Chapter 4 - Jelmaan Awal Pagi

2.7K 144 17
                                    


"Dah kau pindah masuk ke banglo ni, aku tambah bersemangat je untuk pujuk mak bapak aku supaya dapat balik bersekolah di kampung ni semula. Tak larat arr aku ngan peraturan dan disiplin kat asrama tu. 

"Aku ni jenis yang suka melilau* sana-sini dan tak boleh dok diam. Kat asrama tu terkurung sepanjang hari. Aku rindu suasana kampung ni. Nak mandi sungai dan panjat bukit menjelajah hutan kat belakang tu," luah Maswira.

"Kau pernah ke panjat bukit tu dan masuk kat hutan sana?" soal Aidan, eager

Sememangnya apa saja yang berkaitan dengan aktiviti luar lagi lasak, akan menarik minatnya.

"Hmm, aku selalu pegi sorang-sorang je, kekadang tu aku ajak Daus, kawan aku yang tinggal kat kuarters pekerja ladang. Tapi kami tak pernah berkhemah atau bermalam kat sana, tak selamat. Nape, kau pun berminat gak ke?" jelas Maswira.

"Aku memang tak pernah pun meneroka kat dalam hutan atau panjat bukit. Tapi aku ade gak rasa teringin nak buat semua tu. Kalau ade teman, aku memang mau. Bebudak kawan sekolah, semua tak nak bila aku ajak. Cam ade benda yang tak kena je," jawab Aidan.

"Kalau cam tu, nanti time  cuti panjang kita pegi, nak tak?" usul Maswira bersemangat.

"Hmm, boleh gak tu. Lagipun, kalau aku nak pegi sorang tak berani arr sebab aku belum mahir selok-belok kat tempat ni," jawab Aidan, teruja.

Akhirnya akan tertunai juga impiannya untuk meneroka kawasan hutan yang dirasakan penuh tersimpan rahsia dan misteri itu.

Apatah lagi bila teringat kata-kata Pak Firman tempoh hari tentang laluan lanun-lanun serta gua yang menjadi tempat persembunyian mereka.

Perbualan kedua remaja itu terhenti seketika bila Makcik Hartinah, mak Maswira datang membawa minuman sejuk dan sedikit kuih-muih lalu dijemput mereka menikmatinya sesambil berborak.

"Suka sesangat le Wira ni kalau dah ade Edan sebagai kawan kat sini, tak le dia rasa boring  dan sunyi bila tiap kali balik bercuti. Nanti, kalau dah boleh guna kolam tu, dapat le korang berenang dan bersantai masa cuti ni. Wira ni memang pantang jumpak air," ujar Makcik Hartinah.

"Saya pun ade gak kawan nak diajak berbual atau bermain. Kalau nak pegi ke rumah kekawan sekolah tu jauh sangat, tak larat arr nak berbasikal tiap hari," balas Aidan.

"Kita ni dah lama berborak tapi belum lagi perkenalkan diri secara rasmi. Apa nama penuh kau? Takkan Aidan je kot?" tanya Maswira.

"Kalau aku bagitau, kau jangan gelak atau hairan plak, okey? Nama sebenar aku, Aidan Tristan Shah bin Faizul Shah." 

"Pergh.. cam nama mat salih je. Tentu ade sebab mak bapak kau bagi nama tu, kan?" 

"Mengikut daripada ape yang mak aku citerkan dulu, nama aku ni hasil dari idea dia orang berdua. Time  tu dia orang belum kawin lagi. Baru bercouple  dan tak tau yang dia orang akan bertemu jodoh. Satu hari, dia orang tengok wayang filem'Legends of the Fall'  kat panggung. 

"Dia orang suka sesangat filem tu sampaikan mak aku cakap kat bapak aku, nanti kalau dia ade anak lelaki, dia akan namakan Aidan sebab dia suka kat sorang pelakon dalam filem tu, Aidan Quinn. Bapak aku plak cakap, dia akan namakan anak dia Tristan sempena nama watak Brad Pitt* dalam filem tu gak." 

Panjang lebar Aidan menceritakan perihal sejarah namanya.

"Ditakdirkan, dia orang berdua berkawin dan dua tahun lepas tu lahir arr aku, so  ngan secara rasminya aku pun dikenali dengan nama Aidan Tristan," tambah Aidan lagi.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now