ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
• • Pergh.. genap sebulan korang menunggu, ekk? Thanks sebab masih sabar untuk layan citer merapu aku ni. Walaupun lambat update tapi berbaloi sebab chapter kali ni pun panjang berjela, menyamai enam chapter karya orang lain tu, kan?
• • Untuk makluman, di hujung chapter ni aku masukkan pengalaman seram & kisah benar yang arwah datuk aku alami ketika dia muda dulu, sekitar tahun tujuh puluhan kot. Dia sendiri yang citerkan kat aku kejadian tu. Time tu dia berbasikal balik dari kebun getah yang terletak jauh dari rumah kami. Nak tau kisah seram tu cam mana? Tunggu je bila sampai di ending chapter ni yang dijamin akan buat korang saspens.. hee. 😨😱
•••♦◄♥►♦•••
Malamnya, tatkala selesai menikmati hidangan serba ringkas, puyu bergoreng cili serta keladi tumis air, Ujang Bohol memanggil Senayan untuk berbicara.
Petang tadi, tatkala dia pulang ke rumah setelah penat berkerja di banglo Tuan Alfred, Mak Melah menceritakan perihal perbincangannya dengan Aki Latib, juga Salmeah.
Terkejut dan pucat-pasi wajah lelaki itu dek perkhabaran yang kedengaran amat mendukacitakan. Luluh hatinya kerana disangka makhluk jahat itu sudah berhenti dari mengganggu anak dan menantunya.
"Apa benarkah kata-kata engkau ini, Melah? Demikian itu tidak hairanlah aku lihat mereka berdua seumpama ada berseteru biarpun ianya tak ditunjukkan secara jelas."
Mak Melah mengangguk lemah.
"Jadi, apa tindakan abang? Tadi Aki berpesan, jangan diambil sebarang langkah melulu. Takut nanti jembalang yang menghuni si Senayan itu mengamuk marah," ingat Mak Melah.
"Iya, aku faham. Cumanya aku ingin menyiasat adakah Senayan itu dirasuk sepanjang masa, terutamanya tika dia berada di rumah, bersama kita? Atau hanya tika dia berada di kebun sana?" desah Ujang Bohol.
Suara deham* Senayan membuatkan lelaki itu terhenti mengelamun.
"Ada apa, bapak? Nampak seolah satu perkara besar yang nak bapak cakapkan kepada Nayan," getus Senayan tatkala duduk bersila di samping si ayah di muka pintu.
Angin malam yang sejuk nyaman menyapa tubuh kedua beranak itu.
"Tiada apa-apa yang besar pun. Bagaimana dengan pekerjaan kau di kebun itu? Segalanya baguskah?" soal Ujang Bohol, mengorak langkah awal.
Mereka berdua menghisap rokok daun penuh asyik seraya memerhati akan keindahan malam yang dihiasi bintang juga bulan sabit.
"Semuanya baik, seperti biasa saja. Cuma dua tiga hari ini agak sibuk kerna kedatangan buruh-buruh Kerala yang baru diupah oleh Tuan Alfred."
"Oh, begitu rupanya. Bapak cuma berharap yang engkau tak bermasalah dalam pekerjaan engkau itu. Jangan hampakan harapan Tuan Alfred. Dia suka amat akan engkau dan menaruh penuh kepercayaan. Elakkan dari berkelakuan sumbang atau bermalasan dalam kerja kau di kebun itu. Engkau pula masih baru, maka tunjukkan hasil kerja yang membanggakan, mengerti?"
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...