Suasana di tepi sungai itu sedikit sejuk. Namun, aku sudah memakai sweater hoodie dua lapis. Satu sweater maroon milikku, satu lagi sweater saiz double XL milik Ace. Sebelum aku keluar rumah tadi, Ace sudah pesan agar aku pakai stokin dua lapis. Saat aku mahu keluar dari kereta, dia turut memberikan aku hot pack untuk dipegang dalam poket.
Nasihatnya sedikit berguna. Sweater besarnya sedikit melindung perut aku. Saat aku masih menunggu, seseorang berdehem.
Abang Yoh.
Wajahnya masih sama seperti dahulu. Dia menyapa aku dengan senyuman, persis seperti waktu remaja. Senyuman bagaikan matahari itu kelihatan sungguh terang walaupun ada cahaya lampu neon. Angin tepi sungai bertiup lembut.
Seperti kebiasaan, dia akan sampai lebih awal."Is it a nice idea to meet here? Angin malam tak baik untuk pregnant woman," dia memberi komentar. Aku tersengih sahaja.
"It's been a while. Saja nak ambil angin," kataku lantas duduk di sebelahnya. Abang Yoh mengibaskan kerusi itu sebelum aku duduk. Aku cuma mampu ucapkan terima kasih.Jeda. Kami berdua mendiamkan diri. Hanya memerhati keadaan aliran sungai. Lampu neon menghiasi sepanjang sungai. Di hadapan kami, terdapat bangunan pencakar langit yang tinggi, semuanya disirami cahaya lampu berwarna-warni.
Walaupun bandar nampak bingit, di tempat yang kami pilih sangat sunyi.Kedengaran Abang Yoh mendengus.
"This is awkward," dia memberi komen. Terus terang, aku bersetuju dengan komentar Abang Yoh. Sekian lama tidak bertemu, kali ini bertemu untuk memberi kad undangan kepada bekas teman lelaki, sejujurnya agak tak berapa "cool". tapi, aku sudah nekad dengan keputusan aku.
Jeda. Kami sama-sama tidak bersuara.
"How are you?" soalnya memecah keheningan. Aku mengangguk, menjawab bahawa aku baik-baik sahaja dan sihat. Kami saling bertukar khabar.
Jeda.
Kali ini aku memulakan bicara. Aku menghulurkan sampul jemputan perkahwinan kepada Abang Yoh sambil tersenyum ikhlas. Dia mengambil sampul itu lalu membukanya. Aku tidak memandang Abang Yoh, tapi aku dapat agak dia sedang tersenyum pahit.
"Congrats," sebutnya. Aku angguk perlahan. Suaranya begitu rendah, hampir aku tak dengar.
"Will you come?" soalku tak berselindung,
"Tak sure lagi," balasnya dingin. Dia hanya tunduk sahaja. Tarikh perkahwinan Lily memang pada hari minggu, dia selalunya sibuk walaupun hari minggu. Kalau dia boleh ambil cuti sekalipun, pasti akan rasa aneh jika dia menghadiri majlis kahwin bekas teman wanitanya.
Jeda lagi.
"Lily, is it impossible between us?" soalnya, Aku tersentak, lalu tunduk. Dia kemudian memandang cincin perak di jari tengahku. Dia kemudian tersenyum dan ketawa perlahan. Bunyinya seperti ikhlas.
"I'm joking," ucapnya perlahan.
"Ace is a good catch!" katanya memuji aku memilih suami.
"He's not a fish," aku cuba buat lawak, tapi dia tak gelak. Jadi, kami berdua kembali ke keadaan asal di mana masing-masing saling tak betah.
Jeda. Malam itu kedengaran bunyi cengkerik yang biasanya tak kedengaran.
"I still want to be friends with you thou," kataku jujur, meluahkan apa yang terbuku di hati. Abang Yoh tidak segera menjawab aku, sebaliknya kelihatan seperti berfikir.
"Friends? Susah sikit kot," katanya.
"Faham," jawabku lalu tunduk.
"But that doesn't mean impossible," dia menenangkan aku dengan segaris senyum. Aku membalas senyumannya.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...