Ace The Rebel

120 7 0
                                    

Not all forms of abuse leave bruises

Aku membasuh tangan di sinki sambil memandang ke arah cermin melihat wajahku yang berminyak. Kalau dikumpul, boleh buat minyak goreng kentang. Aku membasahkan muka dengan air supaya lebih segar. Wajahku yang tidak disapu sebarang make-up ini kelihatan begitu hodoh. Aku mengeluarkan bedak talkum dari poket dan menempekkannya di seluruh wajah. Lipbalm perisa tembikai disapu dengan kemas keseluruh bibir. Macam ni baru nampak ada seri! Tandas ini agak jauh dari kelas, kerana tandas berdekatan dengan kelasku sedang diperbaiki.

Bunyi hentakan kedengaran kuat mengejutkan aku.

Ku lihat kiri dan kanan, tiada siapa pun yang berada di tandas bersamaku.

Eh, don't jokes around with me. I don't do jokes!

Bunyi lagi. Seakan-akan pintu tandas diketuk kuat dengan sesuatu.

Come on! My first day , don't be like this!

Aku pantas keluar dari tandas perempuan dan ingin pulang ke kelas. Terdapat kon kuning, mengatakan tukang cuci sedang bertugas diletakkan di hadapan tandas. Aneh, tadi tiada pula!
Tiba-tiba, aku terdengar bunyi hentakan dan tangisan sendu dari tandas lelaki. Lantas, aku berhenti dari melangkah.

"Sorry Ace," aku mendengar dengan jelas suara seseorang berbisik tatkala melangkah ke tandas.

Ah, sudah!

Kes buli pula! Aku tahu, sebelum ini disekolah lama juga terdapat kes buli. Tapi ini kali pertama aku berhadapan dengan situasi seperti ini. Aku melihat ke kiri dan kanan, tiada sesiapa. Aku melangkah mendekati tandas. Kelihatan beberapa orang lelaki berbadan tinggi lampai dan besar sedang mengelilingi seseorang. Seorang lelaki yang kurus dan memakai kaca mata.

Seorang lelaki, berambut tajam-tajam blonde seperti buah durian memegang pipi lelaki bertubuh kurus sambil tertawa kasar. Butang bajunya tidak dibutangkan dengan betul, sebelah telinganya juga ditindik dengan subang bewarna hitam. Nampak sangat "rebel"! Aku terjengket-jengket mengintai di sebalik dinding.
Aku cuma memandang kosong lalu melangkah ingin pergi. Pelajar lelaki kurus itu kelihatan sudah tidak berdaya untuk melawan. Mungkin dia diperas ugut diminta duit perlindungan. Tapi, kebanyakkan pelajar di sini semuanya kaya-kaya belaka, jadi kes berkaitan dengan duit tidak sepatutnya berlaku! Aku tahu ibu dan ayah banyak berhabis untuk memastikan aku bersekolah di sini. Jadi, aku tidak patut ikut campur, belajar elok-elok dan bergraduasi dengan aman.
Segera aku melangkah pergi, namun terlanggar pula kon bewarna kuning.

Stupid! Stupid! Silly Lily!

"Siapa!??" Jerkah lelaki bersubang itu. Aku segera berlari pergi. Suaranya cukup "deep and husky", malahan nadanya lebih dalam berbanding Abang Yoh! Aku pantas berlari dari situ. Lari serupa tak cukup tanah!

Sedang aku melangkah, aku melintasi bilik guru. Lama aku tercegat disitu. Perlukah aku melaporkan pada guru ataupun? Ah, bukan hal aku. Buat apa aku ambil peduli pasal orang lain. Tatkala aku ingin melangkah, terasa seolah-olah ada kuasa magnetik menarik aku masuk ke dalam bilik guru.

Godness! My sense of justice!

Tidak. Kali ini aku tidak patut campur tangan. Ibu dan ayah sangat bersusah payah untuk aku sampai ke sini. Duit simpanan mereka banyak dihabiskan untukku.Baru hari pertama, aku tidak boleh buat masalah! Namun, kuasa magnetik ini sangat kuat.

God, you really wants me to save that boy right? Just how I did with Milly!

Aku menolak pintu bilik guru dengan tergesa-gesa. Kelihatan Mrs. Jane sedang mendenda seorang pelajar senior yang tidak memakai seragam dengan lengkap melalukan "push-up". Beberapa orang guru turut terkejut memandang aku.

My Flower, Lily (BM)Where stories live. Discover now