Chapter 71 - Mesyuarat Lagi? Boring Arr..

1.5K 73 2
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku.Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

"Ye arr, nape Ilham ni? Cam tengok seseorang je kat belakang tu? Mungkin nenek atau mak dia kot?" tukas Brice sambil mencubit pipi montel budak itu.

"Mak Munah ade kat depan tu, Kak Midah plak tak datang mesyuarat ni. Takkan Ilham tengok dia orang, kot?" balas Sumi sambil dia pun menoleh ke belakang.

Tapi dia tak tahu siapa yang Ilham tengok. Ramai orang di belakang sana, ada bebudak juga orang dewasa.

Ilham asyik menunjuk-nunjuk pada sudut dewan seolah ada seseorang yang mengacahnya. Dia berusaha untuk melepaskan diri dari pegangan Aidan. Namun Aidan makin kejap memegangnya.

Mesyuarat sedang berlangsung. Kelakuan Ilham itu membuatkan mereka tak selesa. Akhirnya Daus menawarkan diri untuk membawa Ilham ke belakang.

"Biar aku bawak dia ke sana. Nampaknya dia cam nak jumpak seseorang je," pinta Daus kepada Aidan. 

Dia ingin mengetahui, siapa yang budak kecil ini pandang dan seakan berminat sangat.

"Hmm.. okey gak tu, tapi hati-hati sikit. Mana tau, kot ade lagi gangguan kat budak ni. Kalau ade ape-ape, cepat bagitau kami, okey?" pesan Aidan.

"Don't worry, kat sini ramai orang. Takkan plak hantu budak bogel tu nak tunjukkan diri dia?" balas Daus penuh yakin.

"Jangan cakap cam tu dan jangan konfiden sangat. Sekarang ni ape je boleh terjadi kat kita," ingat Ehsan sambil mengusap rambut serabai Ilham.

Penghulu Maliki bangun untuk memulakan mesyuarat. Suara para hadirin mulai perlahan dan akhirnya senyap. Semua menanti penuh minat akan apa yang bakal diperkatakan oleh ketua mereka.

Tetiba suasana dalam balai raya terganggu dek munculnya Atan Sengkoi menjongol* kepalanya di muka pintu.

"Mesyuarat lagi ke? Boring  arr. Cer buat konsert ke atau joget lambak plak," leternya ambil menggaru punggung. 

Setapa Steady segera datang menenangkannya.

Pemuda lurus bendul dan bodoh-bodoh alang* itu diberi sepiring karipap sardin dan cucur badak juga sebungkus air kopi ikat tepi.

"Pegi dok bawah pokok asam gelugur tu. Jangan ganggu mesyuarat kami ye, Atan?" arah Setapa Steady penuh mesra. 

Pemuda rambut tak terurus itu tersengih dan menapak ke pangkin dengan rezeki di tangan.

Usai memberi salam, juga diiringi kata-kata aluan menghargai kedatangan para hadirin ke mesyuarat tergempar yang dipengerusikannya, Penghulu Maliki memulakan bicara.

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, malam tadi kampung kita diganggu dan diserang lagi oleh makhluk toyol tu. Kali ni dua remaja lelaki dan dua dewasa menjadi mangsa.

"Saudara kita, Usman Wakiri teruk dibelasah dan dibiarkan pengsan di jalan dekat hujung kampung sana. Dia dijumpai oleh Wak Jimin yang hendak ke kebun, menoreh. Sekarang ni ade di ICU  Hospital Taiping.

"Kes disiasat oleh pihak Inspektor Dasuki sebagai kes pukul dan pergaduhan. Diandaikan serangan membalas dendam, mungkin kerana Usman ada berselisih faham dengan seseorang di bandar sana.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now