Honeymoon

69 2 0
                                    

Oh, he's sweet.

Aku mendengus apabila Abang Yoh berkeras tidak mahu pergi berbulan madu. Sudah lama dia berdiri di balkoni hotel tempat 18. Pertemuan secara rahsia kami memang benar-benar menduga aku. Untuk sampai ke sini, aku harus menukar teksi dua kali dan memanjat tangga ke tingkat 3, sebelum menaiki lif dan turun di tingkat 16. Kemudian, aku memanjat tangga lagi untuk ke biliknya.

Dia memandang ke arah kota yang diterangi cahaya neon sementara aku duduk di atas kerusi. Aku melihat dia sedang berfikir. Sudah dua bulan setengah dia berkahwin, namun alasannya masih tetap sama. Dia sibuk.
Malam selasa, khamis dan jumaat dia akan datang ke sini berjumpa dengan aku. Pada pandangan aku, kami perlu menghadkan tempoh pertemuan.
Yoh mengeluh lagi.

"God! Can you stop it!" Marahku apabila Abang Yoh bercakap pun tidak, sebaliknya hanya mengeluh dan mendengus dari mula aku sampai sehingga kini. Abang Yoh tidak mempedulikan aku. Dia hanya buat-buat tak dengar.Aku segera berjalan menuju ke arahnya lalu memegang lengannya.

"Abang..." panggilku. Kali ini dia memandang aku tanpa berkelip.

"You'll go right? The honeymoon," kataku. Abang Yoh segera berkerut, seolah-olah tidak puas hati dengan permintaan aku. Pasti pekerja-pekerja di pejabat sudah heboh dan bercakap mengenai Abang Yoh yang tidak pergi bercuti setelah berkahwin. Kehidupannya masih lagi sama dengan dahulu. Pergi kerja awal dan setiap hari overtime.
Abang Yoh menggeleng dan masuk ke dalam kembali. Dia duduk di birai katil memandang aku.

"What if something happen?" Soalnya. Aku tersenyum tawar.

"Something need to happen Abang. Or else, Riley will think otherwise..." pujukku.

"We still lack of support," ujarku. Aku kemudian duduk di sebelahnya seraya memicit lengannya. Perjalanan kami bukanlah mudah sebaliknya memerlukan pengorbanan yang tinggi.

"Fine. I'll go," putusnya.

"Tapi ada syarat," ugut Abang Yoh. Aku bersedia untuk mendengar.

"You need to accept The League offer to work with them," kata Abang Yoh. Aku mendengus. Memang aku bercita-cita untuk ke sana, tetapi bukan sekarang. Sekarang, kalau aku ke sana aku hanya akan menjadi perhatian umum sahaja. Tambahan lagi, tentang Ace.

"You know that Uncle Wang...." aku mahu memujuk Abang Yoh dari meneruskan idea itu. Beberapa hari lepas, Uncle Wang ada mengajak aku untuk bekerja di bawahnya secara personal. Katanya, permintaan Tuan Greig untuk melatih aku agar dapat menjadi barisan peguam mewakili D'Generouz Group. Aku tahu, Tuan Greig dan ibu membesar bersama, jadi kalau boleh dia hendak tolong aku.

"Kenapa? You still tak move on dengan Ace!?" Marahnya. Aku menghela nafas berat. Akhir-akhir ini kami sering bertikam lidah apabila berjumpa. Abang Yoh bangun dari katil.

"This is not about Ace!" Aku bertegas. Sejak dia berkahwin, Abang Yoh menjadi lebih posesif dan sensetif. Entah apa yang berlaku, aku juga tidak begitu pasti.

"Not about Ace? Come on Lily! Everyone knows that you still wait for him to come back. You bagitau abang. Dah dua tahun Ace hilang but you still tinggal dekat rumah dia, guna kereta dia! If you want a house, a car...you can tell me! Abang boleh beli cash untuk you" katanya cuba mencari pasal. Aku mengerutkan dahi.

"I tinggal rumah Ace sebab dekat dengan universiti, dekat dengan office," kataku.

"Dah kenapa kita nak kena mention pasal Ace tiba-tiba!" Marahku tidak puas hati.

