Truth it may not always feel good, but it will always be right
Bau wangian di baju Abang Yoh membuatkan aku yang normal ini menjadi tidak normal. Aku tidak pasti wangian yang digunakan, tapi kalau pencuci baju nya aku tahu kerana ibu yang mencuci baju mereka sekeluarga. Wangian yang dipakai Abang Yoh begitu eksklusif dan bau seperti orang-orang berada. Walaupun Abang Yoh secara sekilas pandang tidak nampak seperti anak orang kaya, namun aku tahu citarasanya bukan biasa-biasa.
Tag nama Yoh di poket kiri baju dipandang. Kemeja sekolah kami adalah sama untuk lelaki mahupun perempuan. Baju Abang Yoh lebih besar daripada aku, ia membuatkan aku lebih nampak bodoh dari sebelumnya. Sedang aku asyik dibuai perasaan, seseorang memasuk kelas kami. Barangnya serba merah jambu. Elizabeth.
"Abang Yoh injured, and you berehat dekat sini!" Jerkahnya membuatkan beberapa orang pelajar di kelas aku terpandang-pandang.
Gila? Cedera?
"Sebab kau, Abang Yoh cari pasal dengan Abang Ace, tak guna lah kau ni," herdiknya.
So, it was that guy again!
Belum sempat dia memaki hamun aku, guru fizik kami masuk ke kelas. Kalut dia berlari keluar. Sepanjang kelas fizik, aku tidak dapat menumpukan perhatian. Aku ingin tahu keadaan Abang Yoh. Aku ingin tumbuk sendiri muka si Ace dengan penumbuk maut aku. Setelah kelas tamat, aku pergi ke arah Jason. Aku tahu, dia salah seorang player pasukan bola sepak.
"Kalau kau nak tanya pasal Yoh, dia pergi klinik. Mungkin dah balik rumah," kata Jason sebaik sahaja aku muncul di hadapannya. Aku belum sempat bertanya. Cheng tiba-tiba menghampiri aku, menbawa buku matematik. Lupa pula! Aku perlu berbincang dengannya tentang buku skrap matematik kami!
Petang itu, tumpuan aku terhadap diskusi bersama Cheng memang ke laut china . Setiap perkara yang di utarakan oleh Cheng terasa bagaikan angin. Aku cuma mencatat nota tentang bahagian yang perlu aku siapkan. Sebelum pulang, Cheng sempat memuji aku.
"You're so brave going against Ace," katanya. Aku mencebik.
"Patut lah brave sangat, rupanya you got a hella fine man behind you," kata Cheng.
"Sorry?" Aku seperti tidak mengerti apa yang dibicarakannya.
"Yoh D'Generouz kot! Dengar surname dia sahaja, orang dah takut," kata Cheng.
"Ah, sudahlah kau," balasku acuh tak acuh. Cheng mengangkat kening.
Setelah mengemaskan barang masuk ke dalam beg, aku berlari ke stor rooftop Blok C. Aku tahu Ace sering tidur siang dan melepak di situ. Suasana di situ masih tenang seperti pertama kali aku menjejakkan kaki ke situ. Aku melihat Ace sedang bermain permainan video sambil menatap langit yang membiru. Kakinya di letakkan bersilang di atas meja. Bajunya tidak dibutangkan, dengan subang berbentuk pin menampakkan dia sangat "rebel".
"Kenapa kau cederakan Abang Yoh?" Soal aku tanpa memberi sebarang mukadimah. Dia memandang aku sinis lantas menyuruh aku duduk di hadapannya. Aku tidak mengikuti arahannya, sebaliknya memeluk tubuh.
"I did not, dia jatuh sendiri," ucapnya sambil menjongket bahu.
Hahahahahah, that's funny!
Aku ketawa sinis sambil memeluk tubuh. Seketika kemudian aku mengetap gigi.
"Kau ni betul-betul..." belum sempat aku menghabiskan ayat, dia memintas ayatku.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Flower, Lily (BM)
Novela JuvenilMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...