abang Yoh.
Kali ini dia sudah melampau. Mana boleh nak suruh aku ikut cakap dia sahaja.

"Tak ingat apa yang Ace dah buat kat Lily?" Gertak Abang Yoh. Aku menelan air liur yang pahit. Siapa kata tak ingat? Kes baling bola, pancitkan tayar, hilngkan kerusi, aku ingat semuanya bahkan lebih jelas dari Abang Yoh sendiri.

"Ke Lily nak buat abang jealous?" Dia menduga aku. Aku sudah pening kepala dengan Abang Yoh.

What's wrong with him!!???

"I don't know. Tapi Lily perasan tak kita dah tak macam dulu?" Soal Yoh. Aku diam. Bohonglah kalau cakap aku tak perasan. Aku menepis tangan Abang Yoh yang menghalang jalan aku. Kenapa aku berdebar-debar. Kenapa jantung aku laju sangat ni? Aku sakit ke?

Damn! I'm sick you all!

"You got a girlfriend. Jangan buat Lily salah faham dengan Abang," balasku. Aku mahu keluar dari biliknya.

"So, Lily nak abang buat apa dengan Bella? Break up!? Hari tu abang dah tanya Lily kan sebelum abang terima dia, what should I do!? Lily buat tak tahu aje!" Getus Yoh tidak puas hati.

"Kalau Lily suruh abang break up? Abang akan break ke dengan dia?" Aku menyoal kembali dengan lebih tegas. Yoh diam sahaja.

"You are so twisted abang!" akhirnya aku menghamburkan apa yang ada di dalam kepala padanya. Macam lah! Macam lah kalau dia putus dengan Bella , dia akan kembali pada aku.

"Bagi abang masa," pintanya.

See! He can't even made up his mind!

"Whatever," aku membalas lalu keluar dari bilik tersebut. Malas aku nak melayan Abang Yoh. Kalau dia tidak suka Bella, kenap dari awal dia terima Bella? Ataupun dia sudah jatuh hati pada gadis itu!

Ah,sudahlah!

Yoh termenung di atas katil. Lantas dia mengambil telefon dan mengirimkan pesanan ringkas kepada Bella. Dia mahu jumpa Bella esok. Hubungan ini harus di tamatkan. Mungkin juga salahnya, dia tidak sepatutnya bagi harapan kepada Bella. Yoh bingkas bangun dan memegang telefon bimbit. Dia menggigit kuku jari sambil ligat berfikir.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now