ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tidak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
Kira-kira lima belas minit kemudian, Fikri muncul dengan motor buruknya, namun dia bersendirian. Wajahnya tak menampakkan raut ceria.
"Sorry arr, tak ade rezeki korang hari ni. Ika sibuk, dia nak ke bandar, dia kata lain kali je," tercungap-cungap dia menapak anak tangga pondok.
"Ape yang korang dok berborak time aku tak ade? Boleh aku join sama? Mana tau, kot-kot aku boleh bagi idea yang mantap lagi bernas? Korang berdua ni otak lembab sikit, tak cam aku.. he he," sindir Fikri.
Dia kini duduk di anak tangga.
"Macam tau-tau je kau yang kami ni dok memerah otak cari idea, ekk? Memang betul pun, kami borak pasal budak bandar dan budak bukit tu," jawab Wirman.
"Nape? Korang dah dapat cara nak ajar dia orang berdua tu ke?" soal Fikri eager sambil mengambil sebatang rokok dari kocek Wirman dan menyalakannya.
"Hmm, bukan setakat nak ajar ngan membelasah je tapi kami tengah dok fikir cam mana nak buat dia orang malu besar dan dikutuk bebudak lain. Kami nak buat sampai dia orang lari mencanak* tinggalkan kampung ni," sampuk Juzi, bersemangat campur geram.
"Pergh.. bukan main marah lagi kau kat dia orang berdua tu, ekk? Mesti ade yang tak kena ni, kan?" tukas Fikri.
"Memang pun, aku dah lama gak taram* si Esan tu. Kau tau kan, permusuhan aku ngan dia dulu? Sampai bila-bila pun aku tak akan lupa. Sebab dia arr mak bapak aku serah aku kat polis time kes pecah rumah Pak Husam dulu. Budak cilaka tu dah mencabar kesabaran aku," Juzi membuka cerita, marah.
"Hari tu dia hilang sebulan aku rasa lega sesangat. Aku ingat dia dah berambus mampus dari kampung ni. Tup tup, dia balik plak bersekolah lagi kat sini. Makin tambah geram aku ni bila budak bandar tu dok berkawan baik ngan dia.
"Aku sanggup buat ape je asalkan dapat ajar dia orang berdua tu. Dah lama sangat aku berdendam ngan Esan. Ee, mau je aku belasah kalau dia ade di depan aku time ni," tambah Juzi dengan lantang dan geram. Tangannya dikepal-kepal.
"Aku ade satu idea yang aku rasa pasti akan buat korang setuju," tetiba Wirman bersuara sambil tersengih.
Juzi dan Fikri memandang wajah kawan mereka itu penuh curious.
"Cam mana kalau kita tangkap je budak bandar tu dan bawak dia ke port kita ni? Kita bertiga, dia sorang je, so aku rasa tak ade problem. Bila dia dah dapat kita tangkap, kita ugut dan gertak dia. Suruh dia jangan lagi layan budak bukit tu," cadang Wirman.
"La, cam tu je ke idea kau? Takkan main ugut dan gertak je? Buatnya dia tak mau ikut arahan kita tu, cam mana?" soal Fikri.
"Bukan senang nak bawak dia ke port kita ni. Dia tu bukannya anak kucing atau anak arnab. Mana boleh kita heret dia cam tu je?" balas Juzi pula.
"Lagipun, dia sekarang ni aku tengok rapat sesangat ngan Esan. Daus pun dah ikut join sama. Tentu ade masalah kalau kita nak paksa budak bandar tu ikut kita. Sure dia tak nak, walau kita pujuk cam mana sekali pun. Kecuali, kita cekup dan masukkan dia dalam guni dan heret ke pondok ni," tambah Juzi, mencadangkan.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Fantastique• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...