ACHTUNG!
" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
• • Pergh.. kali ni memang betul-betul mini update, pendek & ringkas je, kan? Aku dilanda mood tak baik & rasa cam nak terbang je ke New Zealand sebulan dua untuk tenangkan jiwa. Ape pun, layan je chapter yang tak seberapa ni, ekk? Thanks korang semua, para pembace setia BB.. hee.
•••♦◄♥►♦•••
"Tapi, bagaimana Makcik Chu Manis nak berjumpa kawan baru aku itu? Dia belum lagi lahir di dunia ini? Aku pun hanya bertemu dia tatkala kami di alam ghaib.
"Tapi yang anehnya, jam pemberian dia terlekat kemas pada pergelangan tangan aku. Seolahnya kami saling berkenalan di dunia nyata."
Pertanyaan Dawam membuatkan Chu Manis tersengih sinis.
"Apa bodoh dan bengap sangat soalan kau? Aku ini Chu Manis, penakluk jajahan ini sejak ratusan tahun lampau. Umur aku saja hampir seribu tahun. Segala jenis manusia sudah aku tawan dan aku kawal.
"Kata kau tadi, Aidan anak tuan punya ladang ini, ya? Itu akan makin memarakkan lagi api amarah aku. Sesiapa saja yang tinggal dan menguasai tanah aku ini, akan aku tentang. Kalau dia masih budak, cara halus akan aku gunakan.. hi hi hi."
Dawam menikus lalu berlari mendapatkan tiga kawan baiknya di sudut bilik. Mereka berpelukan sambil menangis ketakutan dek nyaring dan ngerinya suara mengilai perempuan cantik tersebut.
•••♦◄♥►♦•••
Sesampai saja mereka di depan gerai Pak Lamin, Ehsan terus mencapai basikal dan berlalu pergi tanpa menoleh pun ke arah kekawannya.
"Pergh.. nape plak ngan budak bukit tu? Buang tebiat ke atau tersampuk lagi?" tanya Fikri di dalam gerai.
Dia langsung tak tahu hujung pangkal akan situasi tersebut kerana sibuk bekerja di gerai Pak Lamin sejak habis sekolah tadi.
"Biasa arr. Dia kan banyak angin dan anak rimau plak? So bila marah tu, habis semua orang nak dia jerkah dan terkam," balas Sumi.
Mereka lalu duduk di dalam gerai dan menceritakan kejadian di Chalet Indahlaman sebentar tadi, namun berpesan agar Fikri tak membuka mulut pada orang kampung. Apatah lagi pada keluarga Ehsan sendiri.
"Biar kita rahsiakan dulu pasal ni. Kita serahkan je pada Esan dan mak dia untuk selesaikan masalah dia orang," ingat Aidan.
"Kau cakap ni cam kau yakin sesangat yang Puan Nur Manis tu mak Esan, ekk? Atau kau ni memang dah tau pasal ni kot? Cer kau citerkan kat kami?" desak Spencer.
Aidan terdiam, dia merenung Aiman Harith yang masih lagi sebik dan berduka dek dimarahi Ehsan sebentar tadi.
"Okey, sebab korang semua ni kekawan baik aku dan Esan, aku akan bagitau ape yang aku rasa time tengok pompuan tu. Memang aku yakin sesangat yang dia bukan hantu atau pompuan jahat yang nak kenakan Esan.
"Aku gak yakin yang dia memang mak kandung Esan. Ape yang dia bagitau pasal diri Esan kat chalet tadi, memang pun perkara sebenar. Pasal tahi lalat kat telur tu dan macam-macam lagi bukti semuanya nampak logik je," jawab Aidan berteori.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...