Something

38 3 0
                                    

I don't like the ending

Yoh duduk suatu sudut restoran mewah hotel Royale D'Generouz Hotel sambil minum air lemon suam dan menikmati alunan gesekkan biola. Dia memandang ke luar jendela menikmati suasana hiruk pikuk kota New York berseorangan.

Yoh memanggil pelayan.

"Hidangkan desserts yang paling mahal untuk diaorang," kata Yoh namun tidak memandang pelayan itu. Pelayan itu cuma akur.
Hotel Royale D'Generouz cawangan kota New York sememangnya popular kerana terletak di tengah kota.

Tambahan lagi, dengan reka bentuk yang elit, restoran hotel Royale D'Generouz menjadi tarikan utama untuk pasangan kekasih makan malam romantik.
Sesuai untuk ulang tahun perkahwinan ataupun majlis melamar:

Pelayan itu segera pergi, kedengaran bunyi gesekkan biola semakin kuat di satu meja. Yoh masih lagi statik di tempatnya sambil minum air lemon suam kosong. Dia cuma tunggu masa untuk bertindak.

Freddie dan Madam Pensyarah saling berpandangan tatkala makan malam mereka ditambah dengan bunyi gesekkan biola. Kemudian, seorang pelayan menghantar pencuci mulut yang tidak mereka pesan.

"Kami tak pesan yang ni," kata Freddie. Dia tahu, makan malam di sini mahal, lagi pula Madam yang bayarkan untuknya. Dia tidak mahu kalau-kalau perkara tidak di ingini berlaku.
Madam mula terkebil-kebil memandang pelayan.

"It's on the house sir," jawab pelayan, namun Madam berasa tidak sedap hati.

Bunyi biola segera berhenti dan pelayan itu juga ketepi. Kedengaran telapak kaki seseorang melangkah ke arah mereka. Garfu yang dipegang oleh Madam terjatuh ke lantai apabila lelaki berbaju kemeja biru gelap dengan jalur putih nipis melangkah ke arah mereka. Gayanya simple sahaja, baju kemeja dengan seluar slack hitam. Butang bajunya sedikit terbuka menampakkan bahagian dada yang bidang.

Freddie turut berpaling memandang lelaki itu. Dia tercengang.

"You?" Madam menyoal.

"I kinda have some relations with this hotel," terang Yoh dengan senyuman licik.

"Hope you enjoy your food," kata Yoh tenang. Freddie dan Madam terpempan. Mereka tidak berkata apa-apa.

Yoh segera berjalan pergi dari situ. Freddie menepuk perlahan bahu Madam lantas mengejar Yoh. Percintaan yang dia sembunyikan sudah ketahuan. Dia menarik Yoh ke tangga kecemasan.

"Sejak bila kau tahu?" Soalnya menolak badan Yoh tersandar ke dinding. Namun, ternyata Yoh lebih tinggi sedikit darinya.

"You guess," usik Yoh. Suaranya rendah sahaja, lalu dia menepis tangan Freddie yang mencengkam kolar bajunya.

"Are you going to tell everyone?" Soalnya perlahan. Yoh tersenyum sinis.

"Well...." Yoh bermain teka teki.

"There's nothing wrong loving someone!" Tegas Freddie.

Kali ini Yoh ketawa kuat. Segera dia mengubah kedudukan menolak Freddie ke dinding dan mencekik kolar bajunya.

"Of course. There's nothing wrong in love! But..." Yoh berkata dengan mata separuh terbeliak.

"It is wrong when you love your student and then you did not give a proper marks for their assignments!" Perli Yoh. Freddie terdiam. Yoh melepaskan kolar baju Freddie dan tersenyum.

"Sekarang kau nak aku buat apa!" Bentak Freddie sambil mengetap gigi. Yoh memeluk tubuh dan berdiam diri sebentar.

"Drop out," kata Yoh ringkas.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now