Normal

41 2 1
                                    

Dengar kata hati —— mati.

Puas aku mencari alasan, namun Acik Yamy tetap menyuruh aku menghantar segelas susu panas kepada Abang Yoh. Alasannya, dia mahu mengurut Madam Joanne. Ibu dan ayah sudah beritahu mereka akan bermalam di rumah Madam Belle kerana dia tidak sihat, jadi Madam Besar mahu teman anak gadisnya. Ibu dan ayah akur sahaja.

Aku juga tiada pilihan lain. Pergaduhan petang tadi terhenti apabila Mary tiba di rumah. Cepat-cepat aku berjalan keluar meninggalkan Abang Yoh sendirian di dapur. Nasib sahaja tiada orang yang memerhatikan kami.

Aku mengetuk pintu bilik Abang Yoh. Tanganku membawa satu dulang susu suam untuknya sebelum tidur. Tidak lama, pintu di buka. Kelihatan Abang Yoh dengan muka kelat. Dia memakai hoodie bewarna hitam dan menyuruh aku masuk. Setelah memastikan benar-benar tiada orang, dia menarik lengan kiriku masuk ke dalam biliknya.

"Nanti orang nampak lah abang!" Marahku.

"I don't care," balasnya lalu menutup pintu seraya mengunci. Aku bersandar pada dinding seraya meletakkan segelas susu itu di atas meja tulisnya. Sebelah tangan Abang Yoh merapat ke dinding. Jarak antara kami kurang lima centimeter. Aku dapat merasakan kehangatan nafas yang turun naik menyebabkan aku berdebar.
Aku segera mahu beredar, namun dia menghalang. Kedua-dua belah tangannya dirapatkan ke dinding sambil merenung aku.

"Sorry pasal tadi," katanya.

"Lily pun nak minta maaf sebab tak fikir pasal abang," kataku.

"Tak. Abang yang salah. Patutnya abang percaya kat Lily," lembut sahaja katanya.

"No...Lily yang tak jaga perasaan abang," aku membalas seraya merenung matanya. Kami saling berpandangan lama. Bibir Abang Yoh beberapa centimeter sahaja jauh dariku.

"Sorry," ujar Abang Yoh.
Aku menggeleng.

"I should be more understanding right," katanya. Aku segera memeluk Abang Yoh. Dia sungguh sasa dan badannya sado.

"I was wrong about Ace. You can worry about him," katanya lagi.

"I hope he's fine," balasku. Abang Yoh memeluk aku juga sambil menepuk belakangku perlahan.

"He'll be fine..." dia cuba memujuk. Aku mengeratkan pelukkan aku. Terasa selamat berada di dalam pelukkannya.
Abang Yoh menghadiahkan kucupan hangat pada dahi aku.

"Finally. We're looking more like a couple," katanya. Aku tersenyum dan ketawa perlahan.

"Why?"soalku.

"Sepanjang kita bercinta mana pernah gaduh teruk macam ni! Ni baru normal," katanya nakal. Aku menahan senyum.

"Suka lah bergaduh dengan Lily?" Soalku nakal. Abang Yoh segera mencium pipi kiri aku pantas. Aku ketawa dengan perbuatan spontannya. Kemudian, dia dengan laju mencium pipi kanan aku pula.

"Gatal kan!" Aku mencubit lengan Abang.
Aku segera bergerak keluar, namun Abang Yoh menghalang aku.

"Stay laa malam ni," rengek Abang Yoh masih tidak mahu melepaskan tangan aku.

"Gila!" Sepatah ujarku lalu keluar dari biliknya. Nasib tiada orang di situ, jadi aku segera berlari menghantar kembali dulang ke dapur. Andai sahaja aku ditangkap, pasti buruk padahnya!

Yoh menutup pintu rapat. Segera dia berlari ke tingkap. Dari jendela kamarnya, dia boleh melihat kamar bilik Lily disebalik pokok-pokok di halaman rumah. Dia tersenyum melihat Lily yang berjalan perlahan pulang ke rumah pekerja. Sesekali Lily berpusing melihat jendela bilik Yoh dan cepat-cepat berlari. Yoh ketawa kecil.

