Chapter 92 - Mengembara Dalam Mimpi

1.6K 69 24
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

"Betul ke Edan tak nak ikut kami ni? Nanti jangan asyik nak melilau je time  kami tak ade. Kalau rasa sunyi tu, ajak kekawan datang temankan, ye?

"Hari Ahad pagi kami balik le. Mama dah tinggalkan duit kat dalam laci di bilik mama," pesan Puan Neesa tatkala dia dan Encik Faizul bersiap nak ke Kuala Lumpur pada lewat petang itu.

"Tak ape. Edan okey je, don't worry. Mama dan papa enjoy  je kat KL tu. Kalau ade ape-ape, Edan akan call, " jawab Aidan.

Dia sedang menunggu Spencer dan Aiman Harith yang dah berjanji untuk datang menemaninya bermalam di banglo. 

Di samping itu, ada urusan penting yang dah mereka bertiga rancangkan sejak dua hari lepas.

•••♦◄♥►♦•••

Jam tujuh dua puluh malam, Spencer muncul dengan Mini Cooper  orennya. 

Aiman Harith sampai lima belas minit kemudian.

"Pergh.. mujur aku dapat kelentong* abang aku. Aku cakap nak bermalam di rumah kawan sekelas, Faris sebab nak bincang projek kelas kami.

"Abang aku percaya dan tak banyak soal. Kalau aku cakap nak tido kat banglo ni ngan korang berdua, sure  dia pun nak ikut gak." 

Tercungap-cungap Aiman Harith menerangkan tatkala merebahkan basikal di halaman, sebelah gazebo.

"Aku plak jenuh berperang ngan adik aku, Ethan. Dia pun nak ikut ke sini. Dia cakap nak jumpak kau, Aiman," balas Spencer.

"Lain kali je kau bawak adik kau tu. Malam ni kita ade projek besar dan tak nak diganggu orang lain," sampuk Aidan.

"Aku rasa arr, aku dan Ethan tu ade cam satu chemistry. Kami akan menjadi kawan baik nanti sebab kami sama-sama budak sekolah rendah dan ade abang yang selalu buli kami," ujar Aiman Harith.

Kata-katanya yang selamba itu membuatkan Spencer dan Aidan tergelak besar.

"Mana ade aku buli adik aku tu? Kau ni buat citer palsu arr," balas Spencer sambil mengusap-usap rambut serabai Aiman Harith.

"Takkan kau tak pernah sekali pun buli dia? Itukan memang keje abang kat adik sendiri? Cam aku, Lokman selalu je sakat dan buli aku," rintih budak darjah enam itu.

"Itu dulu, sekarang abang kau dah insaf dan tak nak sakat kau lagi. Dia dah janji pun hari tu, kan?" sampuk Aidan.

"Parents  kau dah bertolak ke?" tanya Spencer kepada Aidan. 

Mereka sedang menapak naik spiral staircase  untuk ke bilik Aidan.

"Hmm.. dah. Lepas aku balik main bola tadi dia orang pegi ngan driver  lain. Pak Firman akan hantar kita esok, so  terpaksa arr bapak aku guna driver  ganti," jawab Aidan.

•••♦◄♥►♦•••

Jam sembilan dua belas malam, selepas makan malam yang enak hasil masakan Makcik Hartinah, ketiga remaja itu melepak di bilik Aidan.

• bu𝓭ak bukit •Where stories live. Discover now