Chapter 152 - Di Mana Daus, Brice & Lokman Harith?

1.2K 58 17
                                    

 ACHTUNG

" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

Layan je.. pendek, padat & mengujakan.. hee

•••♦◄♥►♦•••

Riuh rendah dewan dek ramainya para penduduk yang datang sejak berita kehilangan tiga remaja kampung mereka ditular oleh Amir Nasron dan geng pemalu kompangnya.

Sungguh pantas dan efisien pemuda harapan bangsa itu dalam menjalankan kerja. Ia mendapat pujian melambung daripada Penghulu Maliki yang sekarang ini dalam gundah gulana.

Manakan tidak? Belum pun reda kes Ikhwan dan belum selesai kes kehilangan Wirman serta Maswira, kini satu lagi bala menimpa kampung mereka.

Aidan baru saja tiba selepas jenuh meminta keizinan emak dan bapanya.

Terus Aiman Harith dan kekawan mereka yang lain mendapatkannya di luar dewan tersebut.

"Sabar arr, Aiman. Mungkin abang kau, Daus dan Brice ade kat mana-mana kot? Kejap lagi dia orang muncul, jangan sedih, okey?" pujuk Aidan sambil memeluk budak darjah enam itu.

Palis, Fikri dan Sumi tekedu melihat adegan mengharukan itu.

"Eh, Esan tak datang ngan kau ke?" tanya Sumi.

"Tak. Dia kan tak ade handphone? So, cam mana nak bagitau dia? Lagi pun dah malam, aku tak berani nak berbasikal ke rumah dia tu, seram," jawab Aidan.

"Perhatian, perhatian. Yang tercegat di luar dewan silalah memasukkan diri anda ke dalam dewan bagi mengambil tempat masing-masing dengan segera. Jangan buat bodoh dan bising je," tempik Atan Sengkoi sambil menggawangkan* tangan memanggil.

"Ya, masuk semua. Kita kena cepat dan jangan dok buang masa lagi. Bebudak bertiga tu entah ape nasibnya?" sampuk Penghulu Maliki.

Mesyuarat dimulakan bila semua hadirin mengambil tempat. Pelbagai cerita dan versi yang disampaikan. Namun, cerita dari Nurlisa yang paling konsisten dan layak dipercayai.

"Lepas balik je dari rumah Ikhwan, saya pecut basikal laju sebab rasa sebak dan kecewa bila putus cinta. Saya cuma ingat nak terus baring di katil sambil menangis je.

"Daus, Brice dan Lokman Harith tak nampak bayang pun. Mungkin dia orang tunggu di rumah Ikhwan kot? Saya tak pasti, lepas je sampai rumah, saya terus masuk bilik.

"Hingga le jam lapan lebih kurang, Aiman call  bagitau abang dia tak balik lagi. Dia menangis dan tanya saya ape yang jadi kat abang dia tu?

"Saya terus call  Ikhwan, tanya pasal dia orang bertiga yang belum sampai ke rumah lagi. Ikhwan cakap, Daus, Brice dan Lokman dah lama balik sejurus saya tinggalkan rumah dia."

Penjelasan gadis sunti itu membuatkan dewan makin riuh lagi. Keluarga Brice, Lokman Harith dan Daus tak mampu menahan sedih. Risau hati mereka dek mengenangkan nasib para remaja malang tersebut.

"Dah sah le depa semua tu kena sorok hantu hutan. Jom kita pakat-pakat pi cari sebelum terlambat. Ini kes berat sebab sampai tiga sekali gus lesap," jerit seorang lelaki di sudut dewan. Namanya Yahya Ariwatan, asal Kuala Ketil.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now