Namun, tawanya serta merta mati apabila Lily hilang dari radar matanya. Wajahnya bertukar tegang dan suram. Dia duduk di kerusi gaming sambil minum susu yang sudahpun suam.

Jari jemarinya mengetuk meja. Fikirannya ke arah Ace. Hilang? Bagaimana? Bagaimana seseorang boleh hilang dalam hutan secara tiba-tiba? Kemalangan kah? Ataupun lebih teruk daripada kemalangan?

Yoh mengambil telefon bimbit. Dia mendail nombor peribadi Camelia, pembantu di pejabat ayahnya.

"I need to find a person," kata Yoh.

"A missing person," balas Yoh lagi.

Dia mendengar Camelia sedikit membebel, namun satupun tidak dipedulikan.

"Tak tahu alive or dead. But, if alive, bring him back. If dead, I want his body," kata Yoh lagi.

"Covetly. Secretly," katanya perlahan pada Camelia.

"Alexander Henderson," jawab Yoh apabila Camelia meminta nama individu yang dicari oleh Yoh. Yoh kemudian menuju kembali ke jendela.

"If I found him...what will you do?" Soal Yoh sendirian.


Mary sempat menyorok apabila melihat Lily keluar dari bilik Abang Yoh dengan senyuman. Puas dia menggosok mata beberapa kali bagi memastikan perkara itu benar-benar berlaku. Ternyata dia tidak bermimpi.

Pintu bilik di katup rapat. Walaupun biliknya dengan abang Yoh tidaklah dekat mana, namun dia masih boleh nampak apa yang terjadi di tingkat dua. Rumah tiga tingkat itu memang direka. Bilik Mary di tingkat 3, setentang dengan bilik Eliz. Di tingkat dua pula, bilik Yoh, betul-betul bawah Bilik Eliz.

Mary menekup mulut. Kalau Puan Besar atau sesiapa dalam rumah ini tahu tentang hal itu, pasti akan berlaku peperangan. Dia sudah kehilangan Hans, dan dia juga sudah hilang Eliz. Kini, hanya tinggal Abang Yoh sahaja yang masih sudi pulang ke pangkuan keluarga.

Apa yang terjadi sekalipun, perihal Lily dan Abang Yoh tidak perlu diketahui oleh sesiapa pun. Mary mendengus kasar sambil menggaru kepala.
Dia tidak tahu sejauh mana perhubungan mereka berdua.

Tunggu! Ace yang bercinta dengan Lily! Semua orang tahu! Hubungan mereka sejak dari Lily tamat sekolah lagi. Kecoh laman web sekolah dan board alumni tentang hal ini!
Macam mana Lily boleh ada skandal dengan Yoh pula!
Mary sakit kepala memikirkannya.

Tak boleh jadi! Dia perlu siasat hal ini.

Segera dia membuka laman sosial milik Abang Yoh. Mana tahu kalau ada klu yang menunjukkan mereka bersama.
Lama Mary memerhati, namun satu habuk klu pun tidak dijumpai. Tidak lama, dia singgah pulanke laman sosial Lily yang berkunci.

"Private account!" Gerutunya. Namun, setelah disemak, dia ada dalam senarai rakan. Sangkaannya hampa dan meleset. Laman sosial milik Lily hanya penuh dengan resepi masakan yang dijumpai dalam kumpulan umum dan beberapa benda ilmiah. Gambar pula, sekadar gambar bunga dan makanan.

Tunggu!

Ada seseorang yang tag Lily. Gambar makan MaLaTang. Mary mengeluh. Ace dan Sasha.
Nanti.
Ini bermaksud, Sasha juga tahu tentang hubungan Lily dan Ace!

Jadi, Lily bercinta dengan Yoh ataupun dengan Ace!?

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now