You spin my head right round right round
Aku membuka pintu rumah. Jam sudah menunjukkan pukul lapan malam. Aneh juga! Siapa yang datang ke rumah aku. Setelah siap mandi, aku tadi mengedit teks untuk debat yang akan berlangsung dalam kelas crime law.
Hana.
Dia berdiri tegak di hadapan pintu rumah aku. Matanya merah seperti baru sudah menangis. Hidungnya juga merah. Dia masih tersedu-sedu.
"Hey....what's wrong?" Soalku dan menarik Hana masuk ke dalam rumah. Aku memegang tangannya yang sejuk. Apa yang sudah berlaku hingga dia menangis begini.
Sampai di pintu masuk, aku melepaskan tangan Hana dan bergerak ke dapur. Dia masih berada di hadapan pintu tepi almari kasut. Sejujurnya kasut aku dalam almari cuma ada dua tiga pasang, selebihnya kasut milik tuan rumah yang sengaja di tinggalkan. Katanya, kalau ada kasut lelaki lebih selamat.
Aku menuang air suam untuk Hana. Mungkin dia mahu bercerita denganku. Aku tidak mahu kelihatan seperti memaksa."Can you ask Ace to stay?" Pintanya tiba-tiba, masih tidak berganjak walau seinci dari muka pintu.
God.
Aku diam membisu. Apa pula kali ni? Petang tadi kami sudah bercakap tentang hal ini di bilik tutorial. Aku meletakkan gelas air kosong di atas meja dan memeluk tubuh.
"Enough," sepatah arahku tegas.
"I suka Ace," Hana berterus terang, kali ini aku yang tercengang.
Huh?
"Hana...." panggilku, sumpah aku tidak pernah tahu yang Hana meminati Ace dalam diam. Sejak bila? Kenapa aku tak sedar? Kenapa Hana tak bagitahu aku?
"But...you know that he likes you right?" Soalnya. Aku malas hendak layan.
This is why I—-
"Soalan apa ni?" Tanya aku keras.
"Ace suka you! You tahu ke tidak?" Hamburnya.
I know. I'm not stupid.
Aku diam. Aku bukannya bodoh sangat tak tahu yang Ace suka aku. Sudah banyak kali dia memberi aku isyarat. Cara Ace menatap aku, cara dia menjaga aku. Bahkan, setiap tingkah lakunya, sudah cukup untuk memberitahu aku.
"I tanya you ni!" Jerit Hana. Aku mendengus.
"Tahu," balasku sepatah.
Oh, God!
Hana ketawa macam orang hilang akal. Dia mengesat air mata yang menitis di pipi. Wajahnya sudah merah padam.
"He confessed before," ucapku lagi. Aku mahu beritahu Hana hal antara aku dan Ace.
"And things become awkward for a while," ujarku.
Till there. Awkward! I don't feel like remembering those times anymore.
Hana menarik nafas dalam-dalam.
"Kalau you terima Ace jadi boyfriend you...you rasa dia still akan pergi tak?" Soal Hana.Aku teringat ketika selesai majlis graduasi sekolah tinggi. Pada hari itu, Ace meminta aku menjadi teman wanitanya. Namun, aku tolak kerana aku sudah berpunya.
And I only have one answer in my heart.
Dan jawapan aku dulu kini tetap sama.
Hati aku cuma untuk Abang Yoh.Yoh menelefon Lily sambil berbaring di atas katil. Hari ini kelasnya habis awal.
Dua kali dia telefon baru Lily angkat."Sorry. Tadi buat kerja sikit," kata Lily.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Flower, Lily (BM)
Teen FictionMenjadi anak angkat kepada pembantu rumah keluarga orang kaya bukanlah impian Lily. Sebaliknya, jalan pantas untuk dia lari dari tanggungjawab. Perkenalan dengan dua jejaka bahkan bukan menenangkan, sebaliknya membuatkan kehidupan yang tenang bagai...