He's so weird.
Yoh awal lagi sudah sampai ke perkarangan asrama universiti. Sengaja dia duduk di dalam kereta menunggu Freddie keluar. Tanggapannya tidak sekalipun meleset. Hari ini Freddie keluar awal dengan sebuah bungkusan. Yoh memarkir kereta dan keluar mengekori Freddie. Jarak antara asrama dan kelas tidak jauh, namun Freddie tidak menuju ke kelas.
Destinasinya adalah pejabat. Freddie masuk ke dalam pejabat. Lama Yoh menantinya di luar. Setelah Freddie keluar, Yoh pula masuk. Masih awal lagi. Yoh berjalan lantas membuka beg sekolah. Tadi, Freddie keluar tanpa membawa sebarang bungkusan di tangan.
Yoh menanti seketika sebelum masuk. Apabila masuk, Yoh melihat ada Madam Pensyarah Racist duduk di tempat duduknya.
Segera Yoh berjalan ke arahnya. Wanita itu sedang tersenyum sendirian memandang ke arah sebuah bungkusan.
"Madam," kata Yoh menegur dengan sapaan yang cukup lembut dan sopan. Cepat-cepat, Madam menyembunyikan barang itu. Yoh memandang meja Madam dan kalendar yang ada.
"Ada apa ya?" Soal Madam dengan muka yang sukar ditafsir.
"I nak minta maaf sebab biadap hari tu?" Kata Yoh. Madam hanya menggeleng kepada Yoh, mengatakan dia tidak simpan di dalam hati.
"I like your smell Madam," kata Yoh. Madam sedikit terkejut.
"Gucci Bloom I guess?" Soal Yoh. Madam hanya mengangguk sambil ketawa menekup mulut. Yoh mengucapkan terima kasih sebelum keluar dari pejabat.
Apabila menutup pintu dia tersenyum sinis.Kebetulan! Kebetulan! Kebetulan!
Dia terpandang sesuatu di meja Madam yang membuatkan dia mahu ketawa bagai orang gila. Nampaknya, jalan mudah sudah ada di depan mata.
Hari itu juga, dia diberitahu yang Zeker sudahpun di tahan. Rose juga mahu membawa perkara itu ke muka pengadilan. Yoh hanya memberi sokongan sebagai rakan. Perihal Zeker juga sudah diketahui pelajar lain. Semuanya beranggapan Zeker merupakan seorang yang mental kerana sanggup mengganggu ketenangan hidup Rose.
Aku terlopong. Mata aku terkebil-kebil memandang kereta baharu Ace. Kereta sedan buatan negara sebelum ini telah bertukar menjadi BMW bewarna hitam. Aku terkelip-kelip memandang Ace yang kelihatan ceria. Baru minggu lepas rasanya aku keluar makan MalaTang dengan kereta sedan lama itu. Hari ini baru Jumaat, belum genap seminggu dia sudah tukar kereta.
Ace mencampak kunci kereta pada aku.
"Kau test drive," ujarnya senang hati. Aku menjegil ke arahnya. Gila! Aku baru dapat lesen, takkan nak bagi aku bawa BMW?
Aku segera mencampak kembali kunci padanya."Kau gila! Aku baru dapat lesen! Kalau apa-apa jadi kat kereta kau mampus aku nak ganti rugi," kataku. Ace segera mendekati aku. Tangan aku di pegang lembut sebelum meletakkan kunci kereta di dalam telapak tangan kanan aku.
"Try lah," pujuknya. Aku memandang kereta BMW hitam itu dan Ace bersilih ganti.
"Okeylah," balasku. Memandu kereta cuma perlu keyakinan, keberanian dan ketelitian! Aku perlu fokus. Aku membawa kereta Ace keliling kawasan apartment.
"Okey ke aku drive?" Soalku. Ace yang duduk dengan tidak betah itu tersenyum.
"Bolehlah," katanya tenang,
"Apasal tukar kereta?" Soalku polos. Ace diam membisu.
"Sebab kereta lama asyik buat hal?" Dia cuba menjawab namun jawapan yang diberikan kedengaran seperti ayat soalan.
"Drive pergi mall," Ace mengarah aku. Aku berkerut. Tiba-tiba?
"Tiba-tiba?" Soalku.
"Drive je lah," balasnya perlahan lalu memandang keluar tingkap. Aku hanya menurut sahaja.

YOU ARE READING
My Flower, Lily (BM)
Fiksi RemajaMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...