Chapter 85 - Teka Namaku. Kalau Salah, Tak Tenang Tidurmu

1.6K 78 15
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

Pulang dari sekolah, Aidan, Daus, Sumi, Palis, Brice, Lokman Harith dan Rusty berkumpul di gerai Pak Lamin sambil menikmati mi sup juga sirap selasih yang dibelanja Spencer.

Fikri hanya sesekali menyertai mereka di meja kerana sibuk melayan pelanggan juga mencuci pinggan.

Pagi tadi, sewaktu datang ke sekolah, Aidan menumpang Mini Cooper  Spencer. Jadi waktu pulang ini, Spencer sanggup menghantarnya lagi. Kalau tidak, terpaksalah dia menumpang basikal Sumi.

Ehsan pula tak ikut bersama mereka awal pagi tadi sebab hari ini kelasnya habis lewat daripada biasa.

Aidan dan Spencer menceritakan perihal topeng seramik berwajah clown  itu. Juga mimpi mereka berdua yang sama dan selari sela masanya.

"Leon? Mungkin dia dan Marcus ade kaitan persaudaraan kot? 'Spencer' yang kenalkan kau ngan Marcus, kan? Tapi kau tak nampak budak mat salih lain kat rumah besar tu, betul tak?

"So, Leon ni aku rasa yang merasuk tubuh Spence. Dia yang bawak kau ke rumah besar di ladang Guthrie tu. Sebab tu arr dia tak boleh muncul bila Spence pun ade sama kat situ, kan?

"Aku rasa Leon ni budak baik dan dia berniat nak tolong kau dan Spence. Marcus plak mungkin jahat dan suka menyakat Leon tu," Palis berteori.

"Buat masa sekarang ni, aku alu-alukan ape je teori. Korang boleh jumpak Aiman dan mintak dia catatkan pendapat korang tu.

"Aku dah lantik dia untuk simpan semua maklumat pasal kes kita ni. Bila ade masa lapang, kita akan bentangkan dan cuba kaitkan ape je teori yang kita kumpul tu.

"Aku yakin, mimpi kami malam tadi makin membawa kita ke penghujung misteri. Leon tu nampaknya dah berani muncul menunjukkan jalan kat kita," ujar Aidan.

Kekawannya mengangguk bersetuju akan penjelasan tersebut. Masing-masing memang sedang berfikir tentang teori-teori untuk disulam menjadi satu pernyataan penting lagi jitu.

"Tapi kita jangan lupa ape yang hantu dalam badan Ilham bagi amaran kat kita hari tu. Kita kena labih berhati-hati lagi lepas ni, okey?" pesan Aidan.

•••♦◄♥►♦•••

Aiman Harith bersiul-siul riang lagu klasik 'Sekapur Sireh Seulas Pinang' sambil matanya melilau memerhati jalan di depannya.

Dia baru pulang dari sekolah dengan tubuh berpeluh dan kepenatan. Sampai di rumah nanti, dia nak mandi dan makan. Kemudian berehat sebelum ke banglo Aidan pada jam lima petang ini.

Malam tadi, dia dah mula menulis segala maklumat yang dipinta Aidan. Semuanya dicatat dalam satu buku nota terpakai. Dia siap membalut buku tersebut dengan plastik lut sinar.

Suka benar dia mendapat satu tugas maha penting daripada Aidan, idolanya kini.

"Mesti Edan dan dia orang semua akan kagum bila aku tunjukkan buku aku tu. Kami akan tulis ape je teori atau info penting sepanjang penyiasatan kami.

"Aku akan buktikan kat abang aku yang aku pun ade guna gak dalam geng kami. Aku pun berjasa gak dalam menyelesaikan misteri tu," dia bergumam.

Namun pesan Aidan agar dia lebih berhati-hati dan sentiasa awas, hilang dari ingatannya tatkala mindanya sibuk memikirkan tentang buku nota tersebut.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now