Facade

75 6 0
                                    

Naughty doesn't mean evil
Good doesn't mean nice

Latihan kelab judo pada hari ini dihadiri oleh beberapa pelajar termasuk Yoh. Mereka lengkap berbaju putih dan tali pinggang. Semuanya duduk bersila membentuk satu bulatan.

"Yoh, duit hari tu tak berapa cukup lah. Apa kata kau tambah," satu suara berbisik di telinga Yoh. Xia Shang, pelajar tahun 4. Dia juga terkenal kerana badannya yang besar dan tegap. Yoh tersenyum gembira, dan mengangguk.

"Tuan, kami berdua mahu berlatih," kata Yoh. Jari telunjuk dihalakan padanya dan Xia Shang. Xia Shang sedikit tercengang lalu mengekori Yoh.
Mereka tunduk hormat sesama sendiri sebelum masuk ke dalam posisi. Apabila Xia Shang berlari untuk memulakan serangan, Yoh memegang kuat baju Xia Shang dan menterbalikkan pelajar seniornya. Beberapa kali juga Xia Shang jatuh dan di belasah teruk oleh Yoh. Semua pelajar di gelanggang judo itu terdiam dan terpana. Yoh memang mempunyai tenaga luar biasa.  Walaupun Xia Shang merupakan atlet sekolah, namun dia tetap kalah di tangan Yoh.

Yoh menolak Xia Shang ke bawah dengan kasar. Pandangannya yang bercahaya bertukar tajam.
Dia memandang Xia Shang seolah-olah memandang sesuatu yang dibencinya.

"I kill you next time," bisik Yoh dingin. Nada suaranya yang rendah terdapat sedikit tenang. Matanya berubah tatkala memandang Xia Shang. Xia Shang cuma diam. Kemudian, mereka berdua bangkit dan bersalam sesama sendiri. Tangan Yoh menggenggam Xia Shang erat membuatkan dia tidak selesa. Seperti biasa, Yoh tersenyum memandang semua yang ada di situ.

Xia Shang kembali duduk bersama rakan-rakannya. Mereka semua berbadan besar dan gempal. Dia kemudian duduk memandang Yoh yang sedang ketawa gembira seperti orang tidak bersalah bersama junior-junior yang lain.

"That guy crazy as fuck," katanya sambil minum air isotonik dari dalam botol air bewarna hitam. Rakan-rakannya juga terdiam.

Berita gempar berlaku di sekolah tinggi Northen City. Ace dituduh merogol. Mangsanya pula ialah Miyaki, pelajar perempuan kacukan Jepun Tahun 2. Ace duduk di bilik kaunseling bersama beberapa orang guru. Pihak polis juga turut turun padang. Ace membisu. Sudah berkali-kali dia memberitahu guru bertugas bahawa dia sememangnya tidak tahu apa-apa. Mrs. Jane masuk duduk dihadapan Ace yang masih membisu. Baju Ace tidak dibutangkan, dia kelihatan sedikit serabut bercampur tenang.

"Ace, cctv makmal nampak kamu malam 27 tu," kata Mrs. Jane. Nada suaranya ada sedikit kerisauan.
"I do nothing!" Kata Ace merenung wajah wanita 40-an itu. Mrs. Jane mendengus. Sebentar lagi polis akan sampai.
Awal pagi lagi, ibu bapa Miyaki datang ke sekolah dan mencari Ace. Mereka menuduh Ace melakukan sesuatu yang tidak elok kepada Miyaki pada malam 27 hari bulan. Miyaki pada malam itu pulang pada jam 9:00 malam ke rumah dalam keadaan yang menyedihkan. Bajunya koyak rabak, dia seperti trauma.

"Mrs. Jane, Did you call my dad?" Soal Ace takut-takut. Kalau sampai bapanya tahu mengenai hal itu, dan...
Pintu dibuka luas. Wang Henderson. Bapa Ace. Ace memandang bapanya dengan takut-takut. Satu penampar hinggap di mukanya. Polis juga datang pada masa yang sama. Ace terkesima dengan tindakan spontan bapanya. Ya, memang! Tiada seorang pun yang percaya padanya.

"27th 8pm where the hell are you?" Soal Bapanya.

" I dekat kafe siber, tunggu Ryan. But Ryan tak datang! So, I pergi main bola!" jawab Ace. Beberapa orang polis masuk ke dalam bilik kaunseling.

"Polis boleh check cctv dekat depan kafe siber, I was there!" Kata Ace kepada beberapa orang polis. Wang Henderson memberi kad namanya kepada polis. Mereka kelihatan terkejut. Bapa Ace sangat terkenal, pemilik firma guaman terkenal, The League. Keluarga mereka sangat terkenal di kalangan polis.Datuk Ace merupakan bekas Ketua Hakim negara, neneknya juga bekas pendakwaraya yang terkenal. Mereka berdua mengasaskan firma guaman The League setelah bersara. Bapa saudaranya juga merupakan ketua polis Northen City dan ahli keluarga yang lain banyak bekerja dalam sektor perundangan. Dua orang polis segera keluar untuk meminta maklumat cctv dari kafe siber.

My Flower, Lily (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang