Chapter 154 - Bertarung Dengan Hantu Keluang

1.1K 48 31
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

• • Sorry, sebab buatkan korang lama menunggu. Mood  mengarang kerap tak menentu, ditambah pulak dengan bulan puasa, masa makin terhad. Harap korang faham & teruskan bersabar. Tambahan lagi, chapter  ni ade babak aksi terbang-terbang, tikam-manikam, tendang terajang yang agak sulit nak aku terjemahkan buat tatapan korang. Tapi, akhirnya siap gak, kan?

•••♦◄♥►♦•••

PERINGATAN • Hanya dibace selepas berbuka, ye? Hee..

•••♦◄♥►♦•••

Bidan Mak Hindon menapak perlahan-lahan ke arah pondok. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Entah jampi, entah mantera. Hanya dia saja yang tahu.

Aki Latib membuntuti* si bidan sambil tangannya kejap menggenggam hulu keris di pinggang. Bersedia untuk sebarang kemungkinan.

"Eh, kenapa engkau tampak resah gelisah saja, Laila? Adakah dirimu kurang sihat? Atau kau rasa tak selesa bersama aku di pondok sepi lagi buruk ini?"

Senayan sedikit terganggu tatkala gadis pujaannya itu seolahnya tak tenteram pada pertemuan mereka kali ini.

Laila tercungap-cungap dan mendesah dengan gerakan yang amat berlainan berbanding biasa. Dia tak tenang duduknya mahupun baring sejak beberapa ketika tadi.

Semuanya serba tak kena, sepertinya ada sesuatu yang bakal terjadi kepada dia dan juga kekasih hatinya itu.

"Wahai, Abang Nayan. Saya sihat saja dan tiada apa pula yang kurangnya pada diri abang juga pondok ini. Semuanya indah dan sempurna di mata saya.

"Cumanya, deria saya ini ada mengesan akan suatu perkara tak elok yang bakal berlaku kepada kita berdua tika ini. Saya seakan dapat menghidu adanya kuasa jahat berhampiran kita."

Kata-kata Laila membuatkan Senayan tergamam berbaur risau. Wajah si gadis ditenungnya dalam-dalam.

"Apa jenis kuasa jahat yang engkau maksudkan ini, wahai Laila? Adakah sesiapa di kampung ini yang tahu akan hubungan kita dan mereka coba memisahkannya?" soal Senayan.

Langsung rambut Laila diusap mesra. Pipi serta dahi licin si gadis dibelai penuh asyik. Dada mekar yang menumbuh subur kepunyaan gadis itu diramas lembut.

"Pertanyaan abang itu akan dapat abang ketahui sekejap lagi. Orang-orang yang ingin menganiaya saya sedang memerhatikan kita saat ini," jawab Laila, berbisik.

Mendengar akan jawapan tersebut membuatkan Senayan langsung melihat sekeliling, mencari orang yang dimaksudkan Laila itu.

Maka terlihat olehnya akan Aki Latib dan Bidan Mak Hindon yang sedang menghampiri pondok.

Terkejut dia dek kemunculan dua susuk tubuh yang amat dikenali dan dihormatinya itu.

"Eh, Aki, Mak Bidan. Apa tujuan dan gerangan datang ke kebun ini? Mencari sayakah?" soalnya, berdebar-debar.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now