ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
"Woi budak bandar, sanggup kau dok layan budak jiwa kacau ni, ekk? Kau tak tau ke siapa dia ni yang sebenarnya? Kau tau tak, ape yang dia boleh buat kat kau time datang sawan babi dia tu nanti? Sebelum dia buat ape-ape kat kau, lebih baik kau belah je, aku ade sikit urusan ngan kawan kau ni," arah Juzi dengan wajah yang membuatkan Aidan meluat.
"Kau ape hal plak ni? Ikut suka aku arr nak layan siapa pun. Jangan dok memandai nak arahkan orang. Aku tau ape yang aku buat. Kami dok kat sini tak ade pun kacau sesiapa. Nape plak kau datang buat sibuk? Busybody," jawab Aidan geram.
Dia tak peduli walau geng Juzi ramai atau bertubuh lebih besar daripadanya.
Gelagat kurang ajar Juzi tak boleh dibiarkan. Ketenangan dia dan Ehsan dah diganggu-gugat dek bebudak mafia ini.
Aidan nekad akan bertindak mempertahankan dirinya serta Ehsan andai main kasar yang Juzi pilih. Dia yakin, dengan sedikit ilmu tae kwan do yang ada padanya, dia akan dapat menghadapi apa saja kemungkinan.
Ehsan di sebelahnya hanya terpaku diam tanpa bersuara, namun wajahnya menampakkan riak kemarahan.
"Pergh.. dah pandai menjawab plak budak jambu ni. Mungkin dah kena rasuk ngan budak hutan ni kot? Kau tengok arr diri kau dulu sebelum nak menjawab aku. Badan tak seberapa, ade hati nak sound kami. Aku tak peduli kau budak bandar ke, budak hot ke, tapi itu semua mungkin kat tempat lama kau. Kat sini, kau tak ade ape-ape special pun. Kau kena suspect kami.."
Juzi tak dapat nak menghabiskan ayatnya bila Fikri menyampuk.
"Pst, bukan suspect arr, tapi respect . Kalau nak cakap orang putih, jangan sampai silap sebut, buat malu je," Fikri berbisik dengan kuat.
"Ah, sama je maksudnya, janji budak dua ekor ni faham," balas Juzi, keras.
"Kalau kau nak lama kat sekolah ni, kau kena belajar hormat kat kami. Tak kisah, kau anak orang kaya ke atau kau hensem cam Taylor Lautner* ke. Datang ke tempat kami, kena ikut style kami," ingat Juzi.
"Aku hairan gak, nape budak dari bandar yang smart cam kau boleh ade hati berkawan ngan budak hutan yang bela monyet dan khinzir hutan ni, ekk? Kalau bebudak lain tau, tentu dia orang akan pulaukan kau. Jadi arr kau cam kera sumbang," tambah Wirman yang tadi cuma diam saja.
"Ya, lebih baik kau tinggalkan budak hutan ni sebelum kau pun terima nasib sama cam dia gak," sampuk pula Fikri.
Geram Aidan mendengar setiap ayat yang dituturkan oleh ketiga-tiga budak mafia sekolah ini. Mahu saja dia belasah seorang-seorang.
Dia yakin kalau dia dan Ehsan bergabung tenaga, dengan mudah bebudak biadap ini dapat ditewaskan.
Aidan masih lagi menanti apa tindak balas dari Ehsan selanjutnya, namun Ehsan masih juga mendiamkan diri. Menunduk memandang tanah walau bertubi-tubi dirinya dihina dengan cara yang memalukan.
Mujur juga mereka di tempat sunyi dan tak ada yang nampak atau dengar cercaan Juzi itu.
Cuma beberapa pelajar saja yang lalu-lalang tapi tak seorang pun menyedari satu konflik sedang berlaku di belakang library itu.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Fantastique• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...