ACHTUNG!
" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
"Macam mana ni, Abang Kam? Dah dekat pukul tiga pun. Wira tak jugak nampak batang hidung. Selalunya, dua setengah dia dah balik.. hu hu," rengek Makcik Hartinah.
Dia berbaring atas lantai di ruang tamu dengan kepala berbantalkan paha sasa Pak Kamil. Suaminya itu mengusap rambut juga bahu si isteri penuh mesra.
Namun sedikit awas dan berhati-hati agar tiada mata lain yang melihat akan adegan romantis mereka berdua. Maklumlah, pintu rumah tak bertutup rapat.
Mungkin juga jiran sekuarters, Makcik Zamrud atau Pak Firman akan terjengul kepala mengintai. Boleh jadi Puan Neesa atau Pak Guard akan menjeling memerhati.
Kalau Maswira yang melihat, mereka tak bimbang sangat kerana anak teruna bongsu mereka itu dah mangli akan gelagat mesra emak dan bapanya.
"Sabar dulu Hart. Kita tunggu kejap lagi. Mungkin dia ade hal di sekolahnya tu, sabar ye?"
"Hu hu.. abang asyik dok suruh Hart sabar je. Hati ni risau sesangat, macam ade yang tak kena rasanya. Tolong le buat sesuatu."
"Ape lagi yang Hart nak abang buat? Abang pun sama buntu ni. Sabar dan tawakal je lah."
Makcik Hartinah makin merengek. Tangisannya ternyata tak mampu dibendung lagi.
"Anak kita tu kebelakangan ni abang nampak pelik sangat kelakunya. Menyendiri dan dah tak mesra macam dulu. Balik sekolah dok terperap dalam bilik. Entah ape yang dilakukannya selama ni.
"Jangan-jangan, kehilangan dia pun disebabkan kes pecah banglo, kecurian barang dan duit Puan Neesa sekeluarga tu? Bila kita asyik dok tanya dan seolah syak, dia pun terus lari dari rumah."
Tuduhan si suami makin memarakkan lagi rasa risau sang isteri. Wanita itu menangis makin kuat seraya menarik-narik kain pelikat yang dipakai Pak Kamil.
"Ish, awak ni Hart, kok yea pun sedih, jangan le sampai nak menelanjangkan saya pulak. Tak manis ditengok orang. Sudah..
♫ ♪ Keringkanlah pipimu Ratnaku, cubalah senyum. Kerna tangisanmu akan hanya menambah dukaku.. ♪ ♫"
Makcik Hartinah menampar-nampar mesra paha Pak Kamil dek kerana lelaki itu masih lagi nak bergurau dan tak berlaku serius dalam hal kehilangan anak mereka.
Langsung nyanyian si suami terhenti. Dia lalu tersengih kelat.
"Baik le, kalau dia tak balik jugak sampai jam lima, abang akan cari di segenap kampung kita ni. Hart jangan berduka lagi. Masuk le ke bilik, berehat dan solat dulu," arah Pak Kamil.
•••♦◄♥►♦•••
"Mak kandung saya?"
"Tak mungkin. Tak mungkin."
"Puan ni merepek dan sesaja nak kenakan saya. Tentu ini satu prank dari kekawan sekolah yang nak menyakat saya, kan?"
Ehsan pantas menyanggah, namun terdetik debaran di dadanya.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Paranormal• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...