ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
• • Terima le chapter terbaru BB ni yang tak sepanjang mana pun. Tapi aku harap korang terhibur di Hari Raya ini sesambil menjamah baulu gulung & ketupat cecah kari sardin tin Cap Ayam. Tengok je tajuk tu, korang saspens tak? Cinta antara siapa arr plak tu, kan? Nak tau? Cepat-cepat layan sebelum kehabisan stok di pasaran.. hee 😁
• AMARAN • Sila bace lepas berbuka, ye?
•••♦◄♥►♦•••
"Ayuh, mari kalian semuanya. Kita angkat Mak Bidan, bawa ke pondok. Letih amat dia dek berlawan tadi," pinta Aki Latib, cemas.
Pantas Badar yang sasa dan tegap binaan tubuhnya menyahut seruan si guru silat.
Bidan Mak Hindon yang kecil molek itu mudah saja diangkatnya dan dicempung ke arah pondok.
Dia membaringkan perempuan tua itu di sebelah Senayan yang masih belum sedar apa-apa.
"Kasihan sungguh dan belas hatiku melihat akan Mak Bidan ini. Walau tubuh sudah tua serta kudrat makin lemah, namun dia tetap coba menabur bakti jasa kepada kita.
"Harapan aku, moga ini adalah musibah terakhir yang harus kita hadapi. Selepas ini, mungkin si Chu Manis itu tak akan mengganggu kita lagi.
"Kecundangnya Mak Bidan akan membuatkan kita terdedah pada bahaya yang buruk andai perempuan iblis itu tiba-tiba kembali. Tiadalah orang lain yang bisa menggantikan bidan ini.
"Dia sudah menyerahkan seluruh kudrat demi keamanan kampung kita. Nah, inilah masanya kita pula yang harus menyanggupi untuk menjaga akan dia."
Panjang lebar Aki Latib merintih, memuji serta menasihat.
"Tapi, Aki. Bagaimana dengan keadaan Mak Bidan ini? Adakah dia pengsan atau..?"
Tak mampu Badar meneruskan pertanyaan.
"Ish, masih ada lagi nadinya ini. Dia cuma pengsan saja dek penat dan ditambah lagi dengan pukulan serta hentaman si makhluk tadi," Ujang Bohol menyanggah, cuba menenteramkan yang ada.
"Apa harus kita perbuat sekarang, wahai Aki?" soal Badar. Belas sungguh dia melihat akan keadaan perempuan itu.
"Kita bawa saja dia ke rumah engkau. Ke mana lagi hendak dia tuju? Hidupnya hanya sebatang kara di hujung kampung. Setidak-tidaknya, emak engkau itu boleh juga menjaga akan dia.
"Lagi pula, rumah engkau teramat hampir dengan kita semua. Mudah bagi kita untuk saling menziarah serta menabur apa-apa pertolongan yang kita daya."
Keputusan Aki Latib itu dipersetujui sebulat suara. Malahan, Badar dengan senang hati dan lapang dada menerimanya.
"Molek benar, Aki. Saya yakin, emak saya tak keberatan setelah apa yang Mak Bidan ini lakukan demi kami sekeluarga sebelum ini," getus pemuda tersebut.
"Persoalannya sekarang, bagaimana kita hendak membawa dua tubuh yang pengsan ini keluar dari perkebunan?" tanya Ujang Bohol.
Mereka saling berpandangan.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...