ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
"Ape kata, esok kita pegi lawat Edan lagi? Syok plak dapat berenang di swimming pool dia tu, kan? Teringat kenangan dulu-dulu, kita main ngan Wira kat banglo tu," cadang Brice.
"Pergh.. kau ni teringat kenangan lama ke atau dah mula nak berbaik ngan budak bukit tu?" sindir Palis.
"Hmm, aku mengaku yang selama ni kita pandang dia cam budak asing je sedangkan dia gak dok kat kampung ni dan sama bersekolah ngan kita. Aku rasa, cukup-cukup arr kita pinggirkan dia. Dia pun nak gak merasa berkawan dan seronok buat aktiviti bersama-sama ngan kita. Edan dah sedarkan aku yang Esan bukan cam yang kita fikirkan selama ni. Nampak baik je dia kat banglo tadi, kan?" akui Brice.
"Entah arr, Brice. Aku pun ade gak rasa segan dan bersalah time kita kat sana tadi. Dah lama sesangat kita tak bertegur-sapa ngan Esan tu sampaikan aku rasa kekok bila berhadapan ngan dia," luah Palis.
"Teruk kan kita ni? Sampai tunggu Edan datang berpindah ke sini untuk menyedarkan kita," balas Brice.
Puntung rokok di tangannya dijentik keluar ikut tingkap.
"Wey, jangan buang kat situ, nanti mak aku jumpak mampus aku. Buang je kat dalam tin ni, nanti aku akan buang kat parit sana," jerit Palis.
"Sorry, aku tak sengaja.. he he."
"Kau tau, hari tu Sumi ade perli-perli aku pasal kita berdua yang intim sesangat ni. Aku rasa dia dah syak sesuatu kat kita. Aku seriau kot dia bagitau Edan plak nanti, nahas kita. Aku segan dan respect sesangat kat Edan tu dan tak nak dia tau ape keje kita selama ni di belakang dia," Palis bersuara, bimbang.
"Jadi, kau dah insaf dan tak nak buat ape yang kita dok buat selama ni ke?" Brice bertanya serius sambil merenung kawan jambunya itu.
"Hmm, untuk kebaikan kita gak. Kita ni masih budak sekolah. Ape yang kita buat ni memang tak betul dan dari salah segi moral," ujar Palis, insaf.
"Kalau dah kau cakap cam tu aku tak boleh nak kata ape-ape lagi. Terpulang arr kat kau tapi aku betul-betul rasa kecewa kalau kau tak nak teruskan. Tak best je aku rasa hidup aku selepas ni. Sure aku akan rindukan saat-saat kita berdua," ujar Brice bernada kecewa.
"Ala, kau akan rasa cam tu sekejap je. Lepas tu kau akan okey, percaya arr. Tak pun, kau cari je sorang awek kat sekolah atau kampung ni. Budak hensem cam kau sure tak ade problem nak mengayat, kan?
"Lagipun, aku tengok ramai bebudak pompuan dok ushar dan cari kesempatan je nak couple ngan kau. Siapa yang tak nak kat kau? Muka cute cam Bryce Gheisar* je, nama pun nak sama," puji Palis.
"Habis, cam mana plak ngan kau? Kau tak rasa sunyi dan boring ke nanti?"
"Ala, kekawan kita kan ade? Pandai-pandai arr aku bawak diri. Sekarang ni pun aku rasa seronok lepas kita lawat Edan tadi tu. Rasa-rasanya, aku boleh lupakan kenangan kita ni."
"Tapi aku harap, sekali-sekala tu boleh arr kita berjumpa cam ni untuk lepaskan gian. Mana boleh terus kita tinggalkan ape yang dah sebati ngan kita."
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...