May we still looking at the same blue sky.
Aku melihat dokumen sulit di dalam fail bewarna merah jambu. Lama aku diam memandang senarai biodata ahli lembaga pengarah. Fail itu aku peroleh dari pemandu Abang Yoh, Charles.
Kalau ikutkan, seorang pun tak akan mengundi Abang Yoh untuk tinggal di sini. Kalau di fikirkan kembali, mereka pasti okey sahaja kalau Abang Yoh berada di cawangan New York. Lagipun, selama ini memang Abang Yoh bekerja di sana.
Namun, persoalannya sampai bila hubungan jarak jauh antara aku dan Abang Yoh.
Aku tak mahu kehilangan Abang Yoh macam aku kehilangan Ace! Apa terjadi sekalipun, aku perlu pastikan Abang Yoh akan sentiasa berada di sini.
Soalannya, bagaimana?
Back then it was so hard for me to stay still! Now he's here, I won't let him go away that easy!
Lihat sahaja senarai aku sudah boleh agak. Mereka pengikut Madam Besar! Dan pastinya mereka akan mengundi Abang Hans! Aku menggigit kuku. Tiba-tiba aku teringat Lana. Betul cakapnya. Cinta jarak jauh tidak akan kekal lama. Dua tahun lepas aku sendiri keliru antara Abang Yoh dan Ace. Kalau kami masih berjauhan lagi, mungkin perasaan yang sama akan berulang. Aku tak tahu perasaan Abang Yoh. Sebagaimana aku tidak suka di kawal, aku yakin Abang Yoh mempunyai perasaan yang sama dengan aku.
Fikir Lily! Fikir! Fikir lagi! Kenapa bodoh sangat! Mana idea!
Dear Brain! Think!
"Lily!" Sapa satu suara menyebabkan aku terkejut. Sasha. Entahlah. Hubungan kami tidak rapat, namun kami ada keluar bersama selang beberapa minggu. Sasha merupakan seorang guru sekolah rendah. Hanya dia sahaja antara kawan rapat Ace yang tahu perihal kehilangan Ace. Rakan-rakan Ace yang lain sekadar tahu bahawa Ace berada di Hong Kong.
"Jomlah, kata nak teman beli baju," rengeknya lalu menarik aku. Aku tidak banyak cakap sebaliknya hanya mengekori Sasha. Lagipun, hujung minggu aku memang cuti. Kami masuk ke satu kedai demi satu kedai semata-mata untuk mencari skirt denim bewarna "dusty blue". Sedang Sasha memilih pakaian dari atas rak, belakangnya dicuit oleh seseorang.
"Sasha right!" Tegur suara itu. Sasha terkejut, aku juga memandang ke arah gadis itu. Riley Summers! Wanita yang aku perlu hati-hati. Dia menjeling aku dan tersenyum.
"Eh, Lily pun ada!" Tegurnya. Dia kemudian menekup mulut seraya mengangguk. Entah apa yang ada di dalam fikirannya.
"Eh, bila you balik?" Soal Sasha. Aku diam sahaja.
"I balik dengan Yoh haritu," katanya.
Yoh?
"Yoh dah balik?" Sasha bertanya padaku. Aku menjongket bahu.
"I dah lama tak balik rumah D'Generouz," ujarku perlahan. Sasha kembali memandang Riley. Mereka bersembang seketika. Namun, aku tidak bermjnat untuk dengar, sebaliknya terus membelek baju. Nanti dulu! Aku perlu curi dengar.
"Apa cerita you dengan Yoh? I dengar you guys belajar sama-sama," kata Sasha. Riley ketawa lantas mengatakan hubungan mereka baik.
Jelas sekali wajahnya bertukar bahagia apabila Sasha menyebut nama Yoh. Aku diam sahaja sambil pura-pura tersenyum.
Tunggu dulu! Riley merupakan anak perempuan M&G. Anak perempuan M&G yang boleh mempengaruhi keputusan sama ada Yoh boleh terus tinggal di sini atau kembali ke US.
M&G. Riley. Yoh.
I see.
Aku tersenyum. Nampaknya, aku sudah ada jalan untuk membantu Abang Yoh memenangi undian.
Hans duduk di hadapan Yoh ketika makan tengah hari. Mereka tidak bercakap, sebaliknya hanya makan.
"How's US?" Soal Hans cuba berbasa basi.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Flower, Lily (BM)
Ficção AdolescenteMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...
