Chapter 112 - Dideram Dingo

1.6K 72 121
                                    

ACHTUNG!

" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tidak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

• • Sorry  sebab chapter  ni terlebih panjang plak. Ape pun layan je.. hee. Chapter  113 nanti akan kembali cam biasa sebab dah tak ade scene  di rumah Tok Jenang. Mungkin terlewat sikit nak diupdate  sebab panjang, kan?

•••♦◄♥►♦•••

"Tok, sebelum kita tamatkan perbincangan ni, saya nak tanya satu soalan yang ade kaitan ngan penjelasan tok tadi." 

Tetiba Spencer bersuara sambil mengisar silanya.

Semua pandangan kini tertumpa pada budak bermata hijau itu.

"Ape dia yang cu nak tanya? Sila le kemukakan, nanti tok jawab kalau ia dalam pengetahuan tok. Tapi kalau tak dapat, kita boleh sama-sama berbincang, ye?" gesa orang tua itu mesra.    

"Kalau betul makhluk halus tu tak nak kami bantu jelmaan Leon yang datang minta pertolongan daripada Edan, nape plak hantu tu sakat dan ganggu kami?

"Kan ke lebih baik makhluk halus tu biarkan je kami hidup aman? So  ngan cara tu, kami pun tak akan datang ke sini cari tok dan cuba selesaikan masalah dan misteri yang menghantui kami.

"Nape bodoh sangat makhluk halus tu yang cuba nak menghalang kami? Tapi secara tak langsung, akan buat kami makin berazam lagi nak rungkaikan segala misteri.

"Maksud saya, mungkin kalau kami pegi ke gua tu, kami akan jumpa sesuatu yang dapat musnahkan makhluk halus yang berkeliaran di daerah ini.

"Sepatutnya makhluk-makhluk tu tak cuba menakut-nakutkan kami, sebab bila kami takut, makin kami berazam untuk ke sana dan selesaikan ape je masalah yang kami hadapi ni."

Semua terdiam mendengar pertanyaan yang nampak amat logik namun penuh mengelirukan pada yang tak memahami akan maksud budak mat salih itu.       

Tok Jenang pula mengukir senyum dengan wajah tenang.

"Ye arr tok, betul ape yang Spence cakapkan ni. Nape sibuk-sibuk dan menyusahkan diri nak sakat kami sedangkan hantu-hantu tu tentu tau yang kami akan makin kuat berazam nak selesaikan masalah gangguan tu?

"Kalau kami tak kena ganggu dan sakat, kami pun takkan ambik tau pasal makhluk halus yang jahat tu. Dan kami tak akan datang jumpak tok kat sini." 

Aidan menyokong kata-kata Spencer.

"Betul tu."

Ehsan, Daus, Palis dan Rusty serentak bersuara, sama-sama menyokong.

"Ha ha ha... cantik soalan cu Spencer dan ape yang cu Edan cakapkan tu pun memang masuk dek akal. Tapi, kita kena fikirkan pulak dari sudut pandangan makhluk halus tu.

"Setan, iblis dan jin jahat ni pun ade jugak naluri yang tertentu. Ade unsur kebodohan dan tak berfikir panjang dalam mindanya. Maklum le, ia makhluk dilaknat.

"Sebagai contoh, pernah tak cu dengar pasal hantu pocong, tenggelung dan toyol? Itu cuma tiga contoh je yang nak tok ketengahkan di sini," ujar Tok Jenang.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now