ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tidak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
"Habis? Ape kita nak buat, tok?" tanya Aiman Harith berbaur gementar.
"Jom kita bergerak tinggalkan kawasan ni dan masuk ke semak sebelah sana tu," arah Tok Juhar.
"Tapi kita kan dah dekat ngan kampung? Tak silap saya kat depan tu ade pondok mesin getah Haji Shafie," balas budak darjah enam itu innocent.
"Cu dah lupa ke? Kita sekarang di dunia ghaib dan tak akan dapat bersatu dengan kampung yang cu cakapkan tu.
"Cuma satu cara je untuk kita selamatkan diri. Biar tok hantar cu balik semula ke dunia nyata cu," jawab Tok Juhar seraya merenung tajam wajah budak naif tersebut.
Mahu tak mahu, terpaksalah Aiman Harith menurut.
Walaupun hakikatnya mereka dah sampai di pinggir kampung namun dia harus percaya pada orang tua ini.
Mereka mula meredah belukar hingga masuk semula ke rimba gelap.
Di belakang, kedengaran bunyi aneh berupa lolongan, sahut-menyahut semakin menghampiri.
Juga bunyi seperti deruan angin kuat yang menyebabkan pokok-pokok seolah dilanda taufan menggegar.
"Mungkin lebih dari tiga ekor mawas jadian tu di belakang kita cu. Cepat atur langkah kalau tak mau diri dikerkah*," Tok Juhar mengarah.
Tak bertangguh budak darjah enam itu menambahkan pecutan mengekori Tok Juhar yang kini sudah pun jauh di hadapannya.
Larian dalam hutan tebal ini terasa laju biarpun sesekali kaki tersandung* akar juga rotan yang melilit.
Kagum Aiman Harith tatkala melihat Tok Juhar amat gagah menempuh rintangan tak sepadan dengan usia emasnya.
"Pergh.. kuatnya orang tua tu lari. Malu plak aku yang muda tapi ketinggalan jauh di belakang. Tapi ini kan dunia batin yang tak real pun? Tentu ape je boleh berlaku," gumamnya.
Bunyi bingit yang menggegar masih lagi kedengaran di belakang mereka.
Desakan ketakutan juga kengerian tatkala membayangkan wajah makhluk mawas tersebut membuatkan Aiman Harith bertenaga mengatur langkah.
Namun dadanya berdebar dan jantungnya berdegup kencang.
•••♦◄♥►♦•••
"Tok, nape adik saya ni? Tadi dia okey, tapi sekarang jadi cam ni plak," desah Lokman Harith berbaur risau melihat keadaan adiknya.
Kekawannya pun turut sama hairan dek keadaan budak darjah enam itu.
Tubuhnya mula tergerak-gerak seolah dia sedang melakukan sesuatu. Nafasnya turun naik dengan dada berombak kencang.
Terdengar rengekan juga jeritan halus dari bibir merahnya.
"Tentu dia tengah hadapi perkara menakutkan dalam dunia ghaib tu. Harap-harap dia tak ditimpa perkara tak baik," ungkap Aidan sambil menggenggam tangan Aiman Harith.
YOU ARE READING
• bu𝓭ak bukit •
Fantastique• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah sepi itu. Rentetan kejadian pelik, aneh lagi sadis mula mengekori dia serta kekawannya. Dapatkah dia m...