You can't escape the responsibility of tomorrow by evading it today — Abraham Lincoln
Bilik yang ku diami ini kelihatan begitu malap dengan cahaya lampu bewarna oren lembut. Aku beranggapan, lampu malap ini perlu segera ditukar, digantikan dengan lampu putih yang lebih terang. Petang tadi, ayah membelikan aku basikal baharu. Ayah dan ibu telah banyak berbelanja untuk aku, bermula dengan yuran pengajian, basikal sekolah dan baju baharu, semuanya dibelanjakan untukku. Mungkin, tahun depan aku patut cuba nasib untuk dapatkan dana siswa pihak sekolah. Sepatutnya, dana siswa akan ada untuk pelajar sekolah, namun aku masih belum membaca syarat-syaratnya. Kalau di sekolah lama aku dahulu, siapa yang dapat pencapaian cemerlang secara automatik akan dilayakkan untuk mendapat dana siswa. Mungkin di sekolah baharu ini syaratnya berlainan, maklumlah ramai orang kaya-kaya.
Petang tadi seharian aku takut dengan lelaki berbadan tinggi lampai bernama Alexander itu. Lagaknya macam mahu belasah aku. Tapi, aku kan perempuan, takkanlah dia nak marah aku seteruk macam tu. Aku cuma lapor kesalahannya pada cikgu sahaja, bukan buat apa pun.
If, and only if I know, he's such a crazy monster.
Pelawaan Abang Yoh untuk berurusan dengannya ditolak aku mentah-mentah. Tadi sahaja, Abang Yoh sudah hampir hilang sabar. Kalau aku terus menyusahkan Abang Yoh, takut dia pula yang jadi mangsa. Orang macam Alexander itu, bukannya boleh dibuat kawan.
Rather did I know, he is going to be my soulmate later!
Aku menarik selimut lalu tidur. Esok aku mahu awal-awal lagi berbasikal ke sekolah supaya tidak bertemu dengan Abang Yoh. Sebenarnya, aku perlu mengekalkan jarak yang selamat antara kami—supaya tidak menjadi bualan orang.
Pagi-pagi lagi Ace sudah masuk ke kelas 2–1 lantas menconteng meja perempuan ais tersebut dengan menggunakan cat penyembur bewarna hitam metalik. Perkataan "bitch" ditulis dengan huruf besar membuatkan dia merasa satu kepuasan yang nyata. Setelah itu dia mengambil kerusi dimeja tersebut lalu disembunyikan di stor berhadapan dengan kelas 3-2. Sanggup dia berjalan dari Blok A ke Blok C semata-mata untuk menyakitkan hati orang lain. Usai, dia pergi berlatih bola keranjang di gelanggang kosong berhampiran dengan kantin.
Perlawanan antara sekolah mereka Northen City High dan Interpark City akan berlangsung tidak lama lagi. Dia harus berani berhadapan dengan mereka setelah kalah pada semi-final inter-school Cup pada tahun lepas. Tahun lepas ketika masih di tahun 2, dia merupakan pemain simpanan. Kini, di tahun 3, dia merupakan "starter" dalam perlawanan. Dia masih ingat, tugasan mereka pada tahun 1 ialah mengutip bola dan mengemaskan gymnasium. Kini dia sudah jauh lebih kuat daripada dahulu.
Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, dia tidak mahu mereka kalah. Ace juga merupakan center dalam pasukan. Dia juga boleh bermain sebagai point guard. Akhir tahun ini, apabila senior atas bersara dari pasukan, dia akan memikul jawatan terpenting dalam pasukan sebagai point guard sekaligus merangkap kapten pasukan.
Sekarang, senior tahun 4 mereka masih lagi aktif dalam permainan.Dalam permainan bola keranjang, terdapat lima posisi penting, "point guard, shooting guard, small forward, power forward dan center". Walaupun dia yang paling muda dalam pasukan, namun dia sudah dipilih sebagai center kerana dia yang paling tinggi. Selalunya, peluang untuk menjadi "starter" hanya diberikan pada senior tahun 4. Namun, Ace juga mampu bermain sebagai point guard ataupun power forward, posisi manapun tidak menjadi masalah buatnya. Satu jaringan pantas dibuatnya sebelum berhenti untuk minum air. Dia duduk dibangku sambil memandang kasutnya dengan lama.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...