Log out 3

40 3 0
                                    

Lewat malam, Ace datang ke hospital melawat Lily. Lily yang terjaga kerana menyusu, sudahpun mahu sambung tidur.

"Hey there," kata Ace.

"Baby!" Panggil Lily. Sebesar mana pun Ace, dia tetap baby di mata Lily. Ace meletakkan beg pakaian di tepi katil.
Sebelum keluar tadi, dia sudah meninggalkan Alex dan Alexsen di rumah bapanya.

"Kenapa datang tengah malam?" Soal Lily.
Ace selamba menjawab dia rindu dah mahu jumpa Alexander Junior.
Ace mencium ubun-ubun Alexander Junior seraya berbisik.

"Daddy loves you," bisiknya. Sebelum keluar tadi, dia berbisik benda yang sama kepada Alex dan Alexsen.

Lily memandang Ace tanpa sebarang riak.

Ace kemudian duduk di birai katil, mengelus lembut rambut Lily.
"Thank you," ucap Ace.

"Nak pergi mana dengan beg?" Soal Lily. Ace tidak menjawab segera.
"Business trip," kata Ace berbelah-bahagi.

"I love you," kata Ace lantas mencium bibir itu. Lily memejamkan mata. Ace meletakkan dahi mereka antara satu sama lain. Dia mengetap bibir.
"Jaga anak-anak," pesannya. Lily mengangguk.

"You guys means the whole matter for me. I love you guys the most," kata Ace. Lily turut mengetap bibir.
"We love you too," kata Lily mewakili anak-anak.

Ace mengangkat bagasi lusuh itu. Lily memegang lengan Ace.
"Bila balik?" Soal Lily. Dia menelan air liur, pahit.

"I tunggu you," kata Lily. Ace tidak menjawab. Sebaliknya, cuba menarik tangan daripada pegangan erat Lily. Kalau dia berfikir lagi, dia mungkin akan ubah keputusan.

Ace mengangkat beg. Ruang wad Lily gelap, dia tidak membuka lampu sebaik masuk. Saat Ace pergi, Lily hanya bersandar pada kepala katil, melihat celahan daun pintu yang ada cahaya lampu.

Ace pergi. Tanpa menoleh.

***

Aku menekup mulut. Air mata jatuh tanpa henti. Aku pernah terbaca dalam satu buku kisah jeneral perang,
Tak menoleh maksudnya tak memberikan pengharapan.

Ace pergi tanpa menoleh. Pergi tanpa mengharapkan dia akan kembali. Aku menekup mulut supaya tangisan aku tidak mengejutkan Junior.

Hati aku sakit, tetapi aku mahu menghormati pilihan Ace. Dia memilih untuk menjalankan tugas tak bererti dia tidak sayangkan kami. Kami bermaksud dunia untuknya.

Aku memejamkan mata. Merelakan pemergian lebih menyakitkan daripada dia pergi tanpa sepatah kata.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now