•••♦◄♥►♦•••
"Boleh tak kalau kami teringin nak mengembara ke masa depan, to the future.. he he," soal Aiman Harith galak.
"Wah wah, adik comel ni makin melampau pulak permintaannya, ye? Dah dibagi betis nak paha, lepas ni nak punggung pulak ke? Hi hi.
"Boleh, tapi aku tak galakkan engkau mengembara ke masa depan. Banyak masalah dan mungkin akan buat engkau keliru nanti.
"Kita tak tau macam mana dunia waktu tu. Mungkin kedatangan kau dapat dikesan oleh para saintis zaman tu dan engkau akan ditangkap, dikurung atau diseksa untuk dibuat uji kaji.. hi hi," gertak Ninioc.
Bebudak bertiga itu terlopong dan ternganga mulut mendengar amaran tersebut. Terbit rasa risau dan cuak andai mereka tersilap pilih masa dan tempat untuk mengembara nanti.
"Pergh.. takutnya aku. Tak nak arr jadi bahan eksperimen dia orang nanti. Kita tak payah pegi zaman future tu, ekk?
"Tapi best gak kalau dapat tengok aku time dah dewasa dan beranak bercucu, kan? Siapa arr gadis malang yang jadi bini aku tu? He he," Aiman Harith bersuara risau namun disusuli keinginan melampau.
Aidan, Spencer dan si elf hanya tertawa geli hati akan gelagat budak kanyiar itu.
"Ninioc, kau sendiri tak pernah ke mengembara atau pegi ke masa depan?" tanya Aidan curious.
Baginya, makhluk kerdil yang berusia ratusan tahun ini pasti dah banyak mengembara dan banyak pula pengalamannya. Dia ingin mendengar sesuatu yang menarik sebegini, buat dijadikan panduan mereka nanti.
"Hi hi hi.. zaman lampau dan zaman sekarang pun aku malas nak mengembara, inikan pula di masa depan? Aku tak nak habiskan masaku dengan benda yang pasti menjelma itu.
"Aku tak suka untuk mengubah masa depan, biar ia datang bagai satu surprise pada kita, ye tak?" jawab si elf yakin sambil melemparkan senyuman.
"Betul gak tu. Kalau kita mengembara ke zaman akan datang, sure kita tak dapat hidup tenang time sekarang ni. Kita akan terlebih risau dan fobia je setiap masa.
"Aku pun tak mau tau ape jadi kat aku versi dewasa nanti, aku nak pasrah je. Que sera sera, kata satu lagu lama yang mak aku pernah dodoikan kat aku dulu," tokok pula Spencer.
"Baiklah wahai adik-adik comel sekalian. Waktu pun makin cemburu pada kita. Aku jangka, di dunia nyata engkau dah pun pukul enam pagi, kan?
"Tak puas rasanya aku dan anak buah aku bersenda gurau, makan minum dan menari menyanyi dengan engkau bertiga. Di lain kesempatan kita akan berjumpa lagi, ye?
"Pergilah engkau ke rumah aku dan tidur dalam sebuah bilik yang dah isteri aku sediakan. Engkau bertiga akan dibawa pulang bila saja mata terlelap lena nanti," Ninioc bersuara memberi arahan.
Mereka berpelukan dengan makhluk kerdil itu juga kaum kerabat elf yang lain. Ada rasa sedih dan sayu pada dua spesies berbeza itu untuk berpisah saat ini.
Spencer turut dipeluk dan dirai sama seperti dua kawannya itu. Nampaknya dia dah mula diterima oleh kaum elf. Mungkin mereka dah nampak akan sikap dalamannya tatkala sama-sama di unggun api tadi.
"Good bye Ninioc, Griom, Jenni dan semua. Kami janji akan berkunjung lagi ke sini nanti dan akan bawak tujuh orang lagi kekawan kami. Harap akan disambut meriah cam hari ni. Terima kasih semua."
Ada genangan air jernih di kelopak matanya tatkala Aiman Harith mengucapkannya penuhsayu.
"Selamat tinggal ye kawan-kawan manusia bertiga. Jangan lupa datang lagi lain kali. Kita boleh menari dan belajar lagu lain pula," pesan Griom sebak.
Dia dan Jenni lalu memeluk erat ketiga-tiga kawan baru mereka itu.
"Slán libh," ramai-ramai kaum elf mengucapkan.
"Slán agaibh," jawab Aidan, Spencer dan Aiman Harith serentak dengan fasih dan penuh yakin.
Mereka menapak masuk ke dalam cob dengan langkahan longlai. Seakan tak mahu rasanya untuk berpisah. Banyak kegembiraan yang hadir di perkampungan elf yang permai ini.
Namun kehidupan di dunia nyata harus diteruskan. Banyak lagi perkara penting yang menunggu mereka. Semuanya perlu ditangani oleh Aidan, selaku ketua yang bertanggungjawab.
Kesuntukan masa di dunia nyata tak mengizinkan mereka berlama-lama di sini. Takut nanti ada yang hairan mengapa mereka tidur terlalu lama di bilik Aidan.
Esok pula, mereka ada satu misi maha penting yang harus diselesaikan dek lama tertangguh. Masih ada lain kesempatan bagi mereka untuk melawat dunia tersembunyi elf ini.
Bebudak bertiga itu berbaring di atas satu pangkin umpama katil yang lebar dilapisi sehelai ambal kekuningan yang harum.
"Okey, here goes nothing," bisik Aiman Harith. Aidan dan Spencer tersengih lucu dek kata-kata hikmat tersebut.
"Yea arr, here goes nothing," serentak mereka berdua mengulangi ungkapan budak darjah enam itu.
Di luar kedengaran humming beramai-ramai kaum elf diketuai oleh Griom mengalunkan lagu perpisahan 'Auld Lang Syne ' penuh syahdu lantas menjentik jiwa bebudak bertiga itu.
"Hu hu.. sedih arr plak dengar lagu tu, ekk? Buat aku teringat kat kampung elf ni je. Betul ke kita akan datang lagi lawat tempat ni?" ujar Aiman Harith, bertanya.
Baik Aidan, mahupun Spencer, diam tak menjawab.
• THUmis | 28092017 | 819 words •
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...