Family

124 8 0
                                    

Family is not an important thing. It's everything." – Michael J. Fox.

Sumpah aku menyesal masuk ke ruang makan keluarga D'Generouz. Terdapat sebuah meja makan kayu yang panjang, memuatkan kira-kira 12 orang makan. Entah, keluarga D'Generouz mungkin ramai hinggakan perlu meja makan yang sebegitu panjang. Aku memerhati suasana yang lebih sejuk dari Iceland. Walau aku sendiri tidak tahu bagaimana keaadaan musim sejuk di Iceland, aku rasa ianya lebih kurang dengan keadaan sekarang. Ahli keluarga itu makan tanpa berkata sepatahpun. Kulihat, wajah Madam Besar Ratna itu masih kekal cantik walaupun sudah dimamah usia.

Aku berdiri tegak disebelah ibu dan ayah. Acik Yamy pula berdiri bertentangan dengan kami. Sesekali aku melihat Yoh sedang leka menyuap makanan ke dalam mulutnya. Terasa lapar pula aku! Gayanya seolah-olah di dunia cuma punya dia dan makanan. Macam bercinta! Rasanya tadi, lelaki bernama Yoh tu cakap, keluarganya semua baik-baik belaka.

He's lying tho,

Aku turut menjeling seorang lelaki yang kelihatan lebih tua dari Yoh. Wajahnya biasa sahaja, namun gayanya tampak seperti kacak. Dia tidak tinggi seperti Yoh, namun badannya agak sasa.
Dia duduk betul-betul bersebelahan dengan Tuan Greig.

Manakala Yoh pula duduk disamping seorang perempuan yang berwajah seperti musang. Aku sendiri tidak dapat menggambarkan wanita itu dengan baik, matanya kuyu, badannya sedikit "curvy" manakala setiap tingkah dan perilakunya ketika makan, penuh dengan lemah gemalai. Setiap suapan itu nampak seperti sedang "menggoda". Pelik!
Berlainan dengan wanita yang betul-betul duduk bertentangan dengan Tuan Greig. Dia kelihatan lebih "cool". Setiap langkah dan suapan makanan kelihatan penuh "class" dan tenang.

Usai makan, ibu menolak bahu aku supaya bertegur sapa dengan Madam Besar. Aku tunduk sambil menahan nafas. Mataku memandang lantai bewarna putih itu.

"Bernafas. Kalau tak bernafas nanti mati pula," kata Madam Besar membuatkan tawa dua beradik perempuan di sebelah wanita "cool" itu ketawa. Aku mengerling ke arah wanita yang bermata kuyu itu, dia juga menutup mulutnya ketawa sinis.

"Nama siapa?" Soal Tuan Greig. Berdasarkan cerita ibu, aku dapat mengagak lelaki tua itu Tuan Greig. Walaupun wajahnya kelihatan sedikit tua, namun dia masih lagi kacak bergaya. Ya, lelaki itu kacak. Jambangnya kelihatan kemas, matanya juga bulat manakala wajahnya putih kemerah-merahan.

"Lily Miller," balasku pendek. Lelaki di sebelah Tuan Greig memandang aku kemudian tersenyum lebar.

"Silly Lily," ujar lelaki berwajah biasa-biasa itu.
"Saya tidak "silly"," aku pantas menjawab hinggakan seluruh isi rumah terdiam. Perkataan "silly" ditekankan dengan nada yang tegas.

Aku menggigit bibir bawah setelah merasakan aku sudah melakukan kesilapan. Ketika aku mahu membuka mulut untuk meminta maaf, wanita "cool" yang sebentar tadi leka makan mencelah,

"She's a girl. If she doesn't like you calling her silly, then you should not. Apologise," katanya dingin. Lebih kepada memberi arahan sebenarnya. Lelaki itu memandang wanita dihadapannya lalu menunduk kepalanya sedikit.

"Abang Hans minta maaf Lily," katanya.

Aku tidak menjawab, sebaliknya menjeling ke arah Yoh yang sepertinya langsung tidak peduli dengan perkara sekeliling.

Kemudian, wanita cool yang bernama Honey itu mengenalkan aku pada dua orang gadis disebelahnya. Elizabeth yang sebaya denganku, tidak langsung kelihatan seperti sebaya. Wajahnya bujur, badannya juga lebih tinggi daripada aku. Gayanya seperti remaja bandar yang hidup dalam serba kemewahan. Begitu juga dengan Mary. Walaupun setahun tahun lebih muda, namun dia sama tinggi dengan aku ketika berdiri.

My Flower, Lily (BM)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang