God, he's hot
Aku beratur untuk membeli bertih jagung sementara Abang Yoh menunggu aku di kawasan menunggu. Awal, aku sudah beri tiket padanya.
"Caramel popcorn, set B," kataku.
"I nak yang couple set lah! Set C!" Tukarku. Baru teringat aku datang bersama teman lelaki. Sebelum ini aku dan Ace akan memesan Set B, yang mengandungi dua pop corn caramel saiz besar. Tetapi, kali ini aku beli set couple sambil tersengih.
Well...well...My boyfriend is here you all!
Selang beberapa minit, aku berjalan ke arah Abang Yoh. Namun, kelihatan seperti dia sedang berbual dengan beberapa orang gadis. Aku segera berlari menyorok di sebalik dinding dengan tangan yang membawa popcorn dan dua cawan minuman. Kelihatan mereka seperti orang yang Abang Yoh kenali.
Mungkin kawan zaman sekolah? Atau..
Aku memandang mereka sekali lagi.
Ah! Sudah! Aku kenal mereka. Mereka adalah kawan-kawan Eliz. Maksudku, mereka pernah berkawan dengan Eliz. Sekarang aku tidak tahu!Aku masih menanti, namun kelihatan Abang Yoh tidak kekok langsung bersembang dengan mereka. Kalau mereka nampak aku dengan Abang Yoh pasti buruk padahnya. Sudahlah khabar tidak benar tentang aku dan Ace jadi bahan perbualan.
There's always something bitter if I talk about Ace.
Aku tidak buang masa sebaliknya masuk dahulu. Selang beberapa minit setelah aku mula duduk, Abang Yoh tersenyum.
"Kenapa tak tunggu abang?" Soalnya.
Aku membalas dengan senyuman. Takkan aku nak cakap yang
"Abang kan tengah sembang dengan member, kalau nampak Lily dengan abang kan kantoi," kataku dalam hati. Namun, tidak berani untuk aku luahkan.Kami menonton cerita pembunuhan dan penyiasatan. Beberapa kali juga aku terkejut kerana bunyi muzik saspen.
"Ace! Bagitau aku apa jadi!" Kataku lalu menekup muka apabila watak utama itu mahu menoleh ke belakang dengan dentuman muzik saspen yang membuatkan aku turut sama kecut perut. Tidak lama, aku tersedar, yang ada di sebelah aku bukanlah Ace seperti selalu.
Aku menelan air liur. Macam mana boleh salah panggil!Bitch! Lily! You're freaking crazy!
Ini boleh menyebabkan perang meletus sekali lagi.
"You okay sayang?" Soal Abang Yoh melihat aku cuba menyorok di belakang lengannya. Nampaknya dia tidak begitu dengar yang aku silap panggil sebentar tadi.
I'm safe? He didn't listen right! Ahaha..awkward.
Filem thriller itu bertukar sedih. Entah apa yang sudah jadi pada Ace. Cukup lebih sebulan dia menghilang, jangan kata bayang, jejak pun tak ada. Hanyut di sungaikah? Di makan haiwan buas kah? Kalau benar, mana dia! Jangan kata dia sebenarnya sedang menunggu bantuan, namun disebabkan penyiasat yang tidak bersungguh mencarinya, akhirnya dia.....
Fuck! What did I think!
Air mataku tumpah setitik demi setitik. Aku sudah tidak fokus pada filem. Aku mengetap gigi agar Abang Yoh tidak mendengar aku sedang menangis. Tiba-tiba, tangannya meraba tanganku. Terketar-ketar, aku membalas genggaman tangan Abang Yoh yang masih serius menonton wayang.
Dasar sampah! Ace barangkali sedang keseorangan dalam hutan, aku sempat lagi keluar bermain cinta dengan teman lelaki aku. Perasaan bersalah mula menyelubungi minda aku.
I'm such a....
Tamat sahaja wayang, air mataku kering begitu sahaja. Abang Yoh sempat mengusik. Aku bohong dengan berkata aku menangis kerana salah satu bahagian akhir filem menyentuh perasaan. Tetapi, Abang Yoh sepertinya tidak percaya.
Setelah keluar menonton wayang, kami kemudian pergi makan sushi sebelum masing-masing pulang.
YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...