"Kampung bunian? Edan ni selalu sangat kot baca buku atau tengok filem tahyul sampaikan boleh ingat benda pelik-pelik cam tu?" tegur Pak Kudus yang lama mendiamkan diri.
"Kalau dah ini kampung bunian, jadi pakcik dan Spencer ni pun orang bunian atau makhluk halus le, ye? Cer tengok muka kami berdua, ade macam popokan* atau momok* ke? He he," tambah orang tua itu lagi.
"Entah arr awak ni. Nape plak awak boleh fikir cam tu? Saya yang gini hensem dan Pak Kudus yang ade iras aktor Mubarak Majid* ni pun awak tak percaya ke? Nonsense dan kolot sesangat awak ni Edan, nama je budak bandar tapi minda third class," Spencer mengomel.
"Tak ade arr, saya ni rasa pelik gak tengok banglo tu. Tetiba je boleh tersergam di tengah kegelapan hutan, sure akan buat sesiapa pun curious, kan?" balas Aidan.
"Sebab kita datang di waktu malam. Kalau siang hari awak akan nampak terang je jalan tadi. Awak gak akan nampak rumah-rumah kampung di kiri kanan jalan tu. By the way, ape benda bunian tu, ekk?" tanya Spencer penuh innocent.
"Pergh.. tadi bukan main mengutuk saya, tup tup awak tanya saya plak? Kalau awak nak tau, bunian ni kalau dalam kepercayaan orang putih bangsa awak tu, serupa cam fairy, gnome, elf atau troll. Ala yang cam kat dalam filem-filem fantasi Hollywood tu. Selalunya dia orang jahat dan banyak muslihatnya," jawab Aidan sambil tertawa kecil.
"Oo, cam tu rupanya, saya ingatkan bunian tu alat muzik ke atau satu genre lagu. Tapi troll atau gnome tu hodoh dan menakutkan. Sedangkan orang-orang kat banglo ni semuanya bergaya dan handsome cam golongan korporat je," balas Spencer membuatkan Aidan dan Pak Kudus tak dapat menahan ketawa.
Memang benar seperti apa yang dikatakan oleh Spencer. Tatkala Aidan menjengukkan kepalanya melalui tingkap kereta, dia melihat ramai orang hilir mudik di padang yang mungkin menjadi tempat meletak kenderaan sementara.
Baik lelaki mahupun perempuan, mereka berpakaian formal lagi kemas dari pelbagai bangsa. Ada Melayu, Cina, India, Arab dan juga Inggeris.
Mungkin tetamu itu semuanya para pekerja di company Guthrie ini, fikir Aidan.
Susunan kereta-kereta beraneka jenis kelihatan di halaman banglo. Namun model kereta itu semuanya amat asing dan ganjil pada pandangan Aidan. Seolah-olah satu himpunan kereta vintage * sedang berlangsung.
•••♦◄♥►♦•••
Suara riuh-rendah mula kedengaran tatkala mereka kian menghampiri banglo. Bunyi deretan speaker yang tidak membingitkan berkumandang dengan lagu-lagu klasik Melayu dan Inggeris.
Terleka seketika Aidan dengan irama keroncong, asli serta waltz silih berganti memenuhi atmosfera. Sambil menghayati irama merdu tersebut, matanya liar memandang ke sana sini.
"Pergh.. Spence, nape ramai sangat orang kat sini? Meriah kari* je walaupun dah lewat malam. Takkan plak birthday party budak dua belas tahun meriah cam ni kot?" tanya Aidan.
Tak dinafikan yang dia amat teruja melihat suasana yang penuh gilang-gemilang dan bercahaya bak pesta keramaian yang besar skalanya.
"Lupa plak nak mention kat awak yang majlis ni memang bapak Marcus buat secara besar-besaran. Sebenarnya, majlis mula awal tadi sekitar jam tujuh tapi itu untuk kawan-kawan dan sedara Marcus je. Sekarang ni giliran orang dewasa yang juga kawan dan kenalan bapak dia plak. Bapak dia tuan punya ladang ni, so yang datang tu semuanya pekerja ladang atau staff company dia," jelas Spencer.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...