Chapter 1 - Banglo Atas Bukit

5.1K 179 13
                                    

     "Ape? Nak pindah lagi? Habis cam mana ngan Edan? Cam mana ngan sekolah dan kawan-kawan kat sini? Edan dah seronok tinggal kat sini arr, mama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ape? Nak pindah lagi? Habis cam mana ngan Edan? Cam mana ngan sekolah dan kawan-kawan kat sini? Edan dah seronok tinggal kat sini arr, mama." 

Luah Aidan kepada emaknya, tatkala diberitahu yang mereka akan berpindah lagi.

Kali ini, destinasi mereka tiga beranak adalah ke satu daerah yang agak terpencil di negeri Perak. Bapa Aidan diarahkan bertukar ke sana dek kekosongan satu jawatan penting.

Bapanya yang hampir empat belas tahun bekerja dengan syarikat perladangan Howells Plantations  yang dimiliki oleh seorang jutawan Wales, telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Ladang. Pihak syarikat amat menaruh kepercayaan terhadapnya.

Bukan tak ada calon lain atau calon daripada negara asalnya, namun tuan punya syarikat sendiri, Mr. Howells yang ingin memberi peluang kepada anak tempatan untuk menguruskan ladang yang terletak berhampiran dengan perkampungan Melayu itu.

Baginya hanya orang Melayu saja yang paling sesuai ditempatkan di sana, memandangkan pekerja ladang rata-rata terdiri daripada orang Melayu tempatan.

Lagipun, sejarah dah membuktikan yang bangsa asing tak dapat diterima sepenuhnya menjadi tuan di bumi Melayu.

Sebelum ini, Encik Faizul, bapa Aidan hanya bekerja di ibu pejabat syarikat di Petaling Jaya. Disebabkan peluang kenaikan pangkat yang dah lama ditunggu-tunggunya itu menjelma, dia tak berfikir panjang.

Dia terus saja menerima tawaran daripada syarikat perladangan tinggalan penjajah itu tanpa berbincang dengan anak dan isterinya. Dia tak nak menolak peluang yang hanya hadir sekali seumur hidupnya ini.

Baginya, biarlah mereka anak-beranak bersusah-susah dulu, nanti akan bersenang di kemudian hari. Memang betul apa yang difikirkan Encik Faizul itu, namun betul untuk dirinya saja.

Namun, bagi anak tunggalnya Aidan, ia merupakan satu berita yang paling tak menyenangkan, umpama satu malapetaka.

Seingat Aidan, sudah tiga kali mereka asyik berpindah-randah demi karier bapanya. Kali terakhir, kira-kira empat tahun yang lalu tatkala dia berumur sepuluh tahun.

Masih lagi terbayang waktu itu bagaimana dia terpaksa struggle  menyesuaikan diri di tempat baru. Di bandar baru yang serba asing bagi budak sementahnya.

Namun, dek kerana kecekalannya, lama-kelamaan dia dapat juga bercampur dengan bebudak di taman perumahannya itu serta dengan kekawan di sekolah barunya.

Ramailah juga yang sudi berkawan dengannya dan dia pun dah tergolong dalam kalangan bebudak yang popular di sekolah.

Tapi kini, dia terpaksa meninggalkan segala yang dah dibinanya itu dan harus memulakannya dari bawah semula disebabkan akan berpindah buat kali keempat ini. Itulah yang menyebabkan dia keberatan dan membantah keputusan bapanya.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now