Chapter 65 - Bila Bebudak Masuk Mesyuarat JKKK

1.8K 91 14
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

HALT! .. Awas • Chapter  ni akan buat sesetengah pembaca boring  giler. Kecuali yang pernah hadir dalam Mesyuarat JKKK..  

•••♦◄♥►♦•••

Bebudak berenam itu sampai di balai raya tercungap-cungap dek berlumba sesama sendiri. 

Terus mereka masuk, mengambil tempat duduk yang masih ada.

Mesyuarat baru saja bermula, dengan kata alu-aluan oleh Penghulu Maliki, selaku pengerusi.

Ramai sungguh orang kampung yang menghadirkan diri dalam mesyuarat yang julung-julung kali diadakan seperti ini. Selalunya ia hanya melibatkan AJK juga orang-orang kuat JKKK saja.

Di bahagian hadapan, kelihatan Rusty, Lokman Harith, Viviana dan Keysha duduk bersebelahan penghulu juga AJK Kampung yang lain. 

Ada Haji Bahar, Setapa Steady, Pak Bustaman dan juga Sagun di depan sana.

Mereka nampaknya amat serius mendengar kata-kata aluan tuan pengerusi majlis yang sudah semestinya mengandungi maksud mendalam. 

Terangguk-angguk kepala mereka satu-persatu, senada dengan suara Penghulu Maliki.

"Mesyuarat yang kami buat secara mengejut ini disebabkan oleh beberapa perkara yang terjadi di kampung kita sejak kebelakangan ini. 

"Tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian, saya rasa dah ramai yang tau akan perkara tersebut. Banyak gosip dan khabar angin pasal kejadian pelik yang menimpa Bomoh Mahat dan anaknya. 

"Jugak, dua hari lepas, empat anak-anak remaja kampung kita diserang makhluk aneh yang gigit dan hisap jari kaki mereka one by one.

"Saya pun dah dapat ambik beberapa statement  daripada bebudak berempat tu yang ada bersama dengan kita sekarang ni. Tapi ade beberapa perkara lagi yang kita belum dapat maklumat sahih* daripada mereka berempat.

"Oleh itu, di sini, saya akan bertanya, ape yang dapat mereka ingat waktu kena ganggu dengan makhluk tu," ujar Penghulu Maliki sambil memandang kepada Rusty dan tiga yang lain.

"Cer ceritakan ape yang kamu ingat pada malam kamu kena serang tu? Jangan malu atau segan. Semua ni untuk kebaikan kita jugak. Mana tau, kot ade yang kita boleh buat pengajaran atau panduan kalau makhluk tu serang lagi," pinta tok penghulu dengan wajah serius.

"Cam yang saya citerkan kat penghulu malam tadi arr. Saya tido, lepas tu nampak lembaga budak kecik panjat tingkap bilik saya. Saya rasa sakit kat jari kaki, then  toyol tu merangkak atas badan saya. Lepas tu saya rasa cam khayal dan pening je," jawab Rusty.

Tatkala perkataan toyol disebut oleh Rusty, terdengarlah suara-suara bercakap tak tentu biji butirnya. Bak bunyi lebah di sarang, berdengung dan bergema dalam balai raya tersebut. 

Masing-masing ada yang terkejut, takut juga teruja.

"Kamu kata, kamu sedar dan nampak toyol tu. Ops, maksud tok, makhluk tu. Ade tak kamu melawan balik atau kamu menjerit mintak tolong ke?" tanya tuan pengerusi. 

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now