127

41 2 0
                                    

Berita itu membuatkan Yoh terdiam. Abigail masih lagi nyenyak tidur. Madam Joanne sudah hilang ke mana dua tiga hari ini.

Riley meninggal dunia akibat kemalangan, manakala Derek sekarang di dalam bilik bedah.
Kes pemandu lori mabuk melanggar Derek pemain bola sepak terkemuka menjadi isu berita terkini.
Yoh diam sahaja semasa Charles memandu kereta.

Dia baru sahaja pelan untuk hapuskan wanita itu, tetapi nasib lebih menyebelahinya. Charles belum sempat mengupah mana-mana orang untuk membuat kerja tersebut, namun takdir lebih ke arah mereka.

"Charles, don't you think the God is too nice with us?" Soal Yoh. Dia menekup dagu sambil memandang lampu neon pekat malam menerusi luar jendela kereta.

"Yes boss," balas Charles. Dia dan Yoh sekadar pelan sahaja, namun kejadian ini benar-benar menyelamatkan mereka dari jadi pembunuh. Dia tidak tahu bagaimana perkara ini berlaku tetapi dia sangat senang apabila melihat Yoh senang hati.

Yoh tenang sahaja. Sampai di hospital nanti dia perlu berhadapan dengan wartawan. Kematian Riley umpama berita gembira untukknya. Saham M&G milik Riley kini bertukar milik kepadanya dan Abigail. Peluang untuk dia menjadi CEO lebih cerah dan bersinar.
Yoh mengangkat panggilan dari Yamato. Tidak lama mereka berbual, Yamato mengatakan dia akan pulang dari  syarikatnya di Thailand dengan segera.

Mesej telefon Yoh masuk tidak berhenti-henti. Cuma mesej dari Lily sahaja tidak ada, barangkali belum tahu perihal kemalangan yang ditimpa.

***
Aku makan malatang dengan Ace. Hari ini sedikit panjang namun sebaik sahaja melihat Ace masuk ke kedai makan malatang rasa penat aku hilang begitu sahaja. Setelah memesan makanan, kami duduk bertentangan untuk menikmati makan malam.Sambil makan kami berbual mengenai lampu kedai makan yang menjadi topik perbualan.

Tiba-tiba, telefon aku berdering. Kak Camelia. Aku malas untuk angkat kerana sedang makan dengan Ace, jadi aku tidak hiraukan.Ace menghulurkan bebola sotong pada aku. Aku tinggal buka mulut sahaja. Kacau daun betul aku nak sweet-sweet si Camelia ni!

Setelah itu ibu pula yang menelefon aku.

"Ace kejap, ibu call," kataku. Dia mengangguk.

"Lily!" Panggil ibu cemas.

"Yaa saya," balasku.

"Puan Muda Riley! Puan Muda Riley meninggal eksiden!" Katanya. Aku bagaikan tersentak mendengarnya. Aku berkumat-kamit memberitahu Ace. Ace mengambil telefon melihat aplikasi mesej. Wajahnya terkejut besar.

Huh?
What?
Wait a minute?
For real?
God! Oh my God!

"Okay ibu, Lily pergi hospital sekarang," kataku. Ibu sangat risau dengan Abang Yoh. Tambahan lagi gosip mengenai Riley dan Derek belum sepenuhnya reda, kini berita malang ini pula seolah-olah mengiyakan segalanya.

Aku meletakkan panggilan.

"Ace, I really need to go and help Abang Yoh right now," kataku. Ace mengetap bibir bawah sambil tersenyum ringkas. Dia perlahan mengangguk kepalanya.

Aku mengemas tas tangan. Belum sempat habis lagi makanan aku sudah bangkit untuk meninggalkan kedai makan. Aku lihat Ace masih lagi duduk termangu di situ.

"Aren't you coming with me?" Tanyaku. Ace melangut memandang ke arahku. Matanya terkebil-kebil memandang aku. Aku tersenyum lantas menghulurkan tangan kanan kepadanya. Ace mencapai tangan aku dengan senyuman gembira.
Dia meletakkan jari jemarinya di ruang kosong jari jemari aku.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now