Scary! Wait!
Pagi ini kepala aku benar-benar sakit. Sudah dua hari aku terdengar bunyi pelik ketika bersendirian di dalam bilik. Bunyi orang mengetip kuku, bunyi seperti tikus berlari-lari dari siling.
Yang pasti, aku tidak dapat tidur aman. Mata panda aku bukan main lagi bengkak, hinggakan pensyarah kelas tambahan bahasa perancis menegur aku."Mata kau memang tak boleh nak bincang lah," omel Hana setelah kelas tamat. Sudahlah dua malam aku tidak dapat tidur. Paling sempoi, setelah hari jadi aku pula tu! Apakah kemalangan yang aku hadapi ini.
"Aku ingat nak makan pizza, kau nak ikut?" Soal Hana.
"Kau tapau mushroom soup untuk aku tak boleh ke? Kesian la kat aku. Dah dua malam aku berjaga. Aku ingat nak rehat la petang ni," balasku.
"Kau nak balik bilik?"soal Hana. Aku menggeleng.
Hell no!
"Aku lepas library. Ingat nak tidur kat kawasan rehat library kejap. Mana tau lepas baca buku terus boleh lelap," kataku.
"Habis aku sorang lah yang pergi makan pizza ni? Kau ingat aku lahap ke apa?" Marah Hana.
"Tak habis kau bawa balik. Nanti aku makan lah," pujuk aku. Hana akhirnya terpaksa bersetuju setelah aku berkali-kali memujuk. Ikutkan perut memang lapar, tapi mengantuk aku sekarang memang tidak dapat di bendung lagi.
Hana beratur di kaunter. Ramai pula petang ini yang datang makan pizza. Sampai gilirannya, dia memesan pizza saiz kecil dengan sup cendawan untuk di bawa pulang.
"Cik boleh tunggu tak? Soalnya, abang-abang akademi order 30 keping pizza saiz besar, mungkin lambat sikit untuk cik," kata pelayan. Mahu tidak mahu, Hana terpaksa bersetuju.
Dia menoleh ke arah barisan meja yang ada seramai tiga puluh orang pelatih dari akademi polis sebelah universiti mereka.Tengok baju T-shirt biru gelap dengan tulisan "Academy Cadet" , Hana sudah dapat meneka mereka barangkali baru tamat latihan. Tapi, kalau ada hampir tiga puluh pelatih dan setiap seorang makan satu pizza saiz besar sendirian, kecut juga perutnya mendengar.
Hana terpandang ke arah satu sosok tinggi lampai yang membuatkan dia tersenyum gembira. Lelaki yang cukup dikenali dan di kagumi. Alexander Henderson ataupun nama timangannya Ace. Setelah membayar, Hana segera bergerak ke arah meja mereka.
"Ace," panggil Hana lantas mencuit bahu Ace. Meja yang sebelumnya bising dengan suara pecah dan garau tiba-tiba diam membisu. Hana meletakkan rambut yang teruntai di pipi di belakang telinga.
"Yo! Hana!" Tegur Ace.
"Guys! Kenalkan. Ni Hana, universiti sebelah course law," Ace memperkenalkan Hana pada mereka. Hana menggariskan satu senyuman manis kepada mereka.
"Duduk lah dengan kita orang!" Sambut satu suara.
"Ha'ah! Duduk lah sekali weh," kata Ace.
"Boleh ke?" Soal Hana. Tempat lain juga penuh, manakala semua kerusi di ambil oleh pelajar pelatih. Kedengaran bunyi kerusi bergesel dengan lantai secara berjemaah. Para pelatih yang ada cuba mengosongkan tempat untuk Hana duduk. Namun, Hana sudah merah padam.
"Sit here," kata Ace menunjukkan kerusi kosong di sebelahnya. Hana membetulkan baju lalu duduk di sebelah Ace manakala menanti semua mata memandangnya. Macam tak pernah jumpa perempuan.
"Korang order banyak-banyak siapa nak makan?" Soal Hana ketika pelayan menghantar pizza ke meja.
"Kami order sorang satu," balas satu suara.
"Hari ni latihan penat gila! 50 kali round padang!" Sampuk lagi satu suara.
"Tak apa! Kita kan men!" Sambut satu suara lagi.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...