Zombie

44 2 0
                                    

Genap sebulan Ace pulang dan tinggal bersama aku. Abang Yoh masih belum tahu lagi. Aku juga sangat berhati-hati. Rutin harian Ace sama sahaja. Dia asyik bermain permainan video yang dibeli secara atas talian. Seharian dia akan duduk di rumah memghadap permainan video, waktu tengah hari dia akan memesan makanan atau memananskan semula lauk yang aku masak menggunakan ketuhar mikro.Petang pula, dia akan masuk duduk di dalam bilik terperap. Senyap sahaja.

Aku juga tidak pasti dengan pekerjaannya. Mungkin dia mahu berehat. Aku juga tidak tahu dia kerja apa, mungkin ayahnya masukkan duit ke dalam akaun bank.

Tetapi, yang paling membuatkan aku risau adalah dia sering mengelamun dan termenung. Kadang-kadang dia akan duduk di balkoni sambil memandang sayu ke arah langit. Terus terang, keadaan Ace sekarang membuatkan aku risau.

Aku tidak mahu Abang Yoh tahu tentang hal ini. Ketika kami berjumpa, kami akan meluangkan masa
bersama. Aku sekalipun tidak menyebut tentang perihal Ace. Niat di hati, aku mahu pindah dari apartment ini, namun keadaan Ace yang seperti sedang berhadapan dengan depresi itu merisaukan aku.

Sekurang-kurangnya kalau aku ada aku boleh tengok-tengokkan Ace.

Aku masuk ke rumah. Sudah lewat petang, namun aku tidak nampak langsung kelibat Ace. Segera aku berlari menerjah biliknya. Kelihatan Ace sedang mengganti baju.

Aku terhenti seketika. Begitu juga Ace. Suatu perkara benar-benar membuatkan jiwa aku bagaikan direntap. Pada bahagian belakang Ace ternampak kesan melecur bagaikan bekas seterika panas yang meninggalkan parut dan berberkas. Selain itu, terdapat beberapa kesan seperi parut pisau di belakangnya.

Ace bagaikan terhenti. Aku segera mendekati Ace yang hanya memakai seluar tracksuit itu. Ku amati bahagian otot lengan Ace bagaikan ada kesan seperti parut, kesan pembedahan dan parut-parut kecil. Seingat aku, sebelum ini aku tidak perasan pula Ace ada parut.

Mungkin pada hari pertama kami berjumpa setelah lapan tahun aku terlampau terkejut untuk mengamati Ace dengan teliti.

Aku bukannya tak pernah melihat Ace tanpa baju. Sebelum ini, dia langsung tidak ada parut pada badannya.

"Apa ni?" Soalku serius. Ace tersengih.

"Hey! Aku tengah tukar baju kau masuk kenapa!" Dia cuba berdalih.

"Apa ni?" Soalku lebih tegas dan serius. Ke mana dia pergi selama ini hingga mendapat parut kekal begini. Aku menolak Ace lalu memandang belakang yang berparut, kesan terbakar atau lebih tepat lagi terkena sesuatu yang panas. Aku memandang ke arahnya meminta penjelasan. Namun, dia diam sahaja.

Aku mengetap bibir menahan perasaan terbuku di hati. Aku masih memegang lengannya mahu dia menjelaskan semua perkara pada aku. Tetapi, aku tahu! Aku tidak boleh memaksa kalau Ace tidak mahu beritahu aku apa-apa.

"Okay, fine. Tak nak cakap,tak apa," kataku mengalah. Kini, giliran dia pula untuk tunduk. Aku segera bergerak keluar dari biliknya. Aku risau betul kalau dia menghilang sekali lagi. Apabila memegang tombol pintu bilik, aku mendengus dan bertukar fikiran. Kalau asyik aku yang menunggu, sampai bila pun takkan ada jawapan dari Ace! Ace yang aku kenal kini bukanlah seperti dirinya yang gila-gila dahulu.

"You memang tak ada apa-apa nak explain dekat I ke macam mana?" Soalku tanpa berselindung. Ace tertunduk. Wajahnya yang berseri kelihatan muram. Terasa bagaikan dia bukanlah sosok yang aku kenal lapan tahun lepas.

"Eight years Ace! Eight fucking years!" Templakku. Aku masih menunggu kalau-kalau dia ingin memberikan aku jawapan. Namun, dia masih sahaja membatu di situ. Sedikit pun tidak berganjak dari tempatnya. Nafasnya turun naik.

Aku mendengus kuat, kedengaran jelas bunyi tidak puas hati. Nampaknya, Ace mahu mengunci mulut dari berbicara denganku.

"I already told your mom that you're back!" Kataku. Dia memandang aku terkejut.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now