Chapter 21 - Ambush

1.7K 91 6
                                    

ACHTUNG!

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

"Saya nakkan awak untuk saya je. Saya tak sanggup berkongsi ngan budak bukit tu," jawab Spencer bernada tegas.

"Takkan plak awak nak buat saya cam hak awak? Saya ni bukan gay  atau anak ikan yang awak boleh nak kongsi-kongsi cam tu," bantah Aidan.

"Memang, awak hak saya dan saya tak suka orang lain rapat ngan awak, especially  Esan," tengking Spencer memecah keheningan malam.

Terkejut Aidan dengan gelagat tak terduga budak mat salih tersebut. 

Hatinya mula risau dan berdebar akan apa yang sedang dihadapinya kini. Bermacam-macam andaian bermain di mindanya.

Mengapa pula Spencer tetiba saja marah-marah? Hak untuk dia berkawan dengan Ehsan bukannya boleh ditentukan oleh sesiapa pun. Terutama sekali bagi budak asing yang baru saja dikenalinya ini.

Aidan lalu menjauhkan dirinya daripada Spencer dengan mengesot* ke birai katil. 

Suasana kembali sunyi.

Hanya yang kedengaran dengusan nafas kedua-dua remaja berlainan bangsa yang kini sedang berkonfrontasi* dalam diam.

"Sorry  Edan, saya tak bermaksud nak marah kat awak atau nak takutkan awak. Saya tak tau ape kena ngan saya. Mungkin saya emosional sikit. Saya mintak maaf, okey?" 

Nada Spencer kembali mesra.

Namun Aidan mula sangsi. 

Mengapa dia berperangai sebegitu? Adakah budak mat salih ini mengalami gangguan jiwa sehingga membuat permintaan pelik dan tak masuk akal?

"Saya masih jadi kawan awak, kan?" tanya Spencer cuba memujuk sambil dia memeluk Aidan. 

Namun Aidan tak menjawab. Dia menolak pelukan budak mat salih itu lalu menarik selimut menutup tubuhnya.

"Tak ape arr, kalau awak tak nak maafkan saya. Memang salah saya pun sebab berperangai teruk. Saya tak nak buat awak marah lagi," tutur Spencer lalu dia bangun.

Aidan memerhatikan budak mat salih itu keluar melalui tingkap tapi sebelum dia beredar pergi, Spencer sempat berpesan.

"Edan, awak kena hati-hati ngan Juzi dan geng dia tu. Saya rasa, dia orang sedang rancang sesuatu kat awak. Sesuatu yang akan menyusahkan diri awak dan juga Esan." 

Lantas dia menghilang dalam kegelapan malam.

Selepas Spencer pergi, Aidan bangun lalu menutup tingkap dengan menghempas kuat melepaskan geramnya. 

Dia lantas termangu-mangu memikirkan perkara yang baru berlaku tadi.

Sebenarnya dia memang mengharapkan kehadiran Spencer di sisinya menemaninya malam ini namun ia berakhir tak seperti yang diinginkan.

Terbit perasaan menyesal dan bersalah dalam dirinya. Kasihan pula pada Spencer bila diperlakukan sedemikian.

Dia sepatutnya memaafkan saja budak mat salih itu. Mungkin budaya yang berbeza membuatkan mereka berkonflik sebegitu.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now