一个人走错方向
Aku menghela nafas panjang. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hari ini, sudah masuk sepuluh kali rakan sebilik baharu aku mengunci pintu dari dalam. Walaupun aku mempunyai kad akses masuk tetapi, ianya tidak berguna jika berkunci dari dalam.
And, she's a bit weird too!
Tanpa memikir panjang, aku segera menuju ke bilik Hana. Nasib baik dia ada. Kenalah dia dengar bebelan aku tentang gadis teman sebilik baharu aku.
"At least she better than Trisha," Hana memutuskan setelah aku habis mengadu pasal bilik. Itu memang tidak di nafikan. Dia tidak bawa lelaki asing masuk bilik aku dah cukup syukur. Tetapi, ada satu perkara yang aku aneh dengan sikapnya.
"She's weird," kata aku. Hana menjeling aku sambil meletakkan hujung pensel pada pipi. Dia memandang aku yang duduk di kerusi teman sebiliknya yang masih ada di kelas.
"Dia tak cakap. Tak selalu keluar. Kalau keluar pun just pergi kelas," kataku. Hana ketawa.
"Kau pun sama lah dengan dia. Apa yang peliknya?" Hana tidak puas hati dengan ayat aku. Aku kenghela nafas. Aku tidak sedap hati untuk cakap dengan Hana, tetapi teman bilik baharu aku memang sedikit pelik. Cara dia merenung aku boleh buat bulu roma tegak tiba-tiba. Cara pertuturannya. Itu tak termasuk kalau dia mengigau cakap dalam mimpi.Dan...
I saw her talking alone!
"I pernah nampak dia cakap sorang-sorang," kataku. Akhirnya, aku terdiam melayang melayan perasaan. Aku diam membatu.
Ketika itu pukul 5 pagi. Aku terjaga setelah mendengar bunyi angin di tingkap. Kerana tidurku sedikit terganggu, aku segera membuka mata.
Dalam kegelapan malam bertemankan cahaya lampu meja, aku ternampak Katy sedang memandang ke arah luar jendela seperti patung cendana. Seterusnya, dia memandang tepat ke arah anak mataku yang sedang bersembunyi di sebalik selimut.
It was cold and creepy!
"Lily!" Panggilan Hana mengejutkan aku. Aku terkejut ketika terdengar panggilan Hana. Hana memegang kedua belah lenganku dengan wajah yang cemas dan prihatin.
"Okay tak?" Soal Hana. Aku tiba-tiba sedu. Segera dia menghulurkan aku segelas air masak yang dituang dari jag atas meja belajar.
"Aku call Ace nak?" Soal Hana.
Call Ace? Ace?
"Takpayah lah," balasku.
Ace shouldn't worries himself just because of this right!?
"Aku balik bilik dulu lah. Kalau dia x buka pintu, aku ketuk lah sampai buka," putusku.
Bingit. Hanya itu sahaja yang terlintas dalam kepala Yoh semasa dia menghadiri parti hari jadi yang di anjurkan salah seorang rakan sekelas Riley, Freya. Yoh tahu, selang beberapa hari pasti akan ada parti yang akan di hadiri oleh Riley. Setiap malam Jumaat, masa Riley boleh dikatakan banyak di habiskan menghadiri parti rakan-rakannya.
Aneh sekali, ketika di Northen City, Riley tidak begitu. Langsung tidak begitu.Para pelajar sekolah tinggi Northen City boleh dikatakan kerap menganjurkan parti dan majlis pesta, namun Riley yang dahulu tidak suka langsung menghadiri parti.
"Yoh....jomlah teman I menari," rengek Riley cuba memeluk pinggang Yoh. Jelas, wajahnya sudah merah padam akibat minum. Riley sempat lagi mengambil gambar selfie bersamanya.
"Jom. I hantar you balik," Yoh menolak pelukkan Riley. Perkara ini bukan kali pertama terjadi. Sudah banyak kali. Riley akan minum dan tidak sedarkan diri. Esoknya, dia akan pening kepala dan tak ingat apa yang telah terjadi. Yoh jadi khuatir.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...