Chapter 3 - Mengintai Budak Bukit

2.9K 139 15
                                    


Sesampai saja di banglo, Aidan terus bergegas naik ke biliknya langsung tak mempedulikan Puan Neesa yang sedang menyiapkan meja makan dengan bantuan Makcik Hartinah.

Jam di dinding dah pun menunjukkan ke pukul dua lima minit petang. Aidan rasakan pantas benar masa berjalan.

Selepas menanggalkan uniform  sekolahnya, dia terus ke balkoni mendapatkan binokular yang tersedia di situ. Dia hanya berboxer * yang bercorak watak kartun kegemarannya sejak kecil lagi.

Dia terus menghalakan binokular ke arah jalan di hadapan pintu pagar banglo. Memfokuskan ke arah pondok jaga di bawah pokok ketapang. Nampaklah seorang lelaki yang bertugas di situ, teramat jelas sekali.

Sudah tentu dia akan dapat melihat dengan jelas wajah budak bukit yang akan lalu di situ sebentar lagi.

Masih ada masa untuk itu lalu dia mengenakan t-shirt  dan seluar trek lantas turun untuk makan tengah hari.

"Kenapa Edan mama nampak cam tergesa-gesa je ni?" tanya Puan Neesa bila melihat Aidan makan dengan agak gelojoh seperti sedang mengejar masa.

Tengah hari ini Makcik Hartinah menghidangkan juadah istimewa kesukaannya, nasi tomato, kari daging dan ayam goreng berempah.

Namun Aidan seakan tak dapat menikmatinya dengan sempurna. Dia asyik melihat jam di dinding sepanjang menjamah hidangan tersebut.

"Tak ade ape arr ma, Edan cuma nak cepat je. Lagi pun, banyak lak homework  yang kena buat hari ni," Aidan memberi alasan.

Dia lantas cepat-cepat menghabiskan nasi di pinggan dan terus bergegas ke atas, ke balkoni kerana jam dah pun tepat dua empat puluh lima petang.

Nasib Aidan memang baik. Bila saja binokular dihalakan ke arah jalan kecil di luar pagar, nampaklah kelibat seorang budak lelaki mengayuh basikal beruniform  sekolah lusuh dengan menggalas sebuah beg canvas  hitam.

Aidan yakin itulah Ehsan, si budak bukit yang dikatakan oleh Sumi tadi dan yang dilihat di kantin pada paginya. Dia melaraskan binokular untuk mendapatkan imej yang terbaik.

Amat jelas pada pandangan Aidan raut wajah teduh dan lesu Ehsan yang terpaksa mengayuh sehabis daya sebab laluan itu agak meninggi ke arah kawasan perbukitan di hujung jalan.

Aidan belum pernah lagi meneroka hingga ke hujung jalan kecil itu. Kawasan itu nampak merimbun dan gelap dengan dilitupi pokok-pokok hutan yang amat besar lagi tinggi menyayup.

Jalan berturap tar pun berakhir di situ. Cuma jalan tanah merah yang sesuai dengan pacuan empat roda saja yang menganjur hingga ke arah bukit-bukit yang tersergam gagah menyambut sesiapa saja yang berani menempuhinya.

Aidan memang berhajat untuk meneroka hingga ke kawasan gelap itu namun dia tak berani kerana belum biasa dengan persekitaran di sini.

Mungkin dia akan mengajak Maswira satu hari nanti. Itupun kalau budak itu sanggup menjadi teman adventure nya.

Lusa, Jumaat. Petangnya Maswira akan pulang bercuti seperti yang diberitahu oleh Pak Kamil tempoh hari.

Aidan tak sabar nak berjumpa dengannya. Dia nak mengenali diri budak yang akan menjadi jiran dan kawan penemannya di banglo besar ini.

Ehsan langsung tak sedar yang dirinya sedang diperhatikan oleh Aidan kerana jarak banglo dengan jalan kecil itu agak jauh. Kalau dengan mata kasar dia tak akan dapat melihat jelas pada Aidan di balkoni itu.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now