"You just can't accept the fact that he's dead!" Katanya.

"Shut up!" Hamburku. Aku memang betul-betul marah sekarang. Kalau tadi, dia asyik merungut dan menghela nafas, aku sudah puas pujuk. Apa yang dia arahkan aku cuba berlembut.

"Ace isn't dead!" Kataku. Abang Yoh menjeling aku lalu melempar bantal ke lantai.

"Wow! Wow! You're so cool! You langsung tak jealous abang dengan Riley. You even suruh abang pergi honeymoon dengan perempuan annoying tu! And now, bila abang jealous yang you still tunggu so called friend, you marahkan abang! Bravo! Bravo!" Dia mengejek sambil bertepuk tangan.

Aku mendengus. Ada salahku juga di situ. Namun, aku tidak dapat kawal perasaan ketika dia mengatakan perkara buruk terjadi pada Ace. Jauh di sudut hati, aku masih berharap agar Ace sedang aman di suatu tempat.

"Fine! Abang ikut cakap you! I'm your puppet right!" Kata Yoh lalu meninggalkan aku tercengang.

Masa pun berlalu, dan perkara-perkara yang aku sangka dan tidak sangka satu-satu terjadi.




Riley melentokkan kepala di atas bahu Yoh ketika mereka berada di dalam penerbangan untuk pulang dari berbulan madu. Perlahan dia mencapai tangan Yoh.

"I'm so happy," bisiknya. Yoh membiarkan sahaja perbuatan Riley.

"Yeah. Me too," jawab Yoh. Yoh mencium dahi Riley sementara wanita itu sudah merona merah menahan malu.


Aku menunggu di hadapan pintu kayu yang tertampal nama Greig D'Generouz. Seketika kemudian, Uncle Wang dan Tuan Greig datang ke arah kami. Aku segera tunduk hormat sebelum membantu mereka untuk membuka pintu.

Sejurus itu, aku berdiri di sebelah Uncle Wang, bukan Mr. Henderson sementara Tuan Greig duduk di kerusinya.

"Kenalkan, this is Lily Miller, our new rookie representative," katanya memperkenalkan aku dengan penuh formal. Aku tersenyum.

"Helen must be so proud of her daughter," puji Tuan Greig. Aku menahan senyum, cuba untuk acah formal.

"Lily will work directly under me, so..." Mr. Henderson boss baharu aku menerangkan, namun Tuan Greig sudah seakan-akan mengerti. Kini, aku tidak lagi bekerja di bawah Yennifer, sebaliknya aku sudah memulakan kerja secara terang di The League, firma guaman milik keluarga Ace.

Ace masih lagi tidak dijumpai, sementara semua orang sepertinya sudah mula "move on" dengan kehidupan masing-masing.

Mary dan Brandon masih cuba mengenali antara satu sama lain.
Ibu dan ayah masih lagi tidak berubah, berada di dalam keluarga D'Generouz.

Puan Ling masih berada di Hong Kong, meneruskan kerja sebagai pelatih skuad tembak menembak. Uncle Wang yang kini sudah menjadi boss aku, sudah menjadi salah seorang peguam bertaraf tinggi yang hanya akan menguruskan kerja-kerja melibatkan menteri ataupun vvip.

Dan aku percaya, Riley dan abang Yoh juga masih okey.

Aku dan abang pula?
Kami masih lagi "strong and steady together"namun sering bertengkar juga. Entahlah, aku dan dia masih cuba bertahan dalam hubungan rahsia ini. Kadang-kadang, kami hanya berbual melalui mesej sahaja, kadang-kadang berjumpa. Itupun tidak sekerap mana.

Tidak lama setelah mereka pulang dari bulan madu, kami mendapat perkhabaran bahawa Abang Yoh akan menjadi seorang bapa. Sementara, aku masih lagi tidak berubah. Sama seperti dahulu kala.

And...I know this relationship is killin' me, but I just don't wanna let him go.

Nota kaki:
I already posted log in chapter untuk "Heartless, My One and Only", kalau rajin singgah lah ye. Btw, bila My Flower Lily nak tamat?
Em...(spoiler ahead) tunggu Ace balik dulu lah!

